Home » , » Keputusan MUET 2010 Keluar Esok!!

Keputusan MUET 2010 Keluar Esok!!

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, January 05, 2011 | 1:25 PM



KUALA LUMPUR - Keputusan Malaysian University English Test (MUET) Akhir Tahun 2010 akan dikeluarkan pada Khamis ini, kata Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Pegawai Perhubungan Awam MPM, Khawari Idris berkata, calon yang mendaftar di sekolah atau institusi boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah atau institusi masing-masing mulai 10 pagi pada hari tersebut.

Menurutnya, calon boleh menyemak keputusan ujian mereka melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MUET dan menghantarnya ke 15888 atau 36363, mulai 12.01 tengah malam Khamis.

"Calon juga boleh menyemak keputusan melalui sistem dalam talian dengan melayari  laman web MPM di  mulai 9 pagi pada tarikh tersebut, 

"Manakala bagi Calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos," katanya dalam kenyataan akhbar dekat sini, hari ini.

Seramai 94,117 orang calon telah menduduki ujian itu di 991 buah pusat ujian seluruh negara.
"Calon yang ingin mengambil semula MUET bagi memperbaiki keputusan MUET Akhir Tahun 2010 boleh membuat pendaftaran untuk MUET Pertengahan Tahun 2011 secara dalam talian melalui www.mesp.gov.my/online mulai Isnin ini.

"Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 27 Januari ini,"katanya.



so gud luck kepada semua yang ambil MUET sem lepas...berapa la aku nak dapat nie..huhuhu


gambar nie boleh pakai ke???deymmm..haha

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

2 comments

January 5, 2011 at 2:49 PM

berdebar nyer..
slh sorang candidate lepas, huhu

January 5, 2011 at 6:04 PM

@emieysandra nanti update la pasal result kat blog..haha

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)