Home » , » Nurul Halimin , Isteri Kedua Sham Kamikaze Terkilan

Nurul Halimin , Isteri Kedua Sham Kamikaze Terkilan

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, April 14, 2012 | 8:04 PM

Nurul Halimin Md Salleh wanita yang dikatakan menjadi isteri kedua Sham Kamikaze enggan mengulas khabar angin mengenai perkahwinan mereka.

Nurul Halimin membuat kenyataan itu melalui adiknya iaitu Maulana yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia kelapan (AF8). Sementara itu Maulana yang turut ditanya berhubung hal tersebut juga enggan mencampuri urusan kakaknya tetapi meminta pihak media bertanya sendiri kepada Sham ataupun rakan-rakan terdekat pemuzik itu.

sham kamikaze dan isteri
Sham kamikaze bersama isteri pertamanya, Farazila

Pada Januari lalu, Sham menjadi tumpuan ramai apabila dia yang kini merupakan seorang pendakwah dikatakan sudah beristeri dua.  Sham kemiduannya tampil dan menafikan status berkenaan dan meluahkan rasa kecewa dengan gosip yang melanda itu.

Bagaimanapun pada Khamis, sebuah blog hiburan rotikaya mendedahkan wajah isteri baru Sham yang merupakan seorang janda dan yang antara lain mendedahkan pasangan tersebut telah berkahwin pada 16 Januari lalu.

Menurut Rotikaya lagi, perkahwinan Sham dan Nurul Halimin masih lagi belum diketahui oleh isteri pertama lelaki tersebut menyebabkan dia mengambil keputusan untuk merahsiakannya terlebih dahulu.

Sham yang merupakan bekas anggota Kamikaze tidak lagi aktif di dunia hiburan selepas membuat keputusan untuk berhijrah sebagai pendakwah bebas bersama isterinya, Farazila pada tahun lalu.

sementara itu, keluarga Nurul Halimin terkilan apabila Sham masih enggan mengakui dia sudah bernikah dengan wanita berkenaan. Sumber terdekat keluarga tersebut berkata Sham yang kini bergelar pendakwah bebas bersikap tidak jujur kerana sehingga kini masih menafikan pernikahan mereka yang telah berlangsung pada 16 Januari lalu.

“Memang benar Sham dan Halimin sudah bernikah tetapi kenapa dia masih lagi menafikan hal tersebut?

“Bukankah perkahwinan itu satu berita yang perlu diberitahu kepada umum agar ia tidak menimbulkan fitnah?

“Keluarga Halimin sedih apabila dia bersikap sedemikian sedangkan dia seorang pendakwah. Bukan itu caranya dia mengendalikan masalah,” katanya.

Tambah sumber itu lagi, sikap Sham yang tidak bercakap benar itu membuatkan Halimin tertekan dan terasa seperti diabaikan kerana menyembunyikan status perkahwinan mereka.

“Sebelum berkahwin, macam-macam janji yang dia katakan kononya ingin menjelaskan perkahwinan itu kepada isteri pertamanya, Farazila, tetapi sehingga kini wanita itu belum diberitahu lagi,” ujarnya.

Sementara itu, Sham yang membuat kenyataan menerusi laman Facebook miliknya malam Khamis masih lagi menafikan perkahwinan keduanya itu dan meminta semua pihak menghentikan fitnah mengenainya.

“Tolong faham saya ada keluarga yang begitu terguris dan berkecil hati dengan fitnah yang berulangkali dipaparkan tanpa rasa bersalah.

“Bagaimana agaknya perasaan anda sekiranya hal itu berlaku kepada keluarga anda?” Katanya.

**kalau benda baik buat apa nak dirahsiakan bukan? Dan kalau nak bermadu, selain berkemampuan kenalah dapat kebenaran dari isteri tua dulu. Tapi kita tak tau sebenarnya apa cerita disebalik rumah tangga Sham . So lebih baik jangan berprasangka baik. Beliau lebih tahu bagaimana untuk uruskan rumah tangga sendiri. Tak usah la kita yang tak ada kena mengena ni nak menyebok dan meruntuhkan masjid . Besar dosanya.

**Gambar isteri kedua Sham iaitu Nurul halimin tidak dipaparkan kerana gambar tidak menutup aurat beliau mungkin menimbulkan keaiban kepada si empunya gambar.
sumber

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

3 comments

April 14, 2012 at 11:40 PM

kesian la kat 1st wife dia kalo ini benar berlaku..
tapi harapnya berlaku jujur dan adil ye..

Anonymous
April 16, 2012 at 9:43 PM

memang benar sham dah berkahwin dgn halimin.. dia jran saya..

Anonymous
June 12, 2012 at 12:44 PM

kalau betul sudah bernikah kenapa nak menafikan..imej dia juga yang akan terjejas baru nak berhijrah

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)