Friday, January 07, 2011

4 Blogger Dengan Header Flash Tercantik

masa berblogwalking….aku tertarik dengan beberapa blogger yang gunakan flash untuk header…aku pon sebenarnya tengah belajar-belajar nak guna flash nie tapi still lambat tangkap…langsung tak pernah jadi..haha..tak kreatif macam beberapa blogger yang akan aku review kat bawah nie….

ok jom kita tengok siapa 4 orang tu…..
1.   AYEEMAYAM
image
yang paling menarik bagi aku semestinya si AYEEMAYAM yang sangat kreatif nak gunakan flash nie…aku mula masuk blog ayeem dari blog   sebab tertarik dengan banner flash sharabunga …bess ja tengok header ko bro…terbaik dari ladang….

2.  SHINOXYUNA
image
dan yang kedua paling menarik bagi aku adalah SHINOXYUNA…yang bessnya…korang boleh lukis-lukis bila gerakkan mouse atas header nie…nak try masuk blog SHINOXYUNA

3. ROBOTSAKTI
image
geng2 robot nie….and header pon ofkos la bertemakan robot kan….siap ada pegang kipas pusing2 lagi..kejadah hape tah nama kipas tu aku pon tak tahu pasal mak aku tak penah beli…menarik dan boleh buat visitor teringat…ada trademark sendiri yang buat orang boleh ingat …jom tengok header dan blog ROBOTSAKTI

4 .  TERBANGTINGGITINGGI @ OTROMEN
image
hamzah ian , lelaki yang dilahirkan untuk menjadi oltromen..sebab tu header dia pon otromen jugak….ehh dia nie bf sharabunga ke?sorry kalau silap..haha….satu yang aku suka sangat blog hamzah nie…semua entry dia kalau aku baca sumpah gelak guling2..paling aku nak tergelak dalam entry Saper Tak Suka Mandi Bogel..haha…ada patut kakak dia jatuh telaga sebab nak tengok penyu..wahahaha even ayat kasar..tapi lawak siot..aku tak kisah dia nak sebut apa pon..janji aku happy baca ..hahhaaDevil

sebenarnya ramai lagi yang pakai header flash cntik….tapi 4 hamba Allah nie ja aku ada link…so yang tak masuk tu jangan nangis sampai terjun bangunan…haha..rgedik
dah r…cukup r empat pasal kat tajuk pon aku tulis 4 ja….len kali aku buat lagi review2 nie..nak pegi HEP UiTM…banyak keja nak settle..deymmmohate

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Bersara Hari Ini

KUALA LUMPUR: Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang begitu sinonim dengan pengumuman tarikh mula berpuasa dan juga tarikh Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha akan bersara, Jumaat.

Engku Ibrahim, 79, yang mengesahkan persaraan beliau, telah berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sejak 22 tahun lepas.

Selain bertanggungjawab menyimpan dan menjaga Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Engku Ibrahim juga menjalankan peranan sebagai Setiausaha Majlis Raja Raja serta bertindak sebagai jurucakap majlis tersebut.

Engku Ibrahim mula menjawat jawatan itu pada 1 Januari, 1989 menggantikan Datuk Ahmad Zainal Abidin Muhammad Yusof yang merupakan seorang diplomat yang tamat perkhidmatan pada September 1988 setelah memegang jawatan itu sejak Oktober 1980.

Engku Ibrahim yang pernah menjadi Setiausaha Sulit kepada salah seorang Yang Di-Pertuan Agong, adalah juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha (II) Jabatan Perdana Menteri sebelum bersara wajib dari perkhidmatan kerajaan pada April 1987. - BERNAMA





**lepas nie sure semua orang akan rindukan suara beliau setiap kali pengumuman puasa dan raya...kebanyakan dari remaja zaman nie membesar dengan mendengar suara beliau setiap kali sambut raya..surely will miss him so much !!

Thursday, January 06, 2011

(Panas) Giliran Lisa Surihani Pula Cium Mulut


kalau sebelum nie Lisa Surihani adalah antara artis Malaysia yang bersih dari sebarang gosip kotor dan jugak benda-benda negatif..tapi hari nie...sesuatu didedahkan..sama kes seperti kes Nabil yang cium mulut atau dalam bahasa senang difaham 'comolot'



Lisa comolot dengan siapa?anda nak tengok ke?ini adalah berdasarkan bukti yang dikeluarkan sendiri oleh laman gosip dan info artis terkenal Oh!!Artis



sila klik gambar comolot dibawah untuk tengok sendiri bukti dan kalau nak komen datang sini balik…hehee



image
klik pada gambar

Ariel Peterpan Dipenjara 5 Tahun Dan Denda RM 85000




JAKARTA 6 Jan. - Penyanyi Ariel Peterpan tergamam dan tertunduk lesu sebaik hakim menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atasnya selepas didapati bersalah terlibat dalam penerbitan video lucah dengan Luna Maya dan Cut Tari.
Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Ilham juga dikenakan denda sebanyak Rp250 juta (RM85,000). - Utusan

sumber asal : utusanonline

First Time HafizRahman.com Kalahkan UtusanOnline



alhamdulillah untuk rekod..semalam adalah hits tertinggi untuk blog aku untuk tahun nie..semuanya sebabentry yang menggunakan keyword panas dan hot n spicy semalam dan hari nie iaitu 'teoh beng hock' dan jugak 'keputusan MUET'...kedua-duanya ada dalam entry


dan 



gambar di atas adalah searh page google yang sempat aku snap pasal inkues teoh beng hock...bila taip keputusan kes teoh beng hock...alhamdulillah blog HafizRahman.com berada di page utama dan di nombor dua selepas berita harian untuk sepanjang malam sampai pagi nie.....berjaya mengatasi mstar online dan utusanonline...mesti korang cakap..ape la poyo ini pon nak tunjuk kan?haha

dan untuk keyword pulak...paling banyak yang masuk ke blog HR adalah dengan menggunakan keyword 'keputusan MUET'...walaopon tak la sebanyak blogger yang makin terkenal seperti yang aku dah listkan dalam Imbasan Blogger Terhangat dan Terhebat 2010 : Siapa Mereka?..tapi alhamdulillah ada peningkatan dalam bilangan pageview dan jugak unique visitor...

so kepada anda ..terutamanya beberapa orang blogger baru yang ada bertanyakan macamana nak buat orang datang ke blog kita....first...cari keyword menarik dan hot untuk hari tersebut dan esoknya...contohnya macam kemalangan bas di Simpang Pulai hari tu...orang akan search pasal kemalangan tu dan kalau bernasib baik page korang berada di main page searh engine google...kan ke durian runtuh tu...second..kena rajin la ofkos kan....hahaha


dan dua blogger yang selalu update pasal keyword-keyword panas setiap hari adalah :


dan 



jom terjah blog dua orang blogger hebat nie   =)

sekian

**harap korang abaikan tajuk entry nie...kalahkan dari segi list page di search engine ja...tupon kejap ja..haha...tapi pageview jangan harap la aku nak lawan...gila kot..ahahaha..lukenabebb!!


Bloglist HafizRahman.com Kini Dibuka


dah masuk tahun baru nie..aku nak kemas-kemaskan la senarai bloglist aku tu…dah bersawang dah dari taun lepas lagi…bukan bermaksud nak buang ja bloglist tu dari sini….kepada blog-blog yang tetap active update entry aku akan tetap senaraikan disitu..but kalau ada blog blog yang dah setengah tahun tak update…rasanya better gantikan dengan yang lebih active kan>?Winking smile

so bloglist akan disusun semula….ditambah baik kan..kepada sesiapa yang nak letak bloglist di sini..sila komen dibawah entry nie…kita exchange2…=)…boleh kan..?

and kepada blog yang memang dah link blog aku…aku akan automatik link kan blog korang disini…and kalau ada yang aku tak perasan…tolong bagitau ek..dah tua2 nie kadang kadang rabun tak nampak….

ok selamat berblogging semua untuk tahun  nie….see yaaa

Wednesday, January 05, 2011

Keputusan Akhir Kes Teoh Beng Hock..Bukan Dibunuh Dan Bukan Bunuh Diri!!Kes Tak Selesai!!

baru kejap tadi kakak aku post entry nie di wall facebook dia



hahaha abis sapa salah?keputusanya tak ada siapa yang salah..hantu kak limah yang bunuh dia..dah agak dah keputusan macam nie akan keluar..actually kakak aku salah seorang yang terlibat dengan kes pendakwaan nie..bess kan jadi peguam....nak jadi gak la.!!so dapat cerita panas dari court terus la..adehhh..macam nie punya kes pon ada ka?..POLITIK ke?




SHAH ALAM, 5 Jan — Mahkamah memberikan keputusan “terbuka” sebentar tadi berhubung punca kematian Teoh Beng Hock, bekas setiausaha politik kepada Exco Kerajaan Negeri, pertengahan 2009.
Dengan keputusan terbuka itu bermakna mahkamah tidak dapat memutuskan punca yang membawa kepada kematian Teoh yang meninggal dunia selepas didapati jatuh dari bangunan Masalam di sini semasa berada dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Koroner Azmil Muntapha Abas menolak teori bahawa Teoh mati kerana dibunuh ataupun membunuh diri.
Terdahulu ketika membacakan keputusnnya, Azmil berkata, Teoh kemungkinan meninggal dunia antara 7.15 pagi dan 11.15 pagi pada 16 Julai 2009.
Katanya, ia berdasarkan pada keterangan pakar-pakar patologi.
Azmil juga berkata, adalah jelas Teoh meninggal dunia di koridor servis tingkat lima Plaza Masalam.
Kata beliau, pegawai muda itu mati akibat kecederaan teruk selepas jatuh dari bangunan tinggi.
Malah beliau memberitahu, nota tulisan, yang dipercayai ditulis Teoh, yang dikemukakan sebagai bahan bukti ketika inkues menuju peringkat akhir, juga menimbulkan persoalan.
Meskipun adanya keputusan itu, Seksyen 339(2) Kanun Prosedur Jenayah menyediakan peruntukan kepada Pendakwa Raya untuk mengarahkan koroner membuka semula inkuiri.
Keluarga Teoh menuntut agar suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan untuk menyiasat keadaan yang membawa kepada kematian Teoh — melihat punca sebenar termasuk kemungkinan dia dipaksa untuk terjun dari bangunan tinggi.
Teoh, 30, setiausaha politik kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam, pada 16 Julai, 2009, selepas beliau memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 plaza itu.
Laporan meluas bahawa beliau mati beberapa jam selepas disoal siasat oleh SPRM mengenai dakwaan menyalahgunakan peruntukan kerajaan Selangor.
Pada awalnya, inkues itu dijadual diselesaikan dalam masa sebulan tetapi ia berlarutan sehingga 4 November lalu, di mana koroner mendengar keterangan daripada 37 saksi termasuk patologis Thai yang terkenal Dr Pornthip Rojanasunand.
Dr Pornthip mendakwa Teoh mungkin dibunuh, menyebabkan mayat Teoh digali semula untuk bedah siasat kedua.
MENYUSUL LAGI


kes pending????????????

UPDATE : ARTICLE OF TEOH BENG HOCK INQUEST IN ENGLISH HERE : 


http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/open-verdict-in-teoh-inquest/&h=3857b





rembat dari themalaysianinsider

Keputusan MUET 2010 Keluar Esok!!



KUALA LUMPUR - Keputusan Malaysian University English Test (MUET) Akhir Tahun 2010 akan dikeluarkan pada Khamis ini, kata Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Pegawai Perhubungan Awam MPM, Khawari Idris berkata, calon yang mendaftar di sekolah atau institusi boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah atau institusi masing-masing mulai 10 pagi pada hari tersebut.

Menurutnya, calon boleh menyemak keputusan ujian mereka melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MUET dan menghantarnya ke 15888 atau 36363, mulai 12.01 tengah malam Khamis.

"Calon juga boleh menyemak keputusan melalui sistem dalam talian dengan melayari  laman web MPM di  mulai 9 pagi pada tarikh tersebut, 

"Manakala bagi Calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos," katanya dalam kenyataan akhbar dekat sini, hari ini.

Seramai 94,117 orang calon telah menduduki ujian itu di 991 buah pusat ujian seluruh negara.
"Calon yang ingin mengambil semula MUET bagi memperbaiki keputusan MUET Akhir Tahun 2010 boleh membuat pendaftaran untuk MUET Pertengahan Tahun 2011 secara dalam talian melalui www.mesp.gov.my/online mulai Isnin ini.

"Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 27 Januari ini,"katanya.



so gud luck kepada semua yang ambil MUET sem lepas...berapa la aku nak dapat nie..huhuhu


gambar nie boleh pakai ke???deymmm..haha

Imbasan Blogger Terhangat dan Terhebat 2010 : Siapa Mereka?

2011 dah mai dah..2010 da pi dah… apa kata kita imbas balik beberapa blogger yang bagi impak besar dalam dunia blogging…dibawah nie beberapa orang blogger yang paling  aku nampak menyerlah sepanjang tahun 2010..


on_scene_sambun (49)
terpilih sebagai 10 Most Popular People Search In Google Malaysia..Hanis Zalikha is No. 6!! untuk tahun nie ..hanis memang hot blogger masa kini..semua perkembangan hidup dia orang nak tahu….kalau pada awal tahun…hanis tak sepopular sekarang..tapi analysis pada hujung tahun..memang mengejutkan…berjaya mengalahkan Siti Nurhaliza dan ramai lagi orang-orang lain yang popular!!aku rasa la kan…taun depan mesti hanis menang award best celenrity award tu dari nuffnang..caya la hanis!!..untuk rekod aku pernah 2x buat entry pasal hanis 


Hanis Zalikha Lebih Popular Dari Siti Nurhaliza


10 People Most Popular Search In Google Malaysia...Hanis Zalikha is No 6!!



rina salleh


rasanya semua dah tahu siapa gerangan wanita cantik  nie…ayu..sopan santun…lemah lembut..sukses...wanita berjaya…apa lagi nak sebut?wanita idaman setiap lelaki kat Malaysia….memang tak salah rinasalleh dipilih sebagai gadis Melayu 3…aku mula kenal dengan blog Rinasalleh dari Melz….dan kemenangan Rinasalleh memang membanggakan seluruh rakyat blogger di malaysia…Princess(boleh ke pakai rakyat tu?)  ..and the most important thing is aku masih menghentak kepala di dinding sebab tak dapat join big gathering ..RINASALLEH pon ada…tikam 



lcik epakgambar rembat  dari : http://giegurl.blogspot.com/

kalau dah aura seorang blogger popular..hilang macam mana pun orang akan cari….bermodalkan tempe cicah sambal kicap ciptaan sendiri…cikepal memang sangat terkenal masa kini….kalau masa awal tahun kalau tak silap…cik epal ada menghilangkan diri beberapa bulan dari dunia blogging…ramai blogger meratapi permergian cik epal..dari dunia blogging je laaaa….and once cik epal muncul…woww…dah makin slim dan bergaya bak sang model..phewwittt ..ngorat boleh??hak3x…apa rahsia anda wahai epal?adakah anda makan tempe dengan epal hari hari?dan kemunculan cik epal memang buatkan dia semakin popular!!(cik epal dah jadi model tu..tak caya tengok kat SINI)..Laughing out loud aku pernah dua kali buat entry pasal cik epal

BLOGGER Cik Epal HILANG???


Cik Epal Dah Kembali?Sejak Bila Nie??





ben ashaari


boleh aku kategorikan sebagai blogger yang paling cepat meningkat naik..dan jugak boleh bagi anugerah blogger paling rajin update blog…entry dia sehari boleh aku guna untuk seminggu..memang tak dinafikan Ben memang ada banyak  idea yang bagus untuk terus buat diri beliau dikenali dan dikenali dan dikenali tanpa henti…dan dia ada peminat dan pengunjung sendiri yang semakin bertambah setiap hari…terbaik bro!!  and untuk blog ben aku pernah beberapa kali masukkan nama dia


BEN NYAH GANTIKAN BEN ASHAARI!!!haha gelak guling2 aku


DEDAH!!BEN ASHAARI pernah dijemput jadi Pengacara AF?





Irine Nadia


seorang blogger yang boleh dikatakan antara tercomel Red heartselepas penulis entry nie..panggg!!1_Slap…memang comel dan cantik…dari pandangan mata seorang lelaki nie..haha…(jadi boya dah ..buaya..)satu yang aku tertarik dengan blog irienadia..aduhh…follower dia cepat bebenor naik..berkembang pesat dan maju betul…untuk rekod ,aku pernah dua kali buat entry pasal nadia… tapi kepada lelaki-lelaki di luar sana yang masih solo..AWASPointing up…beliau bukan solo.Broken heart.ahahaha
irine11


















DSC06523_thumb[3] (1)

entry melz memang simple2..tapi stylo dan menarik minat orang untuk baca.. kepopularitian melz memang sangat terserlah..wahhh ayat…itu la orang cakap..kalau dah dikenali…tak buat entry sebulan pon blog tetap akan dipenuhi dengan lambakan visitor…melz antara master dalam web design..so kepada yang nak dapatkan khidmat melz…g masuk blog dia…godek2 kat sana..haha..dan terbaru…paling menarik…event gathering yang dianjurkan oleh Melz…..memang menjadi…tahniah bro…tapi rugi aku tak boleh pergi…grrrLightning aku pernah buat entry pasal mel tapi cari tak jumpa..sorry bro..hahaha


Eyriqazz dan Hanis Zalikha 2

selepas melz..sang sifu…kita ada bro GTO…anak murid sifu Melz…(kata eryqazz sendiri)..aku suspek, respect, and pect pect pect betul dengan bro eryqazz…walaupun tak pernah berjumpa secara berdepan..tapi dia sangat la baik melayan semua rakan blogger yang tinggalkan komen…and in fact,semakin hari…dia semakin popular dalam dunia blogging….cepat naik..kenapa?sebab bro eryqazz memang kreatif dan  rajin join event-event nuffnang dan sewaktu dengannya…paling aku ingat masa dia menang TV plasma…fuhh..jeles !!!!


entry dari aku untuk bro eyriqazz masa anniversary dia : Happy Anniversary Eryqazz aka GTO |



aidid

dah macam wikileaks la pulak …kenal tak?kalau ada yang masih tak kenal…cuba aku sebut pasal Gelang Magnet AC??kenal tak?haha….aidid adalah antara blogger paling berani untuk tahun nie…pendedahan demi pendedahan sampaikan AC pon terduduk…aku respek bro aidid sebab dia sangat rajin mencari ,menyelidik dan jugak menghuraikan fakta untuk semua orang baca….walaupon ayat dia mungkin tak boleh diterima sesetengah orang..mybe itu cara dia menyampaikan apa yang nak disampaikan…and dia ada peminat dan jugak penyokong sendiri…dan paling panas…bro aidid tersenarai sebagai blogger yang namanya ada dengan pihak polis sebab AC buat laporan polis…and then..cerita nie senyap..sekarang nie aku pon dah tak amik tahu….terbaik bro..teruskan dengan pendedahan..cam Edisi Siasat laaaaa…..


miss lolly

tertarik dengan gaya penulisan Miss Lolly nie from the first time aku masuk blog dia ..rileks ..santai…dan jugak ramai peminat setia yang nak baca…and blog misslolly memang cantik secantik tuannya…(aicehh misslolly kembang idung dah GAMBAR (52))..and geram betul pasal aku tak menang contest dia..haha..Benci Kat Miss Lolly!! hahahhaaa



darkbatman

semakin hari semakin hebat ..dan semakin dikenali..dan semakin tough…ahaha…sapa tak kenal kan..antara blogger lelaki terhangat masa kini…paling menarik perhatian…darkbatman disenaraikan dalam TOP 10 Hottest Malaysian Blogger




ed

sure ramai yang kenal dengan ed kan?kalau ada yang masih tak kenal…jom kita pergi blog ed shahir ™…banyak gambar-gambar cantik hasil buah dada tangan ed sendiri untuk tatapan semua….cantik cantik semuanya…awek dia pon cantik wehh..ahaha..tapi apa yang lebih gempak untuk tahun nie?ed masuk sinar harian…memang biasa bagi seorang photographer untuk masuk majalah kalau dia memang dah terkenal macam kukubesi…tapi ed..bagi aku..antara photographer baru yang sangat  cepat popular..kreatif….kipidap bro…Thumbs up
dan antara blog-blog lain yang aku rasa hot dan menarik sepanjang tahun nie tapi tak sempat nak buat review adalah

    semua hebat..nak jadi macam depa semua tapi berangan ja la..



    tudia kita dah tengok antara blogger terhangat dan mungkin terhebat untuk tahun 2010 ..pada mata dan kepala hotak aku je la nie…tak ada buat research pon.....mungkin ada yang di atas nie disukai dan ada yang tak berapa nak disukai oleh sesetengah orang.kn3x>?bukan semua orang suka kita..aku nie pon ramai tak suka...ada aku kesah?ahahaha...bagi korang yang lain..mungkin ada idea dan pendapat lain?komen kat bawah……Thumbs up
    nak masuk dalam senarai blogger terhangat aku untuk 2011?jadi la macam mereka di atas..haha..kwin


    maaf kepada gambar yang dah dirosakkan di atas…aku rembat merata dunia pastu edit suka hati...jangan saman rrrbhaha

    entry nie pecah rekod entry paling banyak tag..haha

    Monday, January 03, 2011

    Kelas First Dah Boring Dah...adoiii

    untuk UiTM hari nie dah start kelas...dah start sem baru and aku sekarang dah otai la sangat..part 6 dah..kira budak budak baru kalau jumpa boleh dah nak luku kepala sekali dua tanpa diluku balik...(sila fahamkan ..luku=sekeh bagi yg tak tau..haha)


    first clas..dah la pukul 8..time paling malas aku nak bangun mandi air kat sini yang sejuk nak mampos plus hujan pulak...habis semua badan aku shaking pagi tadi....demm...plus yang lagi malas...hari nie isnin kena pulak pakai formal...dah la bangunn lewat..nak kena ikat tie pulak...tie melambak-lambak dalam almari aku tapi yg tak best..satu pon tak ikat lagi..baru aku teringat yang mak aku basuh semua masa cuti sem aritu...habis dia buang..haha...


    sampai ja kelas...muka lecturer macam ketat...tunggu jap..haaa ok la...mula-mula cam ok ja dia...abis sesi satu kelas memarketkan diri kat dia...pommm start bab 1 terus..adehh ingat boleh balik awal..kelas dah la sejuk macam duduk dalam freezer plus lect tu pulak cakap macam bisik-bisik ja...boring tahap gaban...ngantuk...camna aku nak mengadap dia sampai bulan 4 nanti..waaa TIDAKKK




    nasib aku baik sikit hari nie..pasal sem lepas aku dah dipaksa jadi  class rapperzz...sem ni terlepas la...aduii nak pilih tadi bukan main susah...sapa pon tak mau jadi 'ketua darjah'..kalau dulu masa sekolah rendah berebut2 sampai tarik seluar member nak jadi ketua gajah tu... last2..padan muka hang irsyad..wahahahhaa...jenuh rapp kat dalam kelas.,...




    untuk hari nie...kelas tengahari nie aku tak pegi...malas kan?first day dah tunjuk dah kebebalan tak mo ngaji...esok kita tengok lect jenis mana pulak .