Home » , , » Nur Janah Allia Penyanyi Lagu “You” Yang Berbakat Besar

Nur Janah Allia Penyanyi Lagu “You” Yang Berbakat Besar

Written By Hafiz Rahman on Thursday, September 22, 2011 | 8:36 PM

Disebabkan internet rumah sewa aku yang superlaju sekarang ni, hobi aku dah mula beralih kepada tengok video video di Youtube, kalau dulu masa zaman pakai broadband, jangan harap la aku nak bukak. Diharamkan terus bukak youtube sebab nak jaga bandwidth. But sekarang apa pun boleh sebab unlimited. Masa tengah crawl dalam youtube tadi terjumpa satu video klip by seorang gadis yang ada suara supersedap menyanyikan satu lagu ciptaan beliau sendiri. Jom kita berkenalan dengan cik adik manis ni

image

Namanya Nur Janah Allia . Mesti ada kan yang dah tahu pasal Nur Janah Allia ni dah berkurun lama. Ok fine aku lambat. Lagu bertajuk “You” memang sedap dan lunak didengar . Sempat jugak la google pasal gadis ni . Katanya dia berasal dari Singapura dan yang menarik perhatian aku, dia ni bertudung manis elok je. Sedap mata memandang. Ohh dari mata turun ke hati..hehee . Bila ada je orang menyanyi dan upload masuk dalam Youtube, mula la ada yang kutuk dan cakap “nak tiru Yuna” HELLOOO!! bukan Yuna sorang je pakai tudung dalam Malaysia ni .Padahal yang mengutuk tu jeles sebab suara tak sedap. Nah dengar lagu Nur Janah Allia yang sedap ni bertajuk “You”

ok dah habis dengar?sedap kan? Lagu ni macam dah direcord dalam studio. Tapi tak ada pulak official video yang aku jumpa. Lagu yang sesuai kalau nak tujukan untuk gf/bf korang tapi pastikan dalam versi sendiri baru la romantik sikit. Tapi kalau suara anda stok2 katak panggil hujan. Dinasihatkan guna lagu asal. Nanti tak pasal pasal gf/bf anda lari tak cukup tanah. Dan ini beberapa profile Nur Janah Allia yang sempat aku search :

Nur Janah Allia Youtube Channel

Nur Janah Allia Facebook Page

bila nak buat blog??kot2 la nak tempah header free ,klik HRDESIGN ..(sempat lagi tu promot ..haha)

dan ini pulak versi Live Band Jamming Lagu “You” oleh Nur Janah Allia bersama Aliffproductions&Musicworks.

mungkin rezeki beliau akan jadi macam Najwa Latiff? InsyaAllah . Aku doakan!

 

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

1 comment

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (175) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (71) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)