Saturday, September 24, 2011

JADUAL SPM 2011 PDF

semalam dah disediakan soalan soalan percubaan SPM bagi negeri negeri di Malaysia untuk pelajar pelajar Tingkatan 5 yang akan mengambil peperiksaan tersebut. Boleh rujuk di entry :

SOALAN TRIAL SPM 2011 MENGIKUT NEGERI

 

dan bagi students yang belum tengok lagi jadual peperiksaan SPM, boleh terus download atau save file jadual yang disediakan dalam bentuk pdf ni. Klik pada banner dibawah :

SEMOGA BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN

Friday, September 23, 2011

Soalan Trial SPM 2011 Mengikut Negeri

untuk adik adik yang akan menduduki Peperiksaan SPM. Boleh mula buat latihan secara bulk sekarang sebab SPM  dah tak lama dah. SPM satu exam yang sangat penting sebab ia menentukan masa depan dan hala tuju untuk pekerjaan masa depan. Dan yang paling penting, Sijil SPM akan digunakan sampai bila bila even dah dapat Diploma atau Degree. So semestinya nak semua yang dalam sijil tu cemerlang kan?Apa lagi, study banyak banyak kasi result gempak .

Kertas Percubaan SPM Pahang 2011

Bahasa Melayu 1 & 2 (Answer)

Bahasa Inggeris (Answer))

Sejarah 1 (Answer)

Sejarah 2 (Answer)

Pendidikan Islam 1 (Answer)

Pendidikan Moral (Answer)

Tasawwur Islam (Answer)

Kertas Percubaan SPM Kuala Lumpur 2011

Bahasa Melayu 1

Bahasa Melayu 2

Kertas Percubaan SPM Sabah 2011

Bahasa Melayu 1

Bahasa Melayu 2

Kertas Percubaan SPM Negeri Sembilan 2011

Bahasa Melayu 1

Bahasa Melayu 2

Bahasa Inggeris

Matematik

Pendidikan Islam

Pendidikan Moral

Perdagangan

Pendidikan Seni Visual 1

Sejarah (With Answer)

Tasawwur Islam

Kertas Percubaan SPM Terengganu 2011

Bahasa Melayu

Mathematics

Additional Mathematics

Physics/Fizik

Biology

Science

P. Kejuruteraan Mekanikal

P. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

Tasawwur

Kertas Percubaan SPM Kedah 2011

Bahasa Melayu (With Answer)

English 1119 (With Answer)

Bahasa Cina (With Answer)

Mathematics (With Answer)

Additional Mathematics (With Answer)

Sejarah (With Answer)

Physics/Fizik (With Answer)

Biology (With Answer)

Chemistry (With Answer)

Sains (With Answer)

Perdagangan (With Answer)

Pendidikan Islam (With Answer)

Kertas Percubaan SPM Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2011

Bahasa Melayu (With Answer)

English 1119 (With Answer)

Mathematics (With Answer)

Additional Mathematics (With Answer)

Sejarah (With Answer)

Physics/Fizik (With Answer)

Chemistry (With Answer)

Biology (With Answer)

Prinsip Perakaunan (With Answer)

Pendidikan Moral (With Answer)

Pendidikan Islam (With Answer)

Lukisan Kejuruteraan (With Answer)

Teknologi Kejuruteraan (With Answer)

 

INFO TAMBAHAN : BOLEH JUGAK CARI SOALAN DIBANK SOALAN (klik banner dibawah)

 top_banner

Gudluck kepada mereka yang akan mengambil exam SPM untuk tahun ini. Seronok dengan student zaman sekarang. Semua maklumat dihujung jari ja. Tak payah bersusah payah nak photostat bagai. SO ambil peluang ini untuk kejayaan masa depan yang lebih cerah .

sumber artikel : Blog AzriJohan

 

entry terbaru :

Gambar Diana Amir Bertudung Bersama Wardina Safiyyah

NAIK MOTOR BOGEL. Apakah ini??

Nur Janah Allia Penyanyi Lagu “You” Yang Berbakat Besar

Gambar Diana Amir Bertudung Bersama Wardina Safiyyah

Antara berita dunia hiburan paling top minggu ini ialah isu Hantu Bonceng Hina Islam. itu yang negative . Dan yang positivenya, berkaitan seorang pelakon yang dahulunya terkenal dengan perwatakan seksi, sekarang sudah bertudung dan sedang melakukan penghijrahan kearah menjadi lebih baik iaitu Diana Amir. Dibawah ni adalah photo yang diambil di twitter @WardinaSafiyyah . Sebelum ni aku ada buat entry berkaitan iaitu Diana Amir Bertudung VS Fyda Tak Bertudung : Siapa Lagi Ok?? tapi cuma ada satu gambar . Peminat peminat Diana Amir mesti nak tengok lagi banyak kan?Ok ini dia

AZ8bngzCIAENLBM

dan tweets yang disertakan dengan pic tersebut

image

kecantikan sebenar adalah kecantikan yang bermula dari dalam.

image

kita doakan semoga Diana Amir terus istiqamah dalam penghijrahan beliau ini. InsyaAllah . Dan alhamdulillah semua tweets @Diana_Amir pada pagi ni semunya bersifat keislaman.

 

NAIK MOTOR BOGEL. Apakah ini??

ini satu lagi penyakit masyarakat kita. Suka sangat nak pakai seksi seksi sampai kadang kadang menjelekkan sesiapa yang tengok. INGAT CNTIK SANGAT KE PAKAI SEKSI. Haa amik kau BOLD terus.Nak seksi seksi dengan suami kau atas katil sudah la. Buat apa nak tunjuk sedunia peha gebu tu. Pastu kalau kena rogol mula la salahkan golongan lelaki ganas la, kejam la. Padahal dah kau buat dia “geram” . Ini aku nak tunjuk satu lagi gambar “bogel” aku rasa yang tak sepatutnya aku rasa wujud situasi ni.GILA KOT??????????

image

sumber gambar adalah dari tubelawak . Lokasi adalah di Kajang dan DIBULAN PUASA .Tak malu ke?Lain la kalau naik kereta. Ini motor kak. Yang tak boleh blah , pakai G-String tuh?hadoii . Apa la sebenarya motif dia . Aku sure dia ni perempuan melayu . Sekali imbas pun dah kenal. Bangsa kita mana kita tak kenal pulak kan? ishhh apakah semua ni? Sebelum ni aku dah pernah buat entry berkaitan iaitu  LAGI GAMBAR PEREMPUAN BERTUDUNG TAPI BOGEL. Itu pun satu penyakit jugak tu.

##ok kali ni dah tak boleh nak berprasangkan baik dah. haha

Thursday, September 22, 2011

Nur Janah Allia Penyanyi Lagu “You” Yang Berbakat Besar

Disebabkan internet rumah sewa aku yang superlaju sekarang ni, hobi aku dah mula beralih kepada tengok video video di Youtube, kalau dulu masa zaman pakai broadband, jangan harap la aku nak bukak. Diharamkan terus bukak youtube sebab nak jaga bandwidth. But sekarang apa pun boleh sebab unlimited. Masa tengah crawl dalam youtube tadi terjumpa satu video klip by seorang gadis yang ada suara supersedap menyanyikan satu lagu ciptaan beliau sendiri. Jom kita berkenalan dengan cik adik manis ni

image

Namanya Nur Janah Allia . Mesti ada kan yang dah tahu pasal Nur Janah Allia ni dah berkurun lama. Ok fine aku lambat. Lagu bertajuk “You” memang sedap dan lunak didengar . Sempat jugak la google pasal gadis ni . Katanya dia berasal dari Singapura dan yang menarik perhatian aku, dia ni bertudung manis elok je. Sedap mata memandang. Ohh dari mata turun ke hati..hehee . Bila ada je orang menyanyi dan upload masuk dalam Youtube, mula la ada yang kutuk dan cakap “nak tiru Yuna” HELLOOO!! bukan Yuna sorang je pakai tudung dalam Malaysia ni .Padahal yang mengutuk tu jeles sebab suara tak sedap. Nah dengar lagu Nur Janah Allia yang sedap ni bertajuk “You”

ok dah habis dengar?sedap kan? Lagu ni macam dah direcord dalam studio. Tapi tak ada pulak official video yang aku jumpa. Lagu yang sesuai kalau nak tujukan untuk gf/bf korang tapi pastikan dalam versi sendiri baru la romantik sikit. Tapi kalau suara anda stok2 katak panggil hujan. Dinasihatkan guna lagu asal. Nanti tak pasal pasal gf/bf anda lari tak cukup tanah. Dan ini beberapa profile Nur Janah Allia yang sempat aku search :

Nur Janah Allia Youtube Channel

Nur Janah Allia Facebook Page

bila nak buat blog??kot2 la nak tempah header free ,klik HRDESIGN ..(sempat lagi tu promot ..haha)

dan ini pulak versi Live Band Jamming Lagu “You” oleh Nur Janah Allia bersama Aliffproductions&Musicworks.

mungkin rezeki beliau akan jadi macam Najwa Latiff? InsyaAllah . Aku doakan!

 

Syazwan Zulkifly (Apek Juvana) Kemalangan

Baru beberapa hari lepas , Fauziah Ghous dan Ikram Dinzly terlibat dengan kemalangan jalan raya , dan pagi tadi. Pelakon yang sedang meningkat naik, Syazwan Zulkifly (Apek Juvana ) terlibat dengan kemalangan dalam perjalanan dari Cheras ke Damansara.

credit gambar : Oh!Bulan dan BulanPurnama89

entry lain yang menarik : 

GADIS 16 TAHUN SEKS 5 KALI SEMINGGU : SEKS DENGAN 8 LELAKI

VIDEO IKLAN MANCHESTER UNITED VERSI MALAYSIA YANG SUPERSTYLOO

 

Video Iklan Manchester United Versi Malaysia Yang SuperStyloo

TM, syarikat telekomunikasi yang menjadi Rakan Kongsi Telekomunikasi  Rasmi Manchester United telah menghasilkan satu iklan yang aku rasa superstylo . Check it out bagi yang belum tengok lagi

Kita rasa pelik kan bila tiba tiba comentator tu sebut nama Ramli, satu nama yang betul betul Melayu. But its not imposible untuk kita achieve saomething like that. Maybe 2 tahun, 3 tahun?or 10 tahun lagi? Bola sepak Malaysia pun dah banyak peningkatan sejak kebelakangan ni  .

 

#sayang Safee Sali ada masalah dengan Cardiff City dan kemungkinan besar tak terpilih untuk bersama Kelab Eropah tersebut. Baca entry ini : Permit Kerja Halang Safee Bersama Cardiff City

Gadis 16 TAHUN SEKS 5 KALI SEMINGGU : SEKS DENGAN 8 LELAKI

Majoriti Remaja Perempuan Melayu Tiada Dara Menjelang Umur 18 Tahun Sekarang dah tak sebut kebanyakan , tapi dah sebut majoriti bermakna memang sangat sangat banyak . Sila baca entry dibawah : sumber dari blog Mummynemo

Melayu memang boleh kan?

Pengajaran dan peringatan buat ibu bapa apabila seorang gadis mengaku melakukan hubungan seks sehingga lima kali seminggu dengan teman lelaki seusia di rumah kedua-dua keluarga mereka ketika masing-masing baru berusia 14 tahun.

Lebih mengejutkan, Azy, kini berusia 16 tahun, mengaku pernah ‘tidur’ dengan lapan lelaki sepanjang dua tahun terbabit dalam hubungan terlarang itu.

Menurut gadis berasal dari Pantai Timur itu, kali pertama dia melakukan seks di rumah teman lelaki seusia dengannya dan sejak itu sering melakukannya apabila ada kesempatan.

“Dalam seminggu, boleh dikatakan empat hingga lima kali saya melakukan hubungan seks dengannya.

“Lokasinya juga tidak tentu. Oleh kerana saya tinggal berdua di rumah nenek, ada masanya saya bawa teman lelaki pulang atau melakukannya di rumah teman lelaki apabila ibu bapanya tiada,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.
Azy berkata, sejak mengenali seks pada usia 14 tahun, lapan lelaki ditiduri untuk memuaskan nafsunya.

Katanya, sebagai pelajar yang sering ponteng dan melepak bersama rakan, bertukar teman lelaki adalah kebiasaan.

“Bila sudah tidak suka teman lelaki pada masa itu, saya cari yang lain dan tak susah mendapat teman baru.

“Cukup dengan menawarkan diri untuk ditiduri, senang-senang saya dapat teman baru,” katanya yang melahirkan anak tidak sah taraf, baru-baru ini.

Walaupun sering bertukar pasangan dan melakukannya dengan rakan rapat lain, Azy mengakui tidak pernah hamil anak luar nikah, dan ini kali pertama dia mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya yang tinggal berjiran.

“Sejak pertama kali tahu mengenai seks, kami tidak pernah guna kondom atau pil pencegah hamil. Saya juga tidak pernah terfikir akan hamil kerana hanya tahu seronok melakukannya,” katanya.

Menurut Azy, sebelum disahkan mengandung, ibu bapanya tidak tahu dia terbabit dalam gejala sosial dan antara pelajar bermasalah di sekolah.

Katanya, oleh kerana melakukannya bersama rakan lain, setiap perbuatan dilaporkan berjaya dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga.

“Biasanya, bila saya ditahan polis seperti bergaduh atau cikgu mengadu kepada ibu bapa… kawan menjadi penyelamat.

“Saya dan rakan berpakat untuk mereka cerita lain hinggalah ibu bapa kami percaya kami tidak bersalah. Sama seperti bila ditahan kerana bergaduh, kami berpakat bahawa kami bergaduh untuk mempertahankan rakan yang dibuli pelajar lain,” katanya.

Menurut Azy, dia disahkan hamil ketika pemeriksaan di klinik selepas neneknya mengadu mengenai perbezaan bentuk tubuhnya kepada ibunya.

“Sebenarnya, keluarga tak tahu saya terbabit dalam perlakuan tidak bermoral kerana di
rumah, saya lebih banyak mendiamkan diri dan membantu keluarga bila disuruh melakukan kerja rumah.

“Semua perkara buruk itu saya buat bila ponteng sekolah dan keluar pada waktu malam,” katanya.

Mengakui terkenal sebagai antara pelajar bermasalah kerana kerap ponteng dan bergaduh hingga beberapa kali ditahan polis, Azy turut mengakui sering bersembang dan menonton cerita lucah dengan rakan lain.

“Asalnya, saya bersama teman lelaki dan rakan hanya bersembang mengenai perkara lucah. Namun, lama-kelamaan ia bertukar menjadi tabiat.

“Ada antara kami mengaku pernah melakukan seks dan mengajak rakan lain mencubanya. Bermula daripada situ, kami belajar mengenai seks selain kerap bertukar video lucah,” katanya.

Laili Qalid (bukan nama sebenar), 20, pula tidak menyangka akan hamil selepas kali pertama melakukan hubungan terlarang dengan teman lelaki.

Dia yang juga berasal dari Pantai Timur melahirkan anak di rumah teman lelakinya di ibu negara tanpa diketahui ahli keluarga lain.

Bagaimanapun, bayi pasangan itu berjaya diselamatkan selepas beberapa jiran yang terdengar jeritan bayi menghubungi ambulans yang terpaksa memecah masuk rumah berkenaan bagi menyelamatkan bayi terbabit.

“Saya hampir tidak sedarkan diri ketika itu dan hanya melihat teman lelaki menyambut kelahiran bayi kami, malah dia tidak ubah seperti bidan sebelum memotong tali pusat bayi.

“Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu kerana nyawa bagai di hujung tanduk, maklumlah hanya kami di situ dan tiada pengalaman menyambut kelahiran.

“Saya tidak sangka keseronokan sementara yang diperoleh ketika melakukan hubungan terlarang, walaupun hanya sekali, bakal membawa derita sepanjang hidup, malah kami mungkin tidak disatukan kerana mendapat tentangan keluarga,” katanya yang melahirkan anak, 24 April lalu.

Majoriti Remaja Perempuan Melayu Tiada Dara Menjelang Umur 18 Tahun

ENTRY MENARIK  DAN PANAS

    ISU HANTU BONCENG : AHMAD IDHAM AKUI TIADA NIAT PERSENDA SYAHADAH

    ISU ZIZAN HINA ISLAM : VIDEO HANTU BONCENG HINA ISLAM

    DIANA AMIR BERTUDUNG VS FYDA TAK BERTUDUNG : SIAPA LAGI OK??

Video Highlight Gol Malaysia vs Jepun 21 September

Keputusan Penuh Kelayakan Piala Dunia Malaysia vs Jepun

MALAYSIA 0 – 2 JAPAN

 

Gol Jepun dijaringkan oleh Keigo Higashi pada minit ke –9 dan gol kedua oleh Ryohei Yamazaki pada minit ke 76

Perlawanan timbal balik di Malaysia akan berlangsung pada 22 Februari 2012 lebih kurang setengah tahun lagi.

Highlight Goal Perlawanan Malaysia vs Jepun 0- 2 , 21 September 2011

Wednesday, September 21, 2011

Cara Tukar Facebook Layout Lama

Hari ni, facebook layout bertukar kepada yang baru . Dan seperti biasa, banyak maki makian akan muncul sebab kebiasaan pengguna facebook pada layout yang lama. So bila bertukar kepada yang baru, mula la rasa rimas , susah, dan macam macam kerenah lagi la. Kat bawah ni aku sempat snap beberapa wall status yang muncul di wall aku. Ada yang suka. Ada yang tak suka. Dan ada yang sangat tak suka

image

image

haha Mark Zuckerberg pun kena hamun

image

setuju dengan Intanurulfateha

image

benda baru, biasa la kan?

image

yeke serabut Pakcu?

image

pullak dah?apa susah. tekan ctrl pastu pusing scroll kat mouse korang tu.  Dah settle

so macammana nak tukar kepada yang lama?Ini aku amik dari Ben Ashaari 100%  dalam entry  Bosan dengan layout FACEBOOK yang baru ? Jom tukar pada yang lama semula !!

  1. Mula mula g kat account..

  2. Cari Account Setting..

  3. Jumpa ? Ok.. Kat situ ada tulis English (US) kan ? tukar keEnglish ( UK ) dengan klik menu di situ.

  4. Tadaaaa... Siap sudah !! Ok , sila masukkan duit ke akaun saya yer ... hehehe.. guwau je..

  5. Semoga berjaya..

##Tapi rasanya benda ni tak lama boleh pakai. Mau tak mau,  semua layout akan berubah jugak . So untuk sementara waktu maybe boleh kot. TAK JAMIN!!

*benda baru memang orang tak suka kan? Tapi nanti lama lama ok la tuh. pembaharuan dibuat untuk kesenangan masa depan. So kita kena belajar terima perubahan untuk kebaikan .

 

checkout latest hot entry : MOHON MAAF: PEMUDA PAS PUJI KEBERANIAN ZIZAN

Mohon maaf: Pemuda PAS puji keberanian Zizan

ENTRY BERKAITAN :

ISU HANTU BONCENG : AHMAD IDHAM AKUI TIADA NIAT PERSENDA SYAHADAH

ISU ZIZAN HINA ISLAM : VIDEO HANTU BONCENG HINA ISLAM

KUALA LUMPUR, 21 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan tahniah kepada pelakon dan pelawak Mohd Razizan bin Abd Razak kerana berani mengakui kesilapan dan telah memohon maaf.

Ianya berhubung satu babak beliau dalam filem Hantu Boceng yang jelas menghina Rasulullah.

Mohd Razizan atau lebih dikenali sebagai Zizan dalam babak tersebut menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan" (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan), sekaligus mengundang kontroversi.

Bagaimanapun Zizan dilaporkan telah membuat permohonan maaf secara terbuka selepas Dewan Pemuda PAS pusat dan beberapa pihak lain mengecam tindakannya itu yang dilihat keterlaluan.

"Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi mengucapkan tahniah atas keberanian saudara Zizan memohon maaf, semoga ianya benar, ikhlas dan tidak mengulanginya di masa hadapan," kata ketuanya, Nasrudin Hassan.

Menyatakan pendirian terhadap kegiatan seni, Nasrudin berkata Dewan Pemuda PAS sentiasa menyokong kerjaya seni dan budaya dalam negara kerana Islam tidak pernah menghalang ummatnya berkarya.

Namun Islam ujarnya mempunyai garis panduan yang jelas untuk dipatuhi agar seni dan budaya menghidupkan jiwa dan menyegarkan minda bukan mematikan hati, merosakkan akhlak dan meruntuhkan moral.

"Kata Para hukama' : Tidak hilang bisa dek kerana memohon maaf diatas kesilapan atau kesalahan yang dilakukan. Sebaliknya diri dilihat bermaruah dan dihormati.

"Mudah - mudahan ia menjadi pengajaran berguna kepada Zizan dan kepada semua termasuk para penonton dan juga artis - artis yang lain agar lebih berhati - hati di pentas lakonan atau di layar perak agar tidak mencetus kekeliruan yang boleh membuka pintu fitnah dan dilihat mempersendakan agama Islam yang suci ini," katanya.

#zizan dah..Ahmad Idham bila lagi?tetap nak menegakkan benang yang basah ke?

Isu Hantu Bonceng : Ahmad Idham Akui Tiada Niat Persenda Syahadah

Entry Terdahulu  ISU ZIZAN HINA ISLAM : VIDEO HANTU BONCENG HINA ISLAM

pic credit to :  rilekslah.com

Pengarah filem Hantu Bonceng, Ahmad Idham Ahmad Nadzri tidak pernah berniat untuk mempersendakan kalimah syahadah dalam sebuah adegan filem tersebut yang telah menjadi kontroversi.

Ahmad Idham berkata dialog yang dituturkan oleh Zizan Raja Lawak dalam adegan berkenaan yang dikatakan mempermainkan kalimah syahadah itu tidak langsung bertujuan untuk menghina seperti yang didakwa segelintir pihak.

“Saya pelik mengapa perkara ini dibesar-besarkan kerana jika diperhatikan adegan tersebut tidak langsung mempersendakan kalimah syahadah. Cuma hanya cara lontaran dialog tersebut sahaja yang telah disalah tafsirkan.

“Saya terkilan perkara itu diperbesarkan sehingga ada yang menganggap saya sebagai manusia yang terlalu jahil tentang agama. Pihak-pihak berkenaan sanggup mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya,” katanya selepas sidang media sempena penyampaian watikah kemasukannya ke program Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Universiti Utara Malaysia, yang diadakan di sini, Selasa.

Ahmad Idham diminta menjelaskan mengenai tuduhan pelbagai pihak yang mengutuk filem Hantu Bonceng kerana dikatakan telah mempersendakan kalimah syahadah dan menghina agama Islam.

Dalam satu adegan filem itu, Zizan (membawa watak Amran) yang pengsan di hospital akibat kemalangan tiba-tiba terkejut selepas terbayangkan wajah hantu lalu mengucap dua kalimah syahadah dan menyebut perkataan “syaitan”.

Jelas Ahmad Idham, sekiranya adegan itu benar-benar terlalu sensitif, ia sudah awal-awal disunting oleh pihak Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPFM).

“Jika ia benar-benar mempersendakan kalimah syahadah sudah tentu ia dipotong oleh LPFM dan mengapa baru sekarang isu ini timbul seletlah filem itu habis ditayangkan di pawagam?

“Ini bermakna ada segelintir pihak sengaja menimbulkan isu tersebut dengan mempunyai agenda tertentu,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain Ahmad Idham masih menunggu memorandum yang ingin dikeluarkan terhadapnya oleh individu yang mengakui mewakili Dewan Pemuda Pas.

Filem Hantu Bonceng yang ditayangkannya bermula 31 Ogos lalu mendapat kutipan RM8.4 juta dan ia merupakan pencapaian tertinggi untuk filem arahan Ahmad Idham.

Entry Berkaitan : Ahmad Idham: Ia Satu Propaganda Politik

HUKUM ONANI : CARA MENGATASI ONANI

PENGERTIAN ONANI

Onani (melancap) dalam Bahasa Arab disebut Istimna. Dalam ertikata mudanya bermaksud mengeluarkan sperma atau mani secara sendirian bukan dengan jalan yang dibenarkan oleh syarak. Ia merupakan satu istilah untuk menyatakan kegiatan yang dilakukan oleh seseorang itu dalam memenuhi syahwatnya dengan menggunakan tangan sendiri ataupun dengan bantuan alat-alat tertentu sehingga mengeluarkan mani.(sumber)

DR. ISMAIL: Amalan onani atau juga dikenali sebagai melancap merupakan amalan turun-temurun yang kekal sehingga kini.

Amalan ini boleh dikatakan sebagai amalan semula jadi kepada kita sebagai permulaan untuk mengenali tentang diri kita sendiri, naluri, rangsangan syahwat dan sebagainya.

Amalan onani terjadi kerana nafsu syahwat yang berlaku secara langsung dan tidak langsung memberi rangsangan kepada individu itu untuk melakukan sesuatu semata-mata ingin merasai nikmat keseronokan, kelegaan, ketenangan dan kepuasan syahwat.

Kebanyakan individu yang melakukan onani adalah mereka yang suka keseorangan dan suka berkhayal. Mereka akan memikirkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan rangsangan kepada nafsu syahwat.

Apabila senario ini berjaya merangsang nafsu, mereka akan mula menyentuh bahagian tubuh badan yang dapat merangsangkan syahwat, bagi menikmati kemuncak syahwat.

Mereka akan rasa puas dan mendapat kelegaan dan jika itu sudah mencukupi mereka akan tidur atau melakukan perkara biasa.

Jika nikmat kemuncak tersebut tidak mencukupi mereka akan melakukan sehingga mendapat kepuasan batinnya.

Mereka yang melakukan onani adalah untuk keseronokan kendiri sahaja. Malah, rata-rata tidak terfikir bahawa perbuatan mereka boleh menjejaskan kesihatan jika amalan tersebut di luar kawalan.

Mereka yang suka melakukan onani tidak semestinya mereka yang suka membaca atau menonton cerita-cerita yang boleh mengundang kepada rangsangan syahwat.

Khayalan perangsang utama mencetuskan kehendak untuk beronani.

Satu kajian rambang yang dijalankan di kalangan remaja tentang amalan onani mendapati lelaki melebihi kaum perempuan di mana sebanyak 70 peratus lelaki berbanding 40 peratus perempuan.

Amalan ini biasanya ditinggalkan apabila mereka mempunyai aktiviti sosial yang stabil.

Didapati amalan melakukan onani tidak mengenal bangsa ataupun agama. Mereka yang melakukan onani adalah orang yang mempunyai fantasi seks yang keterlaluan sehingga mereka tidak dapat mengawal diri dan tewas dengan godaan fantasi tersebut.

Jika mereka dapat mengawal emosi dan perasaan, sudah pasti mereka tidak akan melakukan onani walaupun mereka terdedah dengan perkara yang merangsangkan syahwat.

Remaja prabaligh adalah golongan orang yang paling banyak melakukan onani jika dibandingkan dengan golongan dewasa.

Orang dewasa mempunyai fikiran yang matang dan dapat mengenal dirinya sendiri berbanding remaja yang masih dengan pemikiran yang kurang matang dan bertindak mengikut perasaan.

Kesan jangka masa panjang untuk seseorang yang melakukan onani akan menyebabkan mereka menjadikan onani sebagai satu tabiat yang biasa untuk dilakukan jika keinginan naluri mereka berada pada tahap yang tidak dapat dikawal lagi.

Mereka akan ketagih melakukan tabiat tersebut jika mereka inginkan keseronokan tetapi pada mereka yang merasakan onani satu tabiat yang buruk, mereka mestilah cepat bertindak supaya keseronokan kendiri dapat dikawal dengan baik.

Dari segi kesihatan pula, amalan onani boleh menekan kesihatan bagi mereka yang melakukannya.

Ini tertakluk kepada amalan dan cara gaya onani yang dilakukannya.

Ada sesetengah mereka mengalami kecederaan alat kelamin sehingga luka berdarah, dengan batang zakar terasa sakit yang berpanjangan dan boleh juga menyebabkan kerosakan pada urat saraf zakar.

Apa yang pasti kesan jangka masa panjang adalah menyebabkan seseorang itu mati pucuk jika mereka gemar beronani secara berterusan dengan cara yang ganas itu.

Melakukan onani berpanjangan akan menyebabkan seseorang itu tidak akan mencapai keseronokan dan kepuasan apabila melakukan hubungan seks dengan pasangan, setelah berkahwin.

Hakikatnya, banyak kesan sampingan yang dikaitkan dengan amalan onani seperti lemah tenaga batin dan kerosakan kemaluan seperti urat bersimpul, kemandulan dan masalah zuriat terencat.

Kesemua ini tidak ada kaitan dengan masalah yang biasa berlaku akibat amalan beronani selain daripada perkara yang telah dijelaskan awal tadi.

Bagaimanapun, ada waktunya onani boleh dilakukan, iaitu jika perbuatan itu boleh menghalang lelaki terbabit daripada berzina.

Mereka yang menghadapi masalah ini dinasihatkan supaya, meningkatkan daya kawalan diri atau jati diri.

Ini boleh dilakukan dengan mengelakkan diri daripada berseorangan atau membaca buku yang mengghairahkan, menonton gambar yang merangsangkan, melayari laman web lucah dan sebagainya.

sumber : Utusan Malaysia : 29/06/2003

University Of Toronto

University of Michigan

HUKUM BERONANI

Jawapan Oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi


Kadang-kadang darah pemuda bergelora, kemudian dia menggunakan tangannya untuk mengeluarkan mani supaya alat kelaminnya itu menjadi tenang dan darahnya yang bergelora itu menurun. Cara semacam ini sekarang dikenal dengan nama onani (bahasa Arabnya: istimta' atau adatus sirriyah).


Kebanyakan para ulama mengharamkan perbuatan tersebut, di antaranya Imam Malik. Beliau memakai dalil ayat yang berbunyi:


"Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa mau selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melewati batas." (Al-Mu'minun: 5-7)


Sedang orang yang onani adalah melepaskan syahwatnya itu bukan pada tempatnya.


Sedang Ahmad bin Hanbal berpendapat, bahawa mani adalah barang lebihan. Oleh karena itu boleh dikeluarkan, seperti memotong daging lebih.


Pendapat ini diperkuat oleh Ibnu Hazm. Tetapi ulama-ulama Hanafiah memberikan Batas kebolehannya itu dalam dua perkara:


1.Karena takut berbuat zina.
2.Karena tidak mampu kawin.


Pendapat Imam Ahmad ini memungkinkan untuk kita ambil dalam keadaan gharizah (nafsu syahwat) itu memuncak dan dibimbangkan akan jatuh ke dalam haram. Misalnya seorang pemuda yang sedang belajar atau bekerja di tempat lain yang jauh dari negerinya, sedang pengaruh-pengaruh di hadapannya terlalu kuat dan dia bimbang akan berbuat zina. Karena itu dia tidak berdosa menggunakan cara ini (onani) untuk meredakan bergeloranya gharizah tersebut dan supaya dia tidak berlaku zina.

Tetapi yang lebih baik dari itu semua, ialah seperti apa yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap pemuda yang tidak mampu berkahwin, iaitu kiranya dia memperbanyak puasa, dimana puasa itu dapat mendidik beribadah, mengajar bersabar dan menguatkan kedekatan untuk bertaqwa dan keyakinan terhadap penyelidikan (muraqabah) Allah kepada setiap jiwa seorang mu'min. Untuk itu Rasuluilah s.a.w. bersabda sebagai berikut:


"Hai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah ada kemampuan, maka kahwinlah sebab dia itu dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa tidak mampu, maka hendaknya ia berpuasa, sebab puasa itu baginya merupakan pelindung." (Riwayat Bukhari)


Dipetik dari kitab al-Halal wal Haram fil Islam


CARA MENGATASI KETAGIHAN ONANI

Di antara cara-cara untuk menyekat dan menghindarkan diri daripada terus terjebak di dalam kancah ketagihan onani adalah:
1. Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah Taala.
2. Jika mampu dan tiada halangan maka berkahwinlah segera.
3. Sentiasa menyibukkan diri dengan aktiviti dan program luar.
4. Sentiasa menjaga pandangan mata dari perkara-perkara maksiat.
5. Berkawan dengan kawan-kawan yang mampu membawa kebaikkan.
6. Sentiasa mendampingi dan meminta tunjuk ajar dari orang alim.
7. Sentiasa mempelajari ilmu agama secara ikhlas dan bersungguh-sungguh.
8. Berpuasa

boleh juga rujuk di  Cara-cara Mengatasi Ketagihan Onani

**ENTRY INI DIBUAT ATAS PERMINTAAN SEORANG SAHABAT YANG MERAHSIAKAN IDENTITINYA UNTUK RUJUKAN DAN PANDUAN SEMUA . SEKIAN

Wikileaks: SPR Pernah Keluarkan 60,000 IC Palsu

Kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno.


abdul rashid abdul rahmanKabel yang dimuat naik di portalWikileaks memetik bekas ketua NGO pemantau pilihan raya Mafrel Malek Husin sebagai mendakwa Rashid (kiri) mengakui perkara itu dalam pertemuan peribadi di rumahnya pada 25 Oktober, 2006.


Dalam kabel yang ditandakan sulit itu, Malek dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen 'kotor' sekitar 90-an untuk merampas Sabah - yang dikuasai PBS, ketika itu pembangkang, pada 1994.


"Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri.
sabah illegal immigrant"Menurut Husin, Rashid 'mengakui secara peribadi mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu di Sabah' bagi membantu Umno menguasai politik di sana," kabel itu dipetik.


Kewarganegaraan 'segera' dan hak mengundi untuk pendatang tanpa izin telah lama menjadi isu di Sabah, dengan pemimpin tempatan, sama ada dalam atau luar BN berulang kali menuntut penyelesaian daripada kerajaan persekutuan.Bagaimanapun, tidak apa yang dilakukan berhubung tuntutan berkenaan.


mahathir pc 260608 05Keadaan didakwa semakin parah pada tahun 1990-an, dengan kesalahan diletakkan di bahu perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad kerana didakwa melancarkan apa yang dikenali sebagai 'Projek IC'.

Ia operasi haram yang didakwa membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara, agensi kerajaan berkaitan dan ejennya dengan tujuan meningkatkan undi Umno dan BN.


Pada pilihan raya negeri 1994, PBS - yang menguasai Sabah sebagai negeri pembangkang sejak tahun 1985 - mendapati majoritinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) merosot mendadak.


Walaupun PBS akhirnya tumbang rentetan beberapa pembelotan kepada BN, ramai menyalahkan 'Projek IC' sebagai punca kejayaan BN menerajui Sabah semula.

*kalau betul la apa kat atas ni. Dah tak tahu nak kata apa dah…hurmmm~~

 

 

JANGAN LUPA JOIN  JOM EXCHANGE LINK BERSAMA HAFIZRAHMAN

Tuesday, September 20, 2011

Diana Amir Bertudung VS Fyda Tak Bertudung : Siapa Lagi Ok??

minggu ni macam macam cerita hangat artis keluar. Dan paling hangat adalah isu semalam iaitu Filem Hantu Bonceng menghina kesucian Islam. Tapi dah taknak cerita pasal tu sebab dah buat entry berkaitan . Boleh rujuk entry ini

ISU ZIZAN HINA ISLAM : VIDEO HANTU BONCENG HINA ISLAM

Now kita bercerita pasal tudung dan tak bertudung. Siapa yang bertudung? Ok ini menarik. Pelakon yang terkenal dengan imej seksi sebelum ni dikhabarkan dah mula bertudung . Diana Amir, siapa tak kenal dengan imej skirt pendek paras peha . Dengan badan yang “menggiurkan” setiap lelaki yang memandang. Alhamdulillah, menurut Wardina Safiyyah dalam laman facebooknya Diana Amir kini dah mula bertudung :

image

Alhamdulillah dah makin ramai artis Malaysia mendapat hidayah dan petunjuk untuk mencari keredhaan Allah dan menjadi manusia yang lebih baik . Baru 2 hari lepas Siti Nurdiana Bertudung litup elok je .

Itu kisah artis yang menjadi lebih baik. Macammana pulak dengan kisah artis yang menjadi semakin “tak baik” ?Ada pualk cerita tak manis tentang seorang artis iaitu Fyda yang sebelum ini terkenal dengan imej bertudung, kini mula berani menonjolkan aurat beliau. Nak freehair ke Fyda?

image

ini gambar yang terlepas masuk dan katanya , kekasih hati beliau iaitu Mamat Sepah secara tak sengaja terupload masuk dalam facebook. Ada pulak terupload? Takkan tak boleh padam??Dan lepas gambar Fyda tak bertudung berlegar legar dalam laman gossip artis dan blog blog di Malaysia, keluar pulak satu lagi imej “tak patut” Fyda yang bertudung ala ala Siti Nurhaliza semasa menjayakan MASiF 2011. Alaa fesyen tudung nampak tengkuk tuh. Baik tak payah pakai tudung macam tu. Bukan bermaksud mengaibkan atau memalukan Fyda tapi kalau dia sendiri pun dah tak malu dan tak segan beraksi tanpa menutup aurat dipublic, apa ceghita nieee??

xtug4

pAlH6

Lepas bersama Mamat , aku tengok bukan main bermasalah lagi si Fida ni. Tengok gambar gambar selanjutnya di Blog Ammar PANAS!!! GAMBAR FIDA BERTUDUNG ALA SITI NURHALIZA . Dan yang sebelah tu, si Wan Sharmila lelagi la seksiiiiiiiiiiiinye kemain. Nah satu gambar untuk tatapan anda.

amacam?ada geram ka?Janda Meletopzzz u all!! Lebih banyak gambar di Blog Mummynemo [Gambar]Wan Sharmila dengan gaun kuning yang seksi…meletup!!!

 

Satu berusaha menjadi lebih baik. Satu sebaliknya. Mana satu pilihan kita?  . Hari ini sepatutnya lebih baik dari semalam. Dan esok sepatutnya lebih baik dari hari ini . Fikir fikirkan

 

 

 

Isu Zizan Hina Islam : Video Hantu Bonceng Hina Islam

Isu filem hantu bonceng yang dikatakan menghina Islam adalah isu terpanas harini. Semua menuding jari pada Zizan sebab dalam filem tersebut, Zizan yang keluarkan perkataan tu. Salah satu babak lakonan dalam hantu Bonceng dengan jelas menghina kalimah syahadah. Zizan menyebut “ "Ashaduanna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud “ "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan"NAUZUBILLAH!!   Tapi tak boleh 100% kita nak salahkan Zizan . Dia dah pun memohon maaf atas kesilapan tersebut  . Aku tau dia pun mesti tak tergamak saja saja nak buat macam tu.Mungkin tak disengajakan. Tapi macammana pulak dengan pihak yang menapis? Tapis pakai penapis kopi ke?

image

Boleh tengok dalam video ini

bagi aku, aku tak rasa benda benda macam ni boleh dibuat lawak, dimain mainkan . Banyak benda lagi yang boleh diketengahkan untuk buat orang lain ketawa instead of ambil benda benda berkaitan agam dan pegangan dan buat lawak. Produser sepatutnya lebih peka dan bukannya menjadi pekak dengan buat sukahati mak bapak dalam mengahasilkan sesuatu untuk masyarakat . Apa akan jadi kalau budak budak kecil mengikut dialog dialog dalam filem? Kecik kecik lagi minda dah dirosakkan oleh pengaruh orang dewasa yang “pekak” . Dan bercakap soal produser, Pengarah hantu Bonceng boleh pulak bersikap “agak biadap dan berlagak sombong” . Ada seorang pemerhati bertanya dengan elok, dan cuba tengok apa yang dibalasnya!

image

milik sepenuhnya Oh!Artis. Untuk bacaam lanjut boleh terus ke entry ini.

Nampak “kebodohan” Ahmad Idham bila dia reply macam tu. Bukan bermaksud nak mengutuk beliau tapi kalau dah terang terang bersuluh, lagi nak kata gelap. Apahal kan?

 

Apa pendapat korang?sila komen dan bagi pendapat anda masing masing .

Monday, September 19, 2011

Gambar Kereta Ikram Dinzly dan Fauziah Ghous Kemalangan

Habis remuk. Itu je lah yang boleh cakap kalau tengok pada keadaan kereta Ikram Dinzly yang kemalangan di kawasan karak semasa dalam perjalanan untuk menghadiri Karnival Amal Syawal anjuran NSTP di Bangsar. Turut bersama Ikram adalah pelakon hebat Fauziah Ghous . Kalau tengok pada keadaan kereta, selalunya yang berada di dalam akan cedera jugak at least sikit but alhamdulillah , tak ada sebarang kecederaan dialami semua penumpang kereta Satri Neo Ikram @ mesra dipanggil Bumblebeee

image


menung jelah kau Ikram . ABG I5 dah dinodai.

image

Gambar Siti Nurdiana Sudah Bertudung

Dulu , pernah gempar dengan gambar dan penampilan Siti Nurdiana yang dianggap buang tebiat bila dia sanggup beraksi seksi dengan memakai gaun pendek ala2 barat untuk satu majlis yang dianjurkan oleh majalah Ehh!

Tapi sekarang alhamdulillah dia dah bertudung litup. bagus jugak la sebab artis di Malaysia dah ramai yang bertudung. Tapi hopefully bukan bertudung sebab nak menunjuk dan nak berfesyen ja tapi sebagai satu tuntutan agama sendiri.

pic credit to KOSMO

*tadi lecturer aku ada kutuk gaya tudung Yuna dengan Hana Tajima. Katanya, nenek dia dulu dah berfesyen macam tu bila nak ke sawah. Yang perempuan diam , senyum2 gitu je la. Yang lelaki , hamekkk kau hentam gelak..haha

Sunday, September 18, 2011

Jom Exchange Link Bersama HafizRahman

Ada yang perasan tak layout blog aku dah berubah 100% harini? Apa?Tak perasan?ok fine aku bukan #retisblogger . harini alhamdulillah aku berjaya jugak settlekan untuk tukar layout baru blog yang lebih mesra SEO dan lebih mudah untuk diexplore oleh readers. Template berubah bermakna, otomatik bloglist lama pun ikut berubah la sebab aku nak refresh balik segalanya dalam blog aku ni.

Aku tau la tajuk kat atas macam agak gedik ja kan?Idea tarak weh nak buat tajuk apa untuk entry ni. So ajak je la. “JOM” kan senang. Semua orang faham. So jom laaa. Kelebihan yang anda akan dapat kalau ada dalam bloglist aku ni haa.

Hari hari aku akan berblogwalking cari berita, artikel, dan segala macam benda didunia ni . Sumber pertama aku, bloglist aku la..Boleh dikatakan, setiap entry yang diupdate dalam bloglist aku ni aku akan masuk dan baca.So sesiapa yang ada dalam bloglist aku ni, insyaAllah kalau tak hari hari pun, seminggu tu 2,3 kali jugak la aku akan jenguk blog korang.

Trafik aku bukan nak berbangga, tapi ada la sikit sikit kan. Boleh la takat nak tarik sikit trafik dan berkongsi sedikit kepada korang semua. Nak bagi banyak bukan hebat macam blogger hebat lain. Ni trafik minggu ni .

image

Secara purata trafik aku hari hari ada la dalam 2-3-4 ribu pv macam tu. bergantung kepada keadaan masa aku untuk update dan keyword panas pada hari tersebut. Dan 14sept adalah tertinggi untuk bulan ni .Nak dekat 7ribu pv. Ok fine sikit je kan kalau nak dibandingkan dengan blogger hebat yang lain. Dan alhamdulillah pagerank aku masih lagi PR3 dan target aku adalah untuk dapatkan PR4 by the end of this year.AMINNNNNNN!!!

So kepada sesiapa yang nak berexchange link dengan aku,ada DUA(2)  pilihan untuk anda:

1. Pilihan 1 : Buat entry dengan tajuk “Jom Exchange Link Bersama HafizRahman”, letakkan header blog HR:

Tulis dan mengarut je apa pun . Kalau taknak mengarut , just buat entry dan letak header ja dan yang paling penting, backlink kan ke entry ini . Dan terakhir, tinggalkan link anda dalam ruangan komen disini. MUDAH DAN SENANG .

**Kelebihannya : Bloglist korang akan aku masukkan diblog HafizRahman dan jugak blog Jomlepakzz. So korang akan dilinkkan ke 2 blog sekaligus . Untungkan? Dan aku akan buat review kepada 10 orang blogger terawal yang join bloglist dengan membuat entry =).

2. Pilihan ke 2 : adalah tinggalkan komen anda di entry ini, link blog HafizRahman ke dalam bloglist anda dan anda jugak akan dilinkkan ke sini. Tapi tak ada review la ek=)

Selamat berblogging dengan aman dan tenteram. Tak nak gaduh2 Open-mouthed smile

Gambar Siti Sarah Sarat Mengandung

Dengarnya, usia kandungan Siti Sarah dah mencecah 9 bulan. Menghituing hari je nak lahirkan cahaya mata pertama Siti Sarah dan Syuib Sepah (or should be “bekas kumpulan Sepah” ) . Semoga Siti Sarah selamat melahirkan anak sulong mereka.

image