5 Blog Yang Mesti Dilawati

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, March 29, 2011 | 3:43 PM

Respon dari Kak Jie mengenai 5 Blog yang dia selalu lawati pada tahun 2011 dan Joe mengenai 5 BLOG YANG PASTI DILAWATI, aku pun terasa nak jugak buat review mengenai 5 blog yang aku selalu lepak dan buang masa kat sana.

Kak Jie guna Blog yang selalu dilawati, Joe guna pasti dilawati, aku nak guna MESTI dilawati, so takda isu plagiat tajuk kehh..LOL.

Macam Joe jugak, sikit sikit penulisan blogger blogger berkenaan mengefek penulisan aku jugak la walaupun tak banyak. Dan , 5 blogger tersebut banyak menceriakan hidup aku.acece. Aku tak kisah blogger popular or tak, yang penting penulisan seronok dan bess dibaca (seronok and bess bukan sama ka?).

ini antara 5 blog pilihan aku (sila klik pada gambar header untuk ke blog tersebut)

Menguasai carta adalah dia nihhhh.malas nak kenalkan sebab mesti korang dah kenal kan dengan misslolly nie?klik gambor tu kalau nak ke blog beliau. Aku suka lepak blog dia sebab penulisan dia sempoi dan bess dibaca, Kadang kadang tak larat nak gelak dengan perangai “gedik” dia tu.ahaha. Gedik dalam penulisan je kan Cik Lolly???LOL!! (bila nak kawin dengan bangla?haha)

There is No Charge For Awesomeness

si Melz ni aku dah baca blog dia semenjak aku mula mula blogging dulu. Blog dia banyak tips menarik dan idea idea untuk berblogging banyak diberi. Aku banyak belajar pasal “colour” blog dengan perhatikan blog dia. Damn , blog dia cantik and simple. Agaknya blog aku warna biru pun sebab pengaruh dia kot. Who knows..LOL

Great Teacher Onizuka

bro Eyriqazz pun salah satu blog yang aku baca sejak mula aku berblogging dari awal bulan 9 , 2009 dulu. Rasanya masa tu, bro pun baru buat blog kot. Sorry kalau silap. tapi dia cepat berjaya, Why?sebab dia kreatif. Dan anak kesayangan Nuffnang jugak sekarang. Ada ja idea untuk semua readers2 dia. Dan aku rasa, idea paling kreatip adalah GTO Pointz.

image

aku suka dia (bukan Gay) sebab penulisan yang sempoi dan simple dan senang difahami tapi bagi maksud mendalam. Penulisan entry Zack banyak masukkan dialog so senang nak difahami sesuatu benda yang nak diceritakan tuh.

ed shahir ™

aku suka gambar gambar yang dia snap.Tu ja nak bagitau. Malas nak bagitau banyak2 sebab korang kena tengok sendiri .ok aku bagi satu gambar yang cantik,yang lain p cari sendiri keh

DSC_9317

nak ngorat boleh tapi bukan yang ke3 dari kiri tuh. Itu ed punya.haha.gambor2 yang lain p cari sendiri okeh.

Blog lain yang best bagi aku

  1. FATIN LIYANA ( ada ja idea dia nak mengarang)
  2. DAHLIA JOURNAL (banyak info terkini)
  3. EYKAMEOW (dia comel lepas pakai tudung)~~keh3x
  4. HAMZAH IAN (walaupun ayat lucah.tapi aku suka baca.haha)

p/s : klik pada gambar Header untuk ke blog tersebut

3:43 PM | 15 comments | Read More

Mesej Wabak Infeksi DING! Apa Maknanya??

bangun je  dari tidor pagi tadi dapat satu flash message yang tertera dalam handphone .macam gambar dibawah nie
Flash Message 25333

SUMBER

..:: DING! Saksikanlah wabak infeksi yang akan merebak ke seluruh negara sekejap lagi. ::..

bila dapat mesej ni tetiba jadi macam blur. Ape kejadah menda ni. Cuma ada butang close je dan tak boleh disimpan sebab aku guna Samsung. (hp Nokia dapat menyimpan flash message) untuk hp Sony Ericson, mesej tersebut tidak dapat disimpan dan terus terpadam (itulah fungsi flash message).

dan bila jadi, aku cuba try google berkenaan benda tu. ngatkan aku sorang ja yang dapat. Tanya classmate dalam kelas, ramai yang dapat mesej yang sama. After dah google terjumpa something dalam blog INI

SUMBER

PERSOALANNYA : Apakah infeksi tersebut?Mungkin virus komputer, ada jugak yang bagi amaran berkenaan radiasi nuklear dari jepun. Ada yang bagi amaran gempa bumi yang akan berlaku. Hopefully mesej tersebut tak ada kena mengena dengan benda benda tak elok. Sama sama kita berdoa moga malaysia dijauhkan dari segala bala bencana . AMIN!!

UPDATED: Persoalan mengenai MESEJ INFEKSI terjawab  DISINI

1:09 PM | 6 comments | Read More

Senarai Peserta Dan Tenaga Pengajar AF9

12 Peserta Akademi Fantasia telah diumumkan semalam di AEON AU2 terdiri daripada 6 lelaki dan 6 wanita yang akan berentap untuk merebut gelaran Juara Terakhir AF.

3 dari 12 peserta yang terpilih terdiri daripada bintang bukan Astro yang pernah menyertai rancangan realiti lain :

  1. Ahmad Afif Tirmizie (Afif), 24,  Mystar LG musim pertama
  2. Mohamad Azri Abdullah (Azri), 23, Mystar LG musim kedua
  3. Hairul Najmuddin Abu Samah (Erul), 19, Mentor (Protege Jaclyn Victor)

dan 9 peserta lain adalah :

  1. Nur Haidir Muhd (Kay), 22 [adik bintang AF4, Diddy Hirdy]
  2. Mohamad Amirullah Jahari (Amir), 18,
  3. Fahrur Raqib Abdul Majid (Raqib), 20.
  4. Lenaber Haidir (Lena), 20,
  5. Zulaika Zahari (Laika), 22,
  6. Nur Atiqah Shaffudin (Eka), 21,
  7. Roshammizah Rosli (Miza), 27,
  8. Nur Suhada Jebat (Aida), 18
  9. Queennera Francine Francis Kitingon (Nera), 19.

dan barisan tenaga pengajar AF9 terdiri daripada :

  1. Syafizawati dan Ning Baizura (vokal),
  2. Adlin Aman Ramlie (seni persembahan),
  3. Fatimah Abu Bakar (guru bahasa Inggeris dan motivasi)
  4. Aris (guru tari)

persoalan mengenai siapa Pengetua AF9 masih menjadi tanda tanya dan hanya akan diketahui pada konsert pembukaan AF9 sahaja. So tunggu dan lihat.

9:50 AM | 0 comments | Read More

Perodua Myvi Extreme | Spesifikasi Dan Gambar

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, March 28, 2011 | 10:08 PM

mungkin semua dah tahu yang perodua, syarikat pengeluar kereta kedua negara tetapi kini menjadi nombor satu dalam Malaysia akan keluarkan siri terbaru Myvi iaitu Myvi Extreme. Spesifikasi kereta ini belum lagi dikeluarkan oleh pihak Perodua. Bila tarikh sebenar model ini akan dikeluarkan belum lagi diketahui.

ini antara gambar gambar siri Myvi Extreme yang dikeluarkan secara “illegal”

masih menjadi tanda tanya

pandangan hadapan

interior design. Menarik dengan skrin di dashboard bahagian tengah

bahagian belakang nampak agak sama dengan model myvi sedia ada

pandangan sisi. nampak macam Viva sikit sikit

dan pandangan hadapan untuk siri berwarna putih

so kita tunggu pengumuman dari Perodua berkenaan model terbaru ini. juz wait and see. Nampak macam bergaya. Mungkin boleh dapatkan satu nanti.

10:08 PM | 1 comments | Read More

Blog Hilang Tiba Tiba ?Jangan Gelabah, Ini Penyelesaiannya

5minit yang lalu adalah waktu paling getir sepanjang aku berblogging selama lebih kurang 2taun nie. Mau tak gelabah biawak. tetiba bila aku nak post entry dari Window Live dia bagitau blog aku tak wujud cam ni

cats

ok aku  hadapi dengan penuh rilek dan cool ja. InsyaAllah hilang kejap ja. Ingat dah kena hack macam Izamir Ridhwan kena minggu lepas. Tapi blog cikai nie mana ada orang nak hack. Buang masa ja.

So bila anda hadapi masalah yang sama, jangan gelabah. Blog anda masih ada dalam sistem. cuma mungkin ada error sikit. Macam apa yang jadi tadi, aku terus verify balik account aku dengan Google, dia hantar verification password through phone sebab Gmail pun tak boleh masuk tadi. Then , everythings came back to normal again. fuhh~~..

Gila lah memang takut aku tadi, maunya hilang semua entry entry yang aku buat dari awal blogging dulu. Tak ke naya. Tu semua dah macam diary aku . So kalau hilabg diary memang merana wohh………hari ni baru 27 Mac tapi aku dah awal awal lagi kena April Fool dari Google and Blogger.. shessshhh~~
10:53 AM | 1 comments | Read More

Aksi “Panas” Di Pulau Pangkor

Waktu aku menulis entry ni, jam 2.30 pagi dan aku baru habis meeting bersama dengan semua ketua kelab dan persatuan UiTM Kedah untuk Sambut Kedatangan Dato’ Vice Cancelor UiTM rabu ni. Baru hari ni aku berkesempatan untuk buat post lepas menyepi menghilang selam 4hari . 24-26hb terlibat dengan satu kursus di Pulau Pangkor .Nama kursus tersebut Destini Kenegaraan. Kiranya lepas balik ni memang semangat kenegaraan memang dah membuka buka dah dalam diri ni.yarksss..

Modul kursus ni “rahsia” kata mentor mentor. Tak boleh citer. Sebut la seribu kali “ceciter” pun aku tobat lahum takkan cita . Amanah tu. Aku kan memang orang amanah. yarksss again. Agak rileks sikit la dapat lepak di Pangkor after kepala ni dah diserabutkan dengan macam macam benda yang menyerabutkan. Assignment jangan cita la. Bertimbun timbun. Sampai kadang kadang aku rasa macam nak rebus semua buku buku pastu nak minum ja air tu. Plus hari ni menambah nambah lagi kerja aku. Tiap minggu ada event, tak ada cuti langsung.

Idea masih kering lepas mabuk laut akibat naik feri 20minit dari Lumut ke Pangkor.ok aku tipu.  So tak da idea lagi nak cerita. Nengok gambor sudah la erk..Malas aku nak cita panjang panjang.

Ni semua gambor dari kamera member aku yang bermegapiksel 20.Serius tak tipu.ahaha .Seramai 198 peserta dari kampus Kedah, Kelantan, Terengganu ,Shah Alam  dan Puncak Alam terlibat. Dan kami menginap di Resort Teluk Dalam

DSC00897

ni gambor masa nak balik. Ahh lantak la. Kita mula dengan gambor nak balik. malas aku nak susun balik..Ini gambar belakang feri. Omputih yang naik dengan kami semua pelik sebab dalam feri kosong. Semua lepak luar tengah panas.

DSC00901

damn it..pesal kepala aku jadi alien

DSC00821

aku tibai ja topi koboi tu dari member.

DSC00830

matahari tinggi lagi.tapi tak kira nak sebut gak sunset

DSC00832

ni kat mana aku pun tak ingat.tapi kat Pangkor la. Ofkos la kan?

DSC00851

janga terkejut sebab aku terapung disitu. Agak sampai bila aku akan terapung macam nie’?

DSC00857

GAY!!!

DSC00859

BUKAN GAY

DSC00866

kolam renang dari atas

DSC00880

ce teka siapa baju oren tu.haha

DSC00885

mas ni bergasak gasak berebut nak naik feri.

DSC00889

hanya kami sahaja tahu kenapa beliau gelak…hahaha

2:56 AM | 2 comments | Read More

Hentikan Politik Lucah dan Jijik–Dr Asri

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, March 27, 2011 | 1:05 PM

DIPETIK DARI MALAYSIANINSIDER

KUALA LUMPUR, 27 Mac — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mahu semua pihak tidak kira ideologi politik agar menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan “kebencian rakyat” terhadap “politik lucah dan kotor.”

Katanya, semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek dalam kalangan politikus dan media di negara ini.

Tokoh agama muda ini memberikan pendirian tegas ini ketika negara berhadapan dengan skandal pendedahan rakaman video seks, didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat (PR) melanggan pelacur asing di sebuah hotel di ibu negara akhir bulan lalu.

Rakaman itu didedahkan oleh tiga “Datuk T” kepada wakil media Isnin lalu dan kemudian kepada beberapa pemimpin politik.

Masing-masing pemimpin Barisan Nasional (BN) dan PR kini terlibat dalam perang kenyataan - berkaitan soal moral dan konspirasi politik.

Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa wujud pembabitan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin parti itu dan BN, tetapi presiden Umno itu kelmarin menafikan pihaknya terlibat dalam konspirasi yang dimaksudkan ketua pembangkang tersebut.

“Kita menentang politik lucah dan politik selak kain,” kata Asri (gambar) dalam satu kenyataan hari ini, yang menggariskan lima perkara yang perlu diamalkan bagi mengelakkan politik lucah dan kotor daripada berlarutan.

Ini bukan kali pertama negara berhadapan dengan politik seks dan politik lucah.

  • Akhir 2007, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang kini merupakan Presiden MCA meletakkan jawatan selepas dikaitkan dengan skandal seks yang rakaman aksi seks turut didedahkan kepada umum.
  • Pada 1994, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik meletakkan jawatannya ekoran tuduhan merogol pelajar bawah umur.
  • Pada 1988, bekas setiausaha agung MIC D. P. Vijandran meletakkan jawatan timbalan speaker Dewan Rakyat ekoran pendedahan 11 pita video seks yang disimpan di rumahnya.

Dalam satu kenyataan berasingan kelmarin, Asri meminta rakyat mengusir pemimpin-pemimpin politik yang suka “menyelak kain” pemimpin politik lain.

Justeru menerusi kenyataan hari ini, Asri menambah, semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat.

“Ia adalah amalan jijik dan kotor. Sama ada dalam Umno, PKR, PAS, DAP dan lain-lain, amalan ini hendaklah dihentikan segera. Ia dosa dan jijik; sama ada kerana memfitnah, ataupun mendedah aib peribadi orang.

“Ia bukan lambang kekuatan minda pendedah tersebut, sebaliknya hanyalah sekadar mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain atau setelah memangsakan orang lain,” kata beliau lagi.

Selain itu kata Asri, bahasa, perbuatan dan isyarat lucah dan kotor hendaklah tidak disebarkan kepada masyarakat awam negara ini.

“Ini akan menyebabkan generasi baru terkesan dengan nilai-nilai negatif. Maka orang politik hendaklah bersopan dalam bahasa dan petuturan.

“Mereka hendaklah bersih dari unsur-unsur kotor yang merupakan lambang pemikiran yang selekeh dan peribadi yang rendah. Mereka menjadi contoh kepada rakyat. Namun, sopan tidak menafikan ketegasan,” katanya lagi.

Asri turut berpandangan bahawa media hendaklah menjadi wacana bermaruah, bukan penyumbang atau penggalak kepada budaya lucah dan kotor dalam politik.

“Media yang menggalakkan fitnah atau pendedahan unsur lucah hendaklah dipulau oleh masyarakat bermaruah,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, ahli-ahli politik yang rakyat mahukan ialah mereka yang mampu mencetuskan idea ke arah kebaikan negara, memimpin rakyat dengan pemikiran yang bernas dan menzahirkan nilai-nilai diri yang positif.

“Mereka yang kontang idea, tiada nilai karismik dalam kepimpinan, gersang nilai budi dan adab hendaklah diusir dari pentas politik kita.

“Mereka yang sebeginilah yang akan cenderung mencari kelemahan peribadi musuh disebabkan gagal membina kekuatan diri,” katanya lagi.

Oleh itu tegas beliau, rakyat hendaklah bangkit menentang semua bentuk kezaliman dan penindasan hak, tanpa mengira agama, kaum dan parti.

“Bebas dari fanatik kepartian, tetapi menjadi manusia yang berprinsip dalam menegakkan kebenaran,” katanya lagi.

ULASAN AKU SENDIRI

semua pemimpin sekarang tak kira kerajaan atau pembangkang pakat pakat nak jatuhkan satu sama lain dengan gunakan taktik kotor dan jijik tu. Sama sama main kotor. Kenapa benda ni terjadi di Malaysia?Kat luar negara tak ada pun macam ni. katanya malaysia negara Islam.

Dan satu lagi,salah seorang  pendedah video seks iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pernah  meletakkan jawatannya sebab  tuduhan merogol pelajar bawah umur, dan sekarang di dedahkan pulak keaiban orang lain. hurm~~bukan nak sokong DSAI sebab aku tak suka dia pun tapi, dah macam nampak sangat semua main kotor kan?shesshhh~~

1:05 PM | 1 comments | Read More

12:40 PM | 0 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)