Showing posts with label TIPS SURVIVAL HIDUP. Show all posts
Showing posts with label TIPS SURVIVAL HIDUP. Show all posts

Masih Hidup Selepas 2 Minggu Terperangkap 700meter Dibawah Tanah

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, August 24, 2010 | 11:59 AM

sumber : KOSMO



SANTIAGO - Seramai 33 orang pelombong didapati masih hidup dan berada dalam keadaan sihat walaupun sudah dua minggu terperangkap di bawah tanah sedalam 700 meter selepas pintu masuk lombong emas dan tembaga yang terletak 800 kilometer ke utara Santiago runtuh pada 5 Ogos lalu.
Pasukan penyelamat Chile semalam bersiap sedia untuk melancarkan misi menyelamat yang mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya selama 120 hari atau empat bulan.
Menurut seorang anggota penyelamat, Andres Sougarret, sebuah kamera yang dimasukkan melalui satu lubang yang ditebuk sedalam 700 meter menunjukkan pelombong-pelombong itu tidak memakai baju dan berpeluh.
Suhu dalam lombong itu adalah di antara 32 hingga 37 darjah Celsius.
Pada Ahad lalu, Presiden Chile, Sebastian Pinera membacakan nota yang menyatakan semua pelombong yang terperangkap masih hidup.
"Kami semua selamat di dalam kawasan perlindungan," jelas nota yang ditulis dengan menggunakan dakwat merah.
"Ramai antara mereka menunjukkan muka di depan kamera. Kami boleh melihat reaksi gembira dan harapan di mata mereka," kata Pinera yang mengakui imej-imej itu memberinya keyakinan bahawa insiden itu akan berakhir dengan baik.
Pengarah Pejabat Kecemasan Kebangsaan, Carlos Garcia menyatakan mangsa-mangsa yang terperangkap itu memiliki sedikit air. Dalam tempoh beberapa jam, mereka akan menerima bekalan makanan dan air yang perlu diagihkan-agihkan dengan penuh kebijaksanaan.
Sanak saudara para pelombong itu juga akan dibenarkan untuk berhubung menerusi kabel tidak lama lagi.
Sebaik sahaja berita mereka terselamat selepas 17 hari terperangkap, pengguna jalan raya membunyikan hon kereta masing-masing. Sementara itu ribuan penduduk berkumpul di bandar-bandar lain untuk meraikan berita tersebut selain mengibarkan bendera Chile. - AFP
agak2 korang...semua pelombong tu makan ape r dalam tu..giler r amik masa 4bulan untuk selamatkan semua orang...mau berjanggut tunggu dalam tu...nak mandi pon xleh...aduhh.!!!
11:59 AM | 0 comments | Read More

APABILA SEORANG BLOGGER BERLAGAK JADI PAHLAWAN IBAN!!

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, May 14, 2010 | 2:38 PM

inilahyg terjadi bila aku terpksa sebab dipaksa memakai kostum tarian ngajat..hahaha lawak seh.....dah r kna menari di khalayak ramai...malu aku yg mmg pemalu nie.....panggg!!!..ahaaha...ok saje nk tnjuk gmbr nie....gmbr2 nie di snap masa aku peg kem survival hidup di Kem Renjer Oran Perlis.....smalam baru balik je=)
.
.ok jgn gelak ok....sbb buruk...





nie pulak assistant aku merangkap Naib Yang Dipertua Komander Kesatria =)
Komander Atiqah Jamil

mangsa ke 3....Komander Afiq Redzuan


mangsa ke 4- Komander Farlili Wiliati (tergeliat lidah nk sebut))


Komander Syafiq (Bonzer)....insyaAllah taun depan
leh gnti aku nnt untuk pegang jawatn Pengerusi=)....



nie plk gambar beramai2 masa melawat rumah panjang ...cuba teka yg mna aku????mct xtaw kn?haha...panggg lagi sekali

**terima kasih pada semua geng2 renjer  yg terlibat...insyaAllah smua ilmu survival hidup akan aku kongsikan dengan semua blogger2=)STAY TUNED HERE=)

2:38 PM | 9 comments | Read More

MAKAN BABI ITU HALAL!!.......

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, May 13, 2010 | 9:49 PM

miss u all....dah 4 hari blog jie terbengkalai...dah 4 ari aku g kem...4 ari dah kna lanyak...4 ari dah knarekrut...but dont wirry...dlm kpala aku mch byk bnda2 yg aku nk cita..
.
ok first aku nk mnx maaf pada sesapa yg sggah cni n tgglkn komen tapi aku xreply...insyaAllah aku akan reply slow2...
.
ok berbalik pada cita kem aku tue....sgt2 la menarik ...wlwpon sgt penat tapi input yg kmi dapat sgt berguna....most of the activity adalah cara2 ikhtiar hidup dalam hutan tanpa ada makanan dan tempat tggal yg disediakan...smuanya kna buat sendiri....so...lepas nie aku akan cita one by one tips2 kepada anda semua so that klw ada antara kita yg sesat dalam hutan xde la mati trus..kita still boleh survive...mch boleh hidup ...itu lah pentingnya ilmu=)...even cik bi pon leh je mkn klw dah darurat sgt...tett....
.
entry hari  nie sgt2 pendek...sebab aku sgt2 penat n rasa sgt3 ngntuk n nk tdo nie...so stay gtuned here ok...see u=)

****=( visitor kurang banyaknya=(((((((
9:49 PM | 9 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)