Berikut adalah sedutan video CCTV Imam Besar Masjid Negara yang ditampar oleh seorang pemuda dipercayai kurang siuman ketika mengimamkan solat jumaat.
Video kredit : Oh!Bulan
PANAS!Ni video kes imam kena tampar tadi. Meh tengok kejadian sebenar..
Posted by OHBULAN! on Friday, 18 September 2015
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Artikel dari AstroAwani:
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai warganegara India ditahan pihak polis kerana menampar muka Imam Dua Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim, hari ini.
Kejadian berlaku ketika beliau sedang mengimamkan solat Jumaat dan ia terhenti ketika rakaat pertama.
Menurut Timbalan Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Yusof Ahmad, lelaki itu dipercayai mencelah beberapa saf ketika jemaah lain sedang bersolat dan menolak Yusof tersebut sebelum menampar Zuhairee yang sedang memimpin solat sehingga solat terpaksa dihentikan.
"Saya sangkakan Imam tersangkut bacaannya. Secara tiba-tiba, lelaki tersebut muncul dan terus menampar Imam," jelasnya.
Lelaki itu kemudian cuba melarikan diri keluar dari dewan solat utama sambil melaung-laungkan perkataan dalam bahasa India, bagaimanapun dia tersadung pada tripod kamera sebelum berjaya ditangkap oleh jemaah yang berada di dalam masjid.
Dia seterusnya dibawa oleh beberapa orang jemaah dengan dibantu anggota pengawal keselamatan masjid ke pondok pengawal sementara menunggu polis tiba.
Tiada kecederaan serius terhadap Imam Zuhairee dilaporkan dan beliau kembali untuk memulakan semula solat Jumaat yang telah tergendala.
Sejurus selesai solat, jemaah berpusu-pusu ke pondok pengawal dan ada yang berkesempatan untuk merakam wajah lelaki terbabit yang dikawal ketat pihak pengawal keselamatan dan ahli jawatankuasa masjid serta anggota polis trafik.
Anggota polis tiba sekitar jam 2.10 petang dan membawa lelaki itu ke Balai Polis Tun HS Lee di sini untuk disoal siasat.
Wartawan penyiaran Astro AWANI, Hans Yusoff dan Israr Khalid bersama jurukamera Md Ruzi Mohamad Saman yang berada di Masjid Negara, merakam detik-detik suspek terbabit terus dibawa masuk ke kereta polis sambil diasak jemaah yang berang dengan kejadian itu.
Post a Comment
Kindly Leave Your Comment Here..=)