Showing posts with label FOOD REVIEW. Show all posts
Showing posts with label FOOD REVIEW. Show all posts

Yazid Burger @ YB Burger Shah Alam : Cara Tempah dan Harga YB Burger

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, July 09, 2012 | 12:00 AM

Dalam hidup ni, kebanyakan orang normal akan suka benda besar besar. Pangkat besar, kereta besar, rumah besar, bini besar. Eh?Tapi kalau anda datang ke Shah Alam dan mencari makan yang besar, kami ada cadangan untuk anda.

Bila sebut burger , dalam kepala otak mungkin kebanyakan dari kita akan terus terfikir McD je. Bagus la tu sebab berfikiran global. Jom kita kecilkan sikit dan sokong produk tempatan. Salah satu tempat makan yang anda harus pergi jika datang ke Shah Alam adalah Yazid Burger @ YB Burger yang menawarkan burger bersaiz “BAPAK PUNYA BESAR” .

579644_447140281963703_100000032055198_1800406_1383536090_n295070_3695861150086_598840378_n

Aku pernah rasa sekali burger ni masa tunang kakak belanja . Sebiji ni harganya dalam 40 ringgit macam tu . Harga bergantung kepada berat burger. Boleh pilih nak yang beberapa ratus gram sehinggalah berkilo kilo. Tapi jangan sesekali menempah Burger Sekilo tapi makan seorang. Itu namanya raksasa. Yang menariknya, YB Burger menyediakan order dan bayar guna online. Superadvance ni.

photo dirembat dari blog Eyriqazz

image

Selalunya, kedai Yazid Burger yang terletak di belakang UNISEL Shah Alam ni memang akan sentiasa dipenuhi pengunjung, Tak percaya cuba baca entry oleh Eyriqazz ni. Penangan Jalan Jalan Cari Makan TV3 - Queue Panjang di Yazid Burger Shah Alam . Jadi better anda tempah secara call dan bayar online. Bagaimana untuk menempah Yazid Burger. ?

Cara Tempahan Yazid Burger yang disediakan di laman web YB Burger.

Sila ikuti arahan seperti di bawah:
1) pemilihan jenis roti ( oregano, garlic, honey oat, dan wholemeals)
2) pemilihan jenis patty ( satay, blackpepper, bbq, mushroom, n tomyam)
3) pemilihan jenis sos ( tomato, cili, mustard, mayonis, thousand island n bbq)
4) pemilhan jenis sayur ( salad, bawang, tomato, timun, kobis, n carrot)
5) pemilihan jenis buahan ( epal, nenas, n zaitun)
6)  pemilihan daging ( ayam atau lembu)
7)  pemilihan sos tambahan ( blackpepper, mushroom, cheezy, n jalepeno)
8)  pemilihan cheese ( 2 keping, 5 keping, dan 10 keping)


Contoh tempahan adalah seperti berikut:


Langkah 1 (untuk pemilihan no .1 hingga no.6 sahaja)

Saya nak tempah burger yb pakai roti garlic, patty nak berperisa blackpepper, taruh sos cili dan mayonis, sayur letak salad, bawang n tomato je, buah nenas skit je, dan saya hendak daging lembu untuk patty burger.


HARGA-HARGA ADALAH SEPERTI BERIKUT
- Sekilo burger RM40.00
- 500 gram burger RM20.00
- 250 gram burger RM10.00


Langkah 2 ( untuk pemilihan no7 hingga no.8 )
Pelanggan-pelanggan diberi pilihan untuk menambah kesedapan burger yb dengan kepingan cheese dan sos tambahan. Ini adalah bergantung kepada citarasa dan selera setiap pelanggan.
Harga yang kami tawarkan:
RM1 untuk sekeping cheeese
RM1 untuk sejenis sos tambahan


Langkah 3
Sila nyatakan tarikh dah waktu untuk terima tempahan anda.
- saya akan ambil hari rabu 15/3/2012 pada pukul 5 petang.


Langkah 4
Sila hantar kan tempahan tadi ke email yazidburger@gmail.com atau sms ke 019 6888709.


BAYARAN SECARA ONLINE UNTUK MENEMPAH BURGER YB
Maybank : starfish enterprise 5581 7210 2825 CIMB : starfish enterprise 1423 0000 3091 06
Selamat mencuba....


Perhatian kepada pelanggan2 yang datang dari luar SHAH ALAM. Tuan2 dan Puan2 dinasihatkan supaya membuat tempahan awal sehari sebelum atau sebelum pukul 5.00 petang setiap hari untuk menjamin makan malam anda bersama burger yb.. Sila hubungi en abu 019 688 8709 untuk membuat tempahan burger anda.

12:00 AM | 2 comments | Read More

Cendol Dan Laksa Utara i-City Shah Alam Yang Buat Anda Meleleh~

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, January 17, 2012 | 6:51 PM

Petang petang , kena pulak time panas, kalau pekena cendol sedap dengan laksa slurp slurppp adalah satu nikmat dunia yang tak terkata . Dah lama aku selalu makan sini, baru hari ni terasa nak buat reviewpasal satu gerai tepi jalan yang terletak di belakang i-city Shah Alam. Cendol Pulut dan Laksa Utara . Rasanya most of budak budak UiTM Shah Alam memang tau tempat ni sebab memang agak popular.

20120117_171645

Kat mana lokasinya?, kalau dari Seksyen 7 on da way nak ke Jusco Bukit Raja, sebelah kiri lepas sikit dari pintu belakang nak masuk ke i-City. Kalau lalu petang petang nampak orang duduk atas kerusi merah ramai ramai tu , yang itu la. Boleh cari Persiaran Bistari Seksyen 7. Gerai ni berdepan dengan jalan utama.

(gambar ni diambil dari blog dhiyakira sebab dah habis aku rembat baru teringat nak snap gambar laksa ..kebulur sangat )

serius cakap la, walaupun aku duduk di Kedah which is Utagha , tapi laksa utara di i-City ni boleh aku cakap yang paling sedap aku pernah makan. Kuah dia bukan main pekat lagi. Sepekat pekat susu pekat F&N, pekat lagi laksa ni weh. Tambah pulak dengan otak udang, perghh meleleh lelehhh. Kena cuba baru tau.

20120117_171645

Harga dia standard je tak mahal pun. Semangkuk Laksa RM 3.50 which is sangat berbaloi dengan rasa yang sedap tu.

Cendol dia pulak memang terbaik la. Lemak berkrim menjilat jari jemari la gua cakap.

**Harga tengok gambar atas tu, malas nak taip. ahaha

20120117_171835

Dan ini member aku yang tetiba buat muka sedap dan stim masa aku nak snap tadi. Blah la lu dua orang. GILA~~

20120117_17100620120117_171059

Dan muka menahan kesedapan (MODEL : Shuhazli Shuib)

20120117_17141420120117_171527

Kalau ada di Shah Alam, boleh la try ni. Sedap siot . Bukan nak promot lebih lebih tapi serius memang sedap. tak try rugi hidup didunia. hahaha. Ayat buat terukk..

6:51 PM | 3 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)