adyputra cerai, adiputra cerai, adiputra fail cerai, ady putra bercerai, artis bercerai
Bukan mendoakan, tetapi nampaknya seperti musim artis bercerai kini tiba kembali. Fenomena artis Malaysia kahwin dan cerai sepertinya sudah menjadi asam garam dan halwa telinga peminat industri di Malaysia. Ada sahaja isu cerai terbaru yang keluar. Mungkin bukan jodoh mereka. Apa daya kerana jodoh pertemuan dan ajal maut semunya telah ditentukan oleh Illahi.
Terbaru, pelakon Ady Putra telah memfailkan perceraian ke atas isterinya Aida Yusof di Mahkamah Syariah. Berikut adala petikan berita dari Harian Metro.
**********************
KUALA LUMPUR: “Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini (perceraian) akan berlaku dalam rumah tangga saya,” kata pelakon Ady Putra, 31, yang bercerai dengan isterinya, Aida Yusof.
Ketika dihubungi Harian Metro semalam, pelakon berasal dari Singapura itu mengesahkan dia sudah memfailkan permohonan untuk bercerai di Mahkamah Syariah, di sini, pada 11 Mei lalu. Menurut Ady, dia tidak mahu bercerita lanjut mengenai perceraiannya itu, tetapi apa yang pasti mereka tiada persefahaman. “Perpisahan ini bukan mengenai isu tak ada anak atau pun ada orang ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk saya ceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain,” katanya. Ady berkata, dia dan Aida berpisah secara baik dan keputusan itu dibuat selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.
“Ketika saya pergi mengerjakan umrah, baru-baru ini, saya mohon segala yang terbaik daripada Allah terutama kebahagiaan dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami,” katanya.
**mungkin bukan jodoh mereka untuk bersama. Semoga kedua duanya tabah menghadapi dugaan perceraian ini.
sumber : Harian Metro
2 comments
ermmmmm....... no komen...
tak bestnya dgr cerita gini..semoga Allah pnjgkan jodoh mereka :(
Post a Comment
Kindly Leave Your Comment Here..=)