Showing posts with label EKONOMI. Show all posts
Showing posts with label EKONOMI. Show all posts

Kandungan Bajet Pakatan Rakyat 2013

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, October 02, 2012 | 7:03 PM

Sebelum ini, kami telah paparkan kepada anda mengenai senarai kandungan bajet 2013 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 28 September yang lalu.Dan semalam, Pakatan Rakyat juga telah mengeluarkan Bajet mereka untuk “melawan” bajet yang dibentangkan leh kerajaan menjelang PRU 13 .

image

Untuk download laporan penuh pembentangan Bajet Pakatan Rakyat 2013. sila klik pada pautan dibawah :

LAPORAN PENUH BELANJAWAN 2013 PAKATAN RAKYAT | DOWNLOAD LAPORAN PENUH BAJET 2013 PAKATAN RAKYAT | LAPORAN PENUH BAJET 2013 PR

 

Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 meletakkan tujuh fokus sebagai teras utama agar ia selari dengan matlamat mengawal defisit dan menurunkan hutang negara. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan belanjawan bertema Ekonomi Rakyat Negara Berkat tersebut menegaskan antara tujuh perkara teras itu adalah mengangkat martabat wanita.

"Kita ingin meningkatkan martabat kaum wanita dan atas usaha itu kita (Pakatan Rakyat) akan melaksanakan Caruman Wanita Nasional untuk suri rumag membabitkan peruntukan RM3 bilion setiap tahun. "Selain itu juga kita akan memastikan reformasi dan ketelusan pada syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) dengan antara lain kita akan membubarkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana mempunyai fungsi yang sama dengan Khazanah Nasional" jelas beliau di Bilik Taklimat di Parlimen.

Tambahnya lagi, melalui belanjawan kali ini juga Pakatan Rakyat turut mewujudkan bina dayasaing demi pertumbuhan dengan mengubal undang-undang anti-monopoli dan Suruhanjaya Anti Monopoli demi menggalakan pertumbuhan syarikat bersaiz sederhana dan merombak herotan ekonomi. Hasil minyak untuk negeri turut diutamakan dengan menubuhkan syarikat-syarikat minyak PetroSabah, PetroSarawak, PetroTerengganu untuk menyertai pembangunan lapangan kecil (marginal field) yang kini diboloti oleh syarikat kroni.

"Skim khusus diwujudkan agar Petronas menaungi syarikat-syarikat ini supaya dapat bersaing di peringkat antarabangsa dalam tempoh 10 tahun. "Mengenai perumahan rakyat, penubuhan Perbadanan Perumahan Negara untuk menjalankan amanah menyediakan perumahan mampu milik secara besar-besaran," kata beliau. Tambahnya lagi, melalui perumahan rakyat ini program pemilikan bersama (50:50) di antara kerajaan dan rakyat bagi perumahan terpilih.

Selain penurunan harga kereta menjadi teras utama, reformasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga diberi perhatian dengan mengalihkan sumber manusia dan kewangan kepada kegiatan membanteras jenayah. Malah kenaikan gaji sebanyak 5 peratus kepada anggota juga turut akan diumumkan, tidak ketinggalan juga pengumuman kenaikan gaji 20 peratus kepada kakitangan perubatan. Belanjawan yang meletakkan jumlah perbelanjaan RM233 bilion iaitu jumlah lebih kecil dari jumlah yang dijangka diumumkan oleh kerajaan iaitu melepasi RN250 bilion tetapi terus meningkat sebanyak RM13 bilion berbanding Belanjawan Pakatan Rakyat 2012.

Selain itu juga pertumbuhan ekonomi pengikut penganalisis dan ramalan ekonomi kekal optimistik pada kadar 5.2 peratus berbanding kerajaan yang menggunakan unjuran 5 hingga 6 peratus. Dalam pada itu sasaran yang lebih drastik pada defisit belanjawan apabila Pakatan Rakyat mensasarkan 3.5 peratus jika dibandingkan pada belanjawan yang dibuat pada Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 yang meletakkan 4.4 peratus. Walaubagaimana pun, kerajaan dijangkakan mengumumkan defisit sekitar 4 peratus kerana angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah disemak kembali menggunakan asas harga tahun 2005

sumber

7:03 PM | 0 comments | Read More

Kandungan Bajet 2013

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, September 28, 2012 | 5:16 PM

intipati bajet 2013, senarai bajet 2013, inisiatif bajet 2013

Hari ini Perdana Menteri Malaysia . YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak membentangkan Belanjawan 2013. Pastinya intipati Belanjawan yang akan diberikan oleh kerajaan sememangnya ditunggu tunggu oleh rakyat dengan harapan lebih banyak insentif dan faedah yang akan diberikan menjelang Pilihanraya Umum ke 13 yang semakin hampir.

##Gayut banyak2...bayar sikit je....sapa tak mahu kan?

Kerajaan pastinya akan menawarkan lebih faedah kepada rakyat sebagai satu suntikan awal menjelang pilihanraya. Pembentangan pada kali ini juga dilihat sebagai penentu kepada kerajaan untuk menambat hati rakyat . Jika gagal , mungkin mereka akan menerima padah pada pilihan raya akan datang.

##Peluang Bercuti Bersama Hanis Zalikha dan Scha

##Gadget Bernilai RM10,000 PERCUMA untuk anda

Untuk mendapatkan intipati dan senarai Belanjawan 2013 dalam bentuk Teks ucapan . anda boleh mendapatkannya dengan klik link dibawah  bermula jam 5.30 petang , 28 September 2012)

BAJET 2013 | BELANJAWAN 2013

TEKS UCAPAN

LAPORAN EKONOMI

ANGGARAN PERBELANJAAN

SALURAN MEDIA

 

5:16 PM | 2 comments | Read More

Pembentangan Bajet 2013 | Belanjawan 2013

KUALA LUMPUR, 28 Sept — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) hari ini membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat, yang keempat bagi beliau sebagai Menteri Kewangan.

Berpakaian baju Melayu berwarna hijau lengkap bersamping, Najib mula membentangkan Belanjawan, bertema “Memakmur  Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati” pada 4 petang, dan ia disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen radio dan televisyen utama.

Dengan pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan pada bila-bila masa sahaja, rakyat Malaysia teruja untuk  mengetahui apakah berita baik untuk mereka dalam Belanjawan kali ini berikutan kebimbangan mereka terhadap punca pendapatan yang boleh menjejaskan kualiti kehidupan mereka.

 

DAPATKAN KANDUNGAN BAJET 2013 DISINI

 

Rakyat mengharapkan kerajaan akan menangani isu-isu berkenaan dan pada masa yang sama memastikan keadaan ekonomi negara kekal kukuh berikutan ketidaktentuan ekonomi global.

Menjelang pembentangan Belanjawan hari ini, pakar ekonomi, ahli politik serta rakyat biasa dan setiap lapisan  masyarakat telah menyuarakan pendapat mereka mengenai apa yang Najib patut masukkan di dalam Belanjawan.

Najib telah menulis dalam blog beliau bahawa Belanjawan ini disediakan selepas mengambil kira pelbagai pandangan daripada rakyat.

“Terima kasih atas input anda , ini benar-benar mewakili sesuatu yang disuarakan oleh rakyat, untuk rakyat — dan saya berharap semua lapisan rakyat Malaysia dapat melihatnya daripada isu-isu yang ditangani,” tulis beliau.

Belanjawan ini akan dibahaskan dan diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula 24 September dan akan berakhir pada 27 November.

Belanjawan ini juga adalah yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan berikutan mandat kerajaan akan tamat pada 28 April, 2013. Najib boleh memohon membubarkan Parlimen pada bila-bila masa antara  sekarang dan akhir April. — Bernama

Intipati dan senarai Bajet yang dibentangkan akan kami bawakan kepada anda sejurus selepas selesai pembentangan Bajet 2013

 

sumber

5:01 PM | 0 comments | Read More

Senarai 15 Negara Terkaya Di Dunia

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, March 03, 2012 | 2:04 PM

senarai terbaru negara kaya , negara kaya oleh forbes, senarai negara kaya, singapura dan brunei negara kaya, 15 negara terkaya


Berikut merupakan senarai terbaru negara negara kaya yang dikeluarkan oleh majalah Forbes. Kekayaan negara yang disenaraikan ini dikira berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang diselaraskan dengan kuasa membeli di kalangan rakyat 182 negara di dunia ini. Berikut adalah senarai 15 negara tersebut :

image

Tempat ke-1 : Qatar ( AS$88,222)

Tempat ke-2 : Luxembourg (AS$81,466)

Tempat ke –3 : Singapura ( AS$56,694)

Tempat ke-4 : Norway (AS$51,959).

Tempat ke-5 : Brunei ( AS$48,333)

Tempat ke-6 : Emeriah Arab Bersatu (UAE) ( AS$47,439)

Tempat ke-7 : Amerika Syarikat (AS$46,860)

Tempat ke-8 : Hong Kong (AS$45,944)

Tempat ke-9 : Switzerland (AS$41,950)

Tempat ke-10 : Belanda (AS$40,973)

Tempat ke-11 : Australia (AS$39,764)

Tempat ke-12 : Austria (AS$39,761)

Tempat ke-13 : Ireland (AS$39,492)

Tempat ke-14: Kanada (AS$39,171)

Tempat ke-15: Kuwait (AS$38,775)

Dimana Malaysia? Mungkin ada dari kalangan pembaca yang tertanya tanya kan? Mungkin ekonomi Malaysia masih belum boleh menandingi mana mana negara yang tersenarai di atas. Dan hakikatnya, kuasa membeli di Malaysia masih rendah . Pendapatan yang rendah dalam kalangan masyarakat adalah salah satu dari penyebabnya. Dan siapa sangka, dua negara terdekat dengan Malaysia iaitu Singapura dan Brunei mampu menjadi kuasa besar ekonomi dunia dengan menduduki tangga 5 teratas. Kelebihan kepada kedua dua negara tersebut kerana saiz yang kecil dan rakyatnya yang sedikit tetapi pendapatan negara yang tinggi. Hasilnya, kuasa membeli setiap rakyat di kedua dua negara tersebut adalah tinggi.

2:04 PM | 1 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)