Showing posts with label PEMBERITAHUAN. Show all posts
Showing posts with label PEMBERITAHUAN. Show all posts

Senarai Kawasan Terlibat Gangguan Bekalan Air Selangor 14 Mac-15 Mac 2012

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, March 13, 2012 | 10:00 PM

gangguan bekalan air selangor 2012, kawasan selangor terlibat gangguan bekalan air, masa gangguan bekalan air selangor 2012, gangguan bekalan air 14 mac.notis gangguan bekalan air selangor, kawasan terjejas gangguan bekalan air 14mac


KUALA LUMPUR: Kira-kira satu juta pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air pada 14 Mac ini ekoran kerja-kerja penyenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.

image

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas Abdul Halem Mat Som berkata gangguan akan melibatkan 153 kawasan di Hulu Selangor, Petaling, Kuala Lumpur Klang/Shah Alam dan Kuala Langat.

"Gangguan bekalan air dijangka berlaku selama 36 jam bermula pada pukul 8 pagi 14 Mac sehingga 8 malam keesokan harinya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Terdapat 5 wilayah yang akan terjejas dengan masalah belakan air ini . Senarai penuh kawasn kawasan terlibat boleh anda dapati di


Senarai Kawasan Terlibat Gangguan Bekalan Air di Selangor 14 Mac - 15 Mac 2012

**jangan lupa tadah dan simpan air untuk kegunaan dan keperluan anda sehingga masalah bekalan air ini selesai. Tong sampah jugak boleh digunakan sebagai alternatif untuk simpan air. Macam yang aku buat di rumah sewa aku jugak. At least boleh digunakan untuk masuk ke jamban air tu. Jangan digunakan untuk memasak pulak.

5 Tiket LMFAO untuk dimenangi dengan MUDAH

2012 Formula 1 PETRONAS Malaysia Grand Prix and the PETRONAS Malaysia Grand Prix Showcase is coming your way !!

Bagaimana memastikan badan anda sihat sepanjang masa hanya dengan Mobile Application?

Hanya Minum Dan anda akan dapat Mitsubishi triton, Dirt Bike, Sasung Galaxy S2, Skateborad dan wang Tunai 300

 

sumber : Mstar dan iownthis

10:00 PM | 4 comments | Read More

Penumpang Bas Ekspress Wajib Beli Insurans

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, September 15, 2011 | 1:03 PM

YAN - Persatuan Pemandu Bas Semenanjung Malaysia (PPBSM) mencadangkan supaya setiap penumpang bas ekspres dilindungi insurans individu bagi memastikan mereka mendapat pampasan sewajarnya jika berlaku kemalangan jalan raya.

Pengerusi PPBSM, Sa'adan Man  berkata, cadangan itu bagi memastikan setiap penumpang mendapat perlindungan sewajarnya selain mereka tidak lagi menyalahkan atau menuntut ganti rugi daripada syarikat bas di kemudian hari.

Katanya, melalui cadangan itu, setiap penumpang akan diminta membeli insurans dengan membayar tambahan RM1 daripada harga tiket.

"Melalui cara ini, para penumpang akan dilindungi dengan insurans termasuk daripada aspek perubatan," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan kepada Che Rasnah Saad, isteri pemandu bas dua tingkat Sani Express, Mohd. Kamil Mohd. Rashid di Taman Setia Jaya di sini semalam.

Pada 7 September lalu, Mohd. Kamil dihukum penjara empat tahun dan denda RM10,000 selepas didapati bersalah memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian 10 penumpang dalam nahas ngeri, dua tahun lalu.

Sehubungan itu, Sa'adan berharap kerajaan dapat mempertimbangkan perkara tersebut dengan mewajibkan semua syarikat bas ekspres menyediakan insurans untuk dibeli penumpang dalam masa terdekat.

Menurutnya, dengan adanya insurans itu, syarikat bas tidak lagi dibebani dengan tindakan saman atau tuntutan ganti rugi yang dilakukan mangsa kemalangan atau pihak keluarga.


Aku sangat setuju dengan cadangan ni. Sekurang kurangnya kita terbela kalau apa apa jadi . Kita tak tahu benda nak jadi. So beringat sebelum kena. Sediakan payung sebelum hujan sebab kalau dah hujan nanti basah habis dah tak boleh nak buat apa dah. Apa sangat la Rm 1 kalau nak dibandingkan dengan risiko yang akan kita tanggung kalau sesuatu berlaku dalam perjalanan.

KOSMO

1:03 PM | 0 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)