Showing posts with label NASIHAT. Show all posts
Showing posts with label NASIHAT. Show all posts

16 Perkara JANGAN Dalam Islam Oleh Ustaz Don

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, April 17, 2012 | 8:16 PM

imageSenarai beberapa perkara dan perbuatan yang JANGAN dibuat oleh kita sebagai umat Islam dan implikasinya dalam kehidupan seharian. Sebagai renungan dan tauladan untuk kebaikan bersama.

JANGAN dalam Islam dari Ustaz Don.

  1. - JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
  2. - JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
  3. - JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
  4. - JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  5. - JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
  6. - JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  7. - JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  8. - JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
  9. - JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
  10. - JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
  11. - JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
  12. - JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
  13. - JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
  14. - JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  15. - JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
  16. - JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

sumber : Islam Itu Agamaku

8:16 PM | 5 comments | Read More

10 Golongan Lelaki Yang Patut Dijauhi

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, January 06, 2012 | 10:00 AM

10 Golongan Lelaki Yang Patut Dijauhi

Entry autopublish : masa entryn ni dipublish, aku sedang berjuang dalam dewan exam. Doakan aku boleh jawap ek. 


Orang kata, lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan sebaliknya. Tapi ada jugak orang yang cakap statement ni tak boleh diterima. Tak sebenarnya, sebab kadang kadang case lelaki jahat dapat perempuan baik tu , Allah dah tentukan sebaiknya. Yang lebih baik membimbing yang kurang. So yang tak baik akan jadi lebih baik satu masa nanti. Allah dah tentukan yang terbaik. Sesuatu yang terjadi tu ada hikmah dan sebab tersendiri yang kita sendiri kadang kadang tak terfikir . Tapi, dalam mencari pasangan hidup yang akan menghabiskan masa bersama, kita kena cari yang betul betul sesuai dan kena pada tempatnya baru lah bahagia. Entry ini untuk wanita dan lelaki. both boleh ambil pengajaran. yang wanita boleh ambil langkah berjaga jaga semasa memilih dan bagi kaum lelaki pulak, kalau anda ada salah satu dari perangai yang disenaraikan, boleh dah kot bawak bawak berubah kepada lebih baik. Antara 10 jenis lelaki yang perlu dijauhi oleh seorang wanita :


image

1. Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya sudah bertahun-tahun. Ini bermakna bahawa anda bukan orang yang diinginkannya. Mungkin anda juga tiada di dalam kamus hidupnya.
2. Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki jenis ini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi apabila anda memerlukannya dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelak.
3. Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra. Kemana sahaja hanya anda berdua. Ibarat merpati dua sejoli dari pandangan orang lain. Malangnya dalam hati lelaki itu tidak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang kosong itu. jangan buang masa anda dengan lelaki seperti ini.
4. Lelaki yang sudah mempunyai kekasih hati tetapi tetap mahukan anda. Selalunya lelaki jenis ini mempunyai ramai teman wanita dan hanya mahu memenuhi nafsunya sahaja.
5. Lelaki yang hanya memandang dirinya sahaja yang betul. Pandangan dan apa yang dibuat anda adalah salah. Selalunya ketika menjalinkan hubungan dengan lelaki jenis ini anda sering dimarahi atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal. kadang kala hal yang kecil juga diperbesarkan.
6. Lelaki yang naif dan mementingkan diri sendiri. Selalunya lelaki jenis ini tidak akan faham akan kehendak wanita. Walaupun anda telah berterus terang mengenai sesuatu tetapi dia tetap tidak mengendahkannya. Lelaki jenis ini sering menganggap semua perkara adalah remeh dan selalu mengambil mudah sesuatu perkara.
7. Lelaki yang tidak tahu kehendak dirinya sendiri. Jika lelaki jenis ini tidak mengetahui apa kehendak dirinya sendiri, cuba anda bayangkan bagaimana dia hendak memahami masalah anda jika hidup bersamanya nanti.
8. Lelaki yang tetap akan mengganggu anda. Walaupun sudah diberitahu yang anda terlalu sibuk tetapi lelaki ini tidak memperdulikannya. Lelaki jenis ini selalunya hanya ingin berkepit siang dan malam.
9. lelaki yang suka memburukkan lelaki lain dengan harapan anda akan menjauhi lelaki yang diburukkan olehnya itu. Lelaki jenis ini selalunya kuat cemburu dan akan cuba sedaya upayanya supaya anda tidak akan berhubung dengan lelaki lain. Relakah anda dikongkong oleh lelaki jenis ini?
10. Lelaki yang tidak dapat memberikan layanan yang betul pada wanita. Anda tidak nampak ciri kepimpinan pada lelaki jenis ini. Bagaimana anda mahu sandarkan segala harapan pada lelaki seperti ini nanti?

**BF anda macam ini tak?? heheee

**sebenarnya aku pun tak tahu apa motif aku letak gambar Simon Cowell  macam tu. .


SUMBER : sepiseorangperindu

10:00 AM | 1 comments | Read More

Pakai Tudung Untuk Tutup Lemak Atau Tutup Dada?

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, April 26, 2011 | 5:27 PM

ENTRY INI DICOPY PASTE 100% dari salah seorang blogger merangkap kawan seperjuangan aku iaitu saudari Mahfuzah Husna Zulkifli. Terasa terpanggil untuk berkongsi jugak artikel ni.Sekurang kurangnya yang belum membaca di ablog beliau, ada peluang untuk baca disini. So baca bagi habis terutama kepada wanita wanita diluar sana.

 

Assalamualaikum w.r.t


Terpanggil untuk membuat entry ini selepas membaca sebuah majalah kesihatan. Sedih melihat gambar sebelum dan selepas berjaya menurunkan berat badan melalui penggunaan produk-produk tertentu. Baca selanjutnya:


Saya sebenarnya rasa gembira apabila melihat ramai sudah mengambil berat tentang kesihatan masing-masing. Berusaha gigih untuk kuruskan badan dengan cara yang sihat adalah suatu perkara yang patut diambil kira. (bukan dengan cara merokok, mengambil dadah dan segala jenis ubatan yang terlarang etc). Tetapi pada masa yang sama timbul rasa sedih bila melihatkan perubahan yang berlaku kepada kaum hawa sekarang.


Mungkin ada hikmah anda berbadan besar kerana dengan itu anda akan menutup aurat dengan lebih baik berbanding jika anda sudah berbadan langsing.


Jangan melenting ya? Tegurlah saya sekiranya saya salah. Memerhatikan keadaan disekeliling dan juga pada media cetak dan elektronik, jelas terpapar perubahan yang berlaku dari segi pemakaian (bukan semua wanita).  Malah, busana muslimah sekarang boleh dikira dengan jari, yang mana satu yang betul-betul mengikut syariat.


Dahulu ketika masih berbadan gempal, si gadis manis memakai tudung membaluti kepala dan menutup kemas bahagian dada. Tetapi sekarang apabila sudah langsing, sudah mula menjinakkan diri dengan memakai pakaian yang lebih ketat. Tudung pula sekadar "syarat" yakni menutup kepala, dada pula diabaikan. Kononnya trend sekarang, lebih moden dan menarik.



Apa fungsi memakai blouse yang labuh tetapi memakai pula "singlet" berwarna-warni di luar, menampakkan pula susuk tubuh yang sudah semakin cantik. Tambahan pula dikatakan dengan memakai "belt" mampu menaikkan seri walaupun baju yang dipakai tersangat ringkas. Tudung pula dipendekkan, leher dinampakkan malah mengupload gambar-gambar terkini di internet untuk tontonan umum.


Saya rasa sedih dan malu apabila melihat mata golongan lelaki liar memerhatikan dada dan pinggul wanita yang sedang asyik berjalan dan bergelak ketawa dengan rakan-rakan. Tidak sedarkah mereka bahawasanya mereka telah mengutip dosa secara sengaja dan tidak sengaja. 


Saya ambil contoh di restoran saja sudah memadai. Ketika itu saya sedang memesan roti canai untuk dibawa pulang. Pada masa yang sama ada seorang gadis yang memakai baju yang "cukup-cukup makan" dan bertudung tetapi menampakkan dada serta pinggul sedang berjalan keluar dari restoran tersebut. Penebar roti canai yang berada di hadapan saya tanpa segan silu memandang pinggul perempuan tersebut dari mula hingga habis. Kepalanya terpusing sehingga 180 darjah ke kanan melirik ke arah yang tidak sepatut dilihatnya. Mukanya tersenyum nakal. Sedih bukan? Pulang ke rumah saya memaksa diri untuk habiskan juga memakan roti canai tersebut kerana sudah hilang selera! 




Jadi, kepada sahabat sekalian, tutuplah bahagian yang tidak patut kamu tayangkan kepada orang ramai. Peganglah perumpamaan di bawah (mana satu yang akan kamu pilih):


1- Botol minuman yang sudah hilang penutupnya atau botol minuman yang belum dibuka penutupnya?


2- Gula-gula yang pembalutnya sudah dibuka dan boleh dihinggapi lalat serta debu atau gula-gula yang masih berbalut kemas, bersih dan elok keadaannya?


3- Buah yang sudah dikupas kulitnya dan dibiar terdedah semalaman atau buah yang masih elok isinya dan belum dikupas serta disimpan elok dalam peti ais?

 

boleh la LIKE kalau suka dengan entry ni…

 

Sumber Artikel : Mahfuzah Husna

5:27 PM | 3 comments | Read More

AC Mizal dan Blogger2 Itu…Nasihat Untuk Anda Berdua!!

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, November 10, 2010 | 10:36 PM

hari nie dalam harian Metro terpampang di muka depan…Ac Mizal @ baru2 nie dikenali sebagai Datuk Mizal buat laporanh polis ke atas beberapa blogger yang katanya memburukkan keadaan dengan menabur fitnah….fitnah ke??kita pon tak tahu sapa yang sebenarnya betul….bloger2 tu bagi bukti yang boleh diterima akal…AC pulak berani buat laporang polis….kalau dia salah dan benar dia menipu..tak kan diab berani nak buat laporan polis dan membuka pekung di dada…pekung tu hape r??..haha


kalau korang semua mengikuti perkembangan semasa dunia blogging…aku rasa korang mesti tau kan blog yang dimaksudkan AC tu…nak dedahkan ke tak mahu r???tapi kalau aku dedahkan pon bukan bermaksud apa2..sekadar menyampaikan tapi bukan memfitnah…aku tak pulak menyokong blogger tu dan tak pulak nak cakap AC tipu..hanya AC ,blogger tu dan Tuhan ja yang tahu cita yang sebenar2nya…..


baru semalam aku bercerita pasal benda yang lebih kurang sama…tup2 hari nie jadik  (adakah entry semalam ada kaitan dengan insiden nie???)oww no3x jangan salah sangka…semalam tarak kena mengena okehh….siapa sebenarnya di pihak yang benar???AC atau blogger itu..
kalau korang masuk dan baca blog ..dia memang sangat AUNTY dgn MLM nie…sebab tu jugak la rasanya dia AUNTY sgt dengan pok cik AC nie…yela elok sgt AUNTY dgn POK CIK..haha…
bagi aku ..aku tak sokong dan tak ‘’tak sokong’’ sapa2..paham kn??tak paham baca lagi sekalu…mungkin kedua-dua pihak ada benar dan ada salahnya…..jom kita ulas satu-satu…sebelum tu jangan marah dengan pendapat aku niehh


DIPIHAK AC KONSORTIUM


…mungkin ada kesilapan dan kesalahan dibuat atau mungkin khabar angin tu benar..sapa tau….pokok tak kan goyang kat bulan sebab kat bulan tak de angin…kalau goyang maknanya ada yang menggoyang..dari pemerhatian mata cantik dan pemikiran serta kajian otak cerdik dalam tengkorak kepala otak aku nie….semua ‘’fitnah’’ tu datangnya dari kesilapan pihak AC sendir yang mendedahkan kelemahan dorang sendiri…bukti tentang gelang2 yang murah dan sama….testimonial palsu…semua dah didedahkan dengan bukti yang tak pasti sahih or tak…(tapi macam sahih)..WALAHHUALAM…di pihak AC sendiri,mungkin segala2nya perlu diterang dan disuluh sambil diexplain kepada orng ramai…keluarkan semua fakta2 untuk betulkan keadaan..kalau anda sendiri tak dapat nak buktikan yang bukti2 tersebut adalah fake…bermakna pembaca akan terus cakap  ‘’AC menipu’’..korang pon tak mahu macam tu kn…mungkin laporan polis satu penyelesaian…tapi dapat ke selesaikan pertanyaan dalam kepala hotak rakyat Malaysia yang dah didedahkan dengan bukti2 tu….fikir-fikirkan sejenak……..


DIPIHAK BLOGGER2 ‘TERSEBUT’


salah satu blog yang disenaraikan...blog nie menarik…matlamat utama blognya mungkin nak menyedarkan orang ramai tentang bahaya sistem pyramid..bermacam2 grafik ,gambar dan bukti dia dedahkan..dan sekarang AC punya Gelang jadi isu terbaru…tak pasti apa yang tak kena di hati beliau mungkin AC pernah membuat onar dihatinya..hoho…kritikan memang sangat pedas ditambah pulak dengan bukti2 yang kalau kita sekali nengok ja kompem caya terus…..caya la mamat nie….gua tabik spring sikit pasal lu pandai ngorek bukti2 kukuh…leh kerja dengan unit forensik nihhhhh……
dalam laporan polis…AC ada cakap ada yang mengugut dia…nak sembelih la..nak hape la…semua tu datang dari komen2 pembaca blog tersebut…macam aku cakap semalam..bila pembaca baca entry2 panas …otomatik akan terpengaruh punya la walaupon seciput sedut…dorang mesti nak luahkan ketidakpuasan hati tu….manusia ..biasa la…(macam la aku nie bukan manusia…alien ke hafizrahman nie/.??haha


sebenarnya..kalau ikutkan pandangan dan hati…aku setuju dan tak setuju dengan pendekatan yang blog ni buat untuk meluahkan ketakpuasan hati….tak salah mendedahkan yang salah…tapi kaalu berani sangat pon..kena la bertempat…dah banyak dah kita dengar blogger disaman..blogger di tahan sebab fitnah dan sebab sebarkan berita2 yang menggugat orang lain….why not gunakan saluran yang betul..kalau betul AC tu penipu ke hape ke….report la dengan SUHAKAM ke…dengan persatuan pengguna ka..dengan pak polisi ka..sorry all…gua sikit tak sokong AC tu psal gua bukan minat dia pon…gelang dia pon gua tak minat….kecik2 dulu ja pakai gelang yang dapat dalam kotak TORA..DINDANG dengan JOJO yang mak gua beli time peg kedai sbb kalau tak beli..gua hentak kaki nangis sampai pagi…….
sesungguhnya aku tak menyokong mana2 pihak….samada di pihak blogger2 atau pon pihak AC Konsortium sendiri..aku tak mau kena siasat dengan polishhh..haha…shhhh tutp mulut duduk senyap2….haha…

maaf jika pendapat saya ada kesalahan dan kesilapan..hanya pendapat peribadi seorang blogger untuk dikongsi …tak menyebelahi mana-mana pihak pon..dua2 gua hentam (jangan pulak dua2 saman gua)
maaf aku tak mahu link ke blog ‘itu’..korang google sendirik ek…..(bagi homework skit)

siasatan suruhanjaya komunikasi dan multimedia ac mizal penipu 


p/s : semakin berani aku bincang isu2 panas…tah la mna datang tanagn2 jahat nak menaip ja sejak dua menjak tiga menjak nie….hihi…walaweeeee…bai333…
10:36 PM | 3 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)