Showing posts with label ALLY ISKANDAR. Show all posts
Showing posts with label ALLY ISKANDAR. Show all posts

Gambar Nikah Ally Iskandar Dan Farah Lee

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, January 20, 2012 | 12:00 PM

gambar kahwin ally dan farah lee, ally iskandar nikah,farah lee nikah, majlis nikah ally iskandar dan farah lee, ally dan farah lee nikah, ally iskandar dan farah lee, ohbulan gambar nikah ally iskandar dan farah lee

image
Berita penuh dari OhBulan


Hanya 2 kali lafaz, personaliti tv3 terkenal, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36 telah bergelar suami kepada Nurfarahin Binti Romli, 22 dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu, tepat jam 10:03 minit pagi.

Ally Iskandar segak bergaya mengenakan baju melayu putih telah dinikahkan berwakil wali bapanya, Romli Bin Ismail oleh jurunikah kawasan Kampung Atas Tol, Tuan Haji Mohd Abu Bakar dengan mas kahwin berjumlah RM250.

Pihak lelaki, Ally Iskandar menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan iaitu set pakaian lelaki, sedulang manisan, kelengkapan baju melayu, sejadah dan jubah, gubahan bunga rampai, replika rumah, sebuah iPhone dan sebentuk cincin.

Manakala, Nurfarahin atau lebih dikenali sebagai Farah lee menerima 7 dulang hantaran berupa gubahan sirih junjung, telekung dan sejadah, sebentuk cincin dan mas kahwin, sebuah rumah, sebuah Mac Book Pro, sehelai baju kurung dan senaskhah Al-Quran.

Dianggar lebih 100 jemputan daripada pihak lelaki dan perempuan hadir bagi memeriahkan majlis pernikahan kedua-dua pasangan pengantin ini.
Entry berkaitan sebelum ini  :

Gambar Farah Lee sebelum majlis pernikahan. Cantik sungguh Farah Lee ni kan?


SONY DSC


image

Semoga pernikahan diberkati Allah SWT InsyaAllah . Dan jodoh berpanjangan. Lagi banyak gambar di Laman OhBulan,
12:00 PM | 1 comments | Read More

Blog Farah Lee | Kunfayakun | Gambar Terbaru Farah Lee dan Ally Iskandar

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, January 13, 2012 | 8:00 AM

  • ally iskandar dan farah lee
  • ally iskandar nikah 20 januari 2012
  • ally iskandar farah lee
  • ally kahwin fara 
  • farah lee kahwin
  • farahin ally iskandar
  • perkahwinan ally iskandar dgn farahin

Nama Farah Lee tiba tiba meletup sekitar bulan September tahun 2011 selepas Ally Iskandar putus tunang . Nama Farah Lee ini menjadi sebutan dan keyword carian kerana Ally Iskandar dikatakan mula rapat bersama gadis yang sedang belajar jurusan kejuruteraan mekanikal di Korea ini. Alhamdulillah kalau dilihat, personaliti muslimah Farah Lee memang sangat sesuai dengan Ally yang kita tahu sememangnya cool dan tiada gosip panas.

Tahu tak yang Farah Lee juga ada sebuah blog? Mesti ramai yang teruja kan? Dan pastinya selepas ini, blog Kunfayakun milik gadis Terengganu ini akan menjadi seperti Jejari Runcing yang satu ketika dulu meletup dek kerana kisag putus tunang beliau bersama Apex (Khairul Fahmi Che Mat) .

Setakat entry ini ditulis, Fanpage Farah Lee sudah mempunyai sebanyak 11498 likers dan pastinya ia akan bertambah lebih banyak selepas ini.

♥ KunfayakuN ♥

Sejuk hati bila membaca semua entry entry dalam blog Farah Lee ni. Memang sangat sesuai Ally Iskandar dapat isteri macam ni. Sejuk hati mak mertua . Jom ke blog farah lee :

InsyaAllah katanya mereka akan melangsungkan pernikahan mereka pada 20 Januari ini. Boleh rujuk entry Ally Iskandar dan Farah Lee Kahwin 20 Januari 2012 oleh Darkbatman.

SUMBER GAMBAR  : FANPAGE DAN BLOG FARAH LEE

8:00 AM | 5 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)