Parlimen Bubar 3 April 2013 Untuk Beri Laluan Kepada PRU13

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, April 03, 2013 | 2:27 PM


SHAH ALAM - Parlimen dibubar berkuat kuasa hari ini, sekali gus membuka laluan bagi Pilihan Raya Umum ke-13 yang dinanti oleh seluruh negara sejak dua tahun lalu.
Pembubaran diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet.
"Pembubaran ini membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 sejak negara merdeka," kata beliau dalam pengumuman khas yang dibuat dari Pejabat Perdana Menteri dan disiarkan secara langsung menerusi televisyen jam 11.30 pagi.
Pengumuman ini dibuat ketika Najib genap empat tahun menjadi perdana menteri.
Mandat kerajaan pusat akan berakhir pada 28 April ini. PRU12 diadakan pada 8 Mac 2008.
Ini kali pertama pilihan raya umum diadakan selepas genap lima tahun selepas satu-satu pilihan raya umum.
Dalam ucapannya, Najib yang diiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah menghadap dan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk membubarkan Parlimen Ke-12 hari ini.
Barisan anggota jemaah menteri juga hadir pada majlis pengumuman khas itu.
Najib turut menasihati semua kerajaan negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) masing-masing kecuali Negeri Sembilan dan Sarawak, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.
Dun Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan. Sarawak pula telah mengadakan pilihan raya umum negeri pada April 2011.
Berikutan pengumuman pembubaran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat untuk menetapkan tarikh hari penamaan calon dan pengundian, lapor Bernama.
Selepas pilihan raya umum ke-12, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan, ekoran kematian dan peletakan jawatan, iaitu enam bagi kerusi parlimen dan 10 kerusi Dun, yang menyaksikan masing-masing lapan kerusi dimenangi BN dan pembangkang.
Pilihan raya kecil Parlimen ialah bagi kerusi Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu Selangor, Sibu dan Batu Sapi manakala pilihan
raya kecil Dun ialah di Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Penanti, Bagan Pinang, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau.

Jumlah pilihan raya kecil berkenaan antara yang terbanyak dalam sejarah pilihan raya negara selepas penggal 1995 hingga 1999 menyaksikan 17 pilihan raya kecil diadakan.
Selepas ucapan khas yang mengambil masa kira-kira 15 minit, Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) bersalam dengan anggota jemaah menteri yang mengenakan tali leher warna merah.

PRU13

**bagi anda yang ingin membuat semakan daftar PRU, sila klik pada pautan berikut \

sumber : Sinar Harian
2:27 PM | 0 comments | Read More

Cara Semak Daftar Undi SMS dan Online PRU13

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, March 12, 2013 | 10:35 PM

semak daftar undi.,semakan pengundi 2013, semak undi pru13, daftar undi 2013,daftar undi pru13, semakan pengundi 2013

image

Pilihanraya umum ke 13 yang dikatakan sebagai pilihanraya yang akan menentukan masa depan sebenar negara dengan pembangkang dilihat semakin kuat memberi tentangan dan menjadi pesaing kepada kerajaan memerintah. Undi pengundi pengundi di seluruh Malaysia terutama pengundi baru bakal menentukan jatuh bangun negara Malaysia. Berikut merupakan cara menyemak daftar undi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menentukan sama ada anda layak mengundi atau tidak pada pilihan raya kali ini.

1. Cara semak daftar undi online.

Semakan boleh dibuat dengan melayari pautan pautan berikut.

**hanya masukkan nombor kad pengenalan anda dan sistem akan memaparkan maklumat daftar undi anda.

2. Anda juga boleh membuat semakan isi rumah secara serentak . Sila klik pada pautan dibawah

image

3. Cara semak daftar undi SMS

SPR SEMAK<jarak> NO.IC

Contoh : SPR SEMAK 780121043322

Hantar Ke : 15888

 

10:35 PM | 0 comments | Read More

Terkini Di Lahad Datu : Seorang Tentera Terkorban

LAHAD DATU: Seorang anggota tentera terkorban manakala tiga pengganas sulu ditembak mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di sini, kira-kira pukul 10.45 pagi Selasa.

Perkara itu disahkan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika sidang media pada petang Selasa.

Zulkifeli berkata pasukan keselamatan diserang hendap oleh kumpulan pengganas itu pada pukul 7.45 pagi dan selepas itu mereka melarikan diri sebelum dijejaki pasukan keselamatan dan berlaku pertempuran.

Hingga kini jumlah anggota keselamatan yang terkorban dalam Op Daulat ialah sembilan orang.

Sebelum ini seramai lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada 2 Mac.

 

mstar

10:22 PM | 0 comments | Read More

Terkini Di Lahad Datu : ATM Lancar Serangan Besar Besaran (VIDEO)

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, March 05, 2013 | 3:05 PM

terkini di sabah, lahad datu, semporna, pencerobohan sabah, tentera sulu serang sabah, pencerobohan lahad datu, serangan balas atm di sabah, perkembangan terkini di sabah 2013

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Pihak keselamatan dipercayai dapat menyelesaikan krisis pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu selepas melancarkan serangan ofensif di kawasan Kampung Tanduo, Lahad Datu pagi ini. Walaupun operasi masih berjalan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis dan tentera mencapai objektif yang ditetapkan, mengikut sasaran yang ditentukan.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, di Lahad Datu, Sabah, Ismail berkata pasukan keselamatan melancarkan tindakan ofensif terhadap kumpulan pengganas yang bertapak di Kampung Tanduo. Beliau berkata tiada orang awam di kawasan sekitar ketika operasi dilancar dengan menggunakan jet pejuang sejak pukul 7 pagi.

Ismail berkata tiada kehilangan nyawa di pihak pasukan keselamatan manakala setakat ini jumlah kematian dan kecederaan di pihak musuh belum dapat disahkan.

The Star Online melaporkan bahawa peperangan bermula antara militan bersenjata Sulu dan pasukan keselamatan awal pagi ini. Tembakan telah didengar dan jet pejuang telah dilihat mengelilingi sekitar ladang Felda Sahabat. Letupan didengar selama 40 minit di Kampung Tanduo, lapor akhbar tersebut.

Sekumpulan 200 lelaki bersenjata, yang mendakwa mereka adalah Tentera Kesultanan Sulu, telah menceroboh pada 9 Februari lalu bagi metuntutan Sabah.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata semalam tujuh lagi batalion telah dihantar ke Sabah sejak Sabtu, dengan lima di Lahad Datu dan masing-masing satu di Sandakan dan Tawau.

dan video laporan dari laman Al jazeera

3:05 PM | 1 comments | Read More

Terkini di Lahad Datu: Seorang Lagi Anggota Terbunuh Di Semporna

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, March 03, 2013 | 10:31 AM

Polis-Lahad-Datu-Sabah

KUALA LUMPUR: Seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu malam Sabtu.

Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera.

Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan.

Difahamkan penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal pasti.

Pada Jumaat, dua anggota komando polis VAT 69 terkorban dan tiga lagi anggota pasukan keselamatan negara cedera selepas berlaku insiden tembak-menembak apabila kumpulan penceroboh itu bertembung dengan pasukan keselamatan negara.

Dilaporkan 12 orang daripada kumpulan penceroboh turut terbunuh.

Dua yang terkorban ialah ASP Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46.-BERNAMA

10:31 AM | 0 comments | Read More

Terkini DI Lahad Datu: Tembak Menembak , 10 Mati 4 cedera

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, March 01, 2013 | 3:17 PM

KUALA LUMPUR, 1 Mac — Tembak-menembak dilaporkan berlaku antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh dari Filipina yang menduduki kawasan perkampungan berhampiran Lahad Datu, dan menyebabkan kematian, lapor media Filipina hari ini.

Laman web The Philippine Daily Inquirer melaporkan, dipetik stesen radio Sabah, mereka mendengar bunyi tembakan selepas jam 10 pagi hari ini, tanpa menamakan  wartawan berkenaan.

Laman web tersebut turut memetik kenyataan beberapa penduduk kampung yang melihat ada beberapa mayat dipindahkan, dan menambah pihak berkuasa Malaysia juga menolak untuk memberikan sebarang kenyataan buat masa ini.

source

Sebuah akhbar Filipina memetik:

Dalam satu lg kenyataan menyebut:

Kumpulan penceroboh Filipina, yang berkubu di Lahad Datu untuk minggu ketiganya, mengesahkan laporan mengenai tembakan dilepaskan kira-kira 24 jam lalu tetapi mendakwa mereka hanya melepaskan tembakan untuk memberi amaran kepada pasukan keselamatan Malaysia.

Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, memberitahu Malaysiakini bahawa pihaknya mengesan enam anggota tentera Malaysia mendekati Kampung Tanduo sekitar 5 petang semalam dan melepaskan tembakan ke udara.

"Semua orang bergegas pergi ke sana, jadi saya pun ikut. Bila sampai, saya tanya kepadanya (pengawal) apa yang telah berlaku.

"Mereka beritahu saya tembakan itu dilepaskan ke udara bertujuan untuk memberi amaran kepada mereka (tentera Malaysia) bahawa mereka telah dikesan. Menurut mereka terdapat enam askar Malaysia dalam tiga kumpulan dan mereka melarikan diri," katanya melalui telefon.

Bagaimanapun, beliau berkata kumpulannya seramai kira-kira 130 tidak niat untuk menyerah diri.

Beliau juga mengesahkan kumpulannya menerima risalah memberi amaran terakhir, dan menggesa kumpulannya supaya menyerah diri, tetapi beliau berikrar bahawa mereka akan terus "berada di situ sehingga keadaan itu diselesaikan."

Bagaimanapun, beliau bertegas bahawa kumpulannya yang bersenjata - yang mahu menuntut wilayah Timur Sabah sebagai sebahagian daripada Kesultanan Sulu atas sebab-sebab bersejarah - tidak berniat untuk mencetuskan konflik.

Mengenai bekalan makanan untuk kumpulannya, Azzimudie berkata kepungan ketat pasukan tentera sekitar Kampung Tanduo telah dihalang penghantaran makanan menyampaikan, sambil menambah: "Kami, rakyat Suluk, sudah biasa hidup dalam hutan".

**Bacas juga dilaman berikut untuk mengetahui isu ini :

JALAN PULANG

**UPDATE TERKINI :

“AL-FATIHAH KEPADA G/17984 skuad 2/2006″ INSP ZULKIFLI MAMAT DAN SJN SABARUDIN DR UNIT 69 KOMANDO YG TELAH TERKORBAN SEMASA PERTEMPURAN DI LAHAD DATU HARI INI. G/17984 skuad 2/2006″

Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina – Bernama


Doakan keselamatan perajurit negara kita yang terlibat sentiasa dilindungi .

**and still, Malaysian government and public force cover up things saying nothing happen. Tak faham aku.

3:17 PM | 0 comments | Read More

Jambatan / Flyover Runtuh Di Putrajaya

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, February 28, 2013 | 5:16 PM

PUTRAJAYA: Jambatan Cyberjaya menghala ke Aman Putra yang bersempadan dengan Cyberjaya dan Putra Perdana runtuh kira-kira jam 2.30 petang tadi.


Balai Polis Dengkil mengesahkan terdapat laporan dibuat mengenai runtuhan itu sebentar tadi.

Katanya, jambatan berkenaan sudah lama ditutup untuk lalu lintas kenderaan lebih sebulan lalu.

sumber

Gambar-Jambatan-Runtuh-Sebelum-Ke-Tol-Putrajaya-1

Gambar-Jambatan-Runtuh-Sebelum-Ke-Tol-Putrajaya-2

5:16 PM | 0 comments | Read More

Tips Kecantikan Wajah Lelaki

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, February 26, 2013 | 12:48 AM

Slendertone

Menjaga kecantikan selalunya sinomin dengan golongan wanita, namun golongan lelaki zaman kini juga tidak mahu ketinggalan dalam menjaga kulit wajah yang merupakan aset mereka.


Penjagaan kulit wajah ini amat penting agar kelihatan segar sentiasa. Jadi, di sini terdapat beberapa tip yang boleh membantu untuk mendapatkan wajah yang sempurna tanpa sebarang cela.


Membersih
Ini merupakan asas dalam penjagaan wajah. Bukan sekadar membersihkan, tetapi anda harus mengenali kulit wajah anda. Kulit lelaki berbeza dari kulit wanita kerana lelaki mempunyai liang roma yang lebih besar dan kelenjar sebum yang sangat aktif. Jangan sesekali membersihkan wajah anda dengan menggunakan sabun buku badan kerana ini akan menyebabkan kulit wajah semakin kering. Minyak yang terdapat di muka amat bagus tetapi jika dibiarkan berlebihan akan menyebabkan liang roma tersumbat dan mendatangkan gejala jerawat. Sekurang-kurangnya, basuhlah wajah anda menggunakan produk wajah yang sesuai walaupun hanya sekali dalam sehari.


Scrub
Rajin-rajinkan diri anda menggunakan scrub di muka untuk menanggalkan sel-sel kulit mati. Jika anda konsisten, anda pasti dapat melihat kesannya di wajah.


Pelembab
Amalan bercukur pada setiap hari bakal menyebabkan kulit wajah anda semakin kering kerana wajah kehilangan bahan semula jadi yang melembapkan kulit. Oleh itu, penggunaan pelembap di wajah amatlah digalakkan bagi mengembalikan semula kelembapan di wajah anda. Kesannya, tiada lagi kesan sel-sel kulit mati yang kelihatan di muka.


Lingkaran bawah mata
Tahukah anda golongan lelaki mudah mendapat lingkaran di bawah mata kerana tekanan harian? Kekurangan penjagaan di sekitar kawasan ini akan membuatkan kedut-kedut mula kelihatan lebih cepat dari tempoh sepatutnya. Penggunaan krim mata yang sesuai mampu mengurangkan lebam di bawah mata.

SUMBER

12:48 AM | 1 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)