Saturday, April 09, 2011

Sponsor Header Untuk Yuyu Zulaikha | Aku Pakai Skirt Biru

mungkin ada yang belum tahu dalam beberapa hari ni aku ada bukak tempahan untuk buat header secara free kepada blogger yang berminat dan belumm ada header untuk sama sama join blogger lain yang ada jugak header. Tapi , macam yang semua orang tahu, final exam makin dekat dah . Dah masuk hujung semsster dah dan aku pun dah semester last dah. So kena la pulun lebih sikit untuk pastikan aku grade diploma yang membanggakan mak bapak aku.

Dengan rasa sedihnya nak bagitahu, header free tersebut tak dapat dibuat dalam masa terdekat dan ditutup untuk sementara waktu. Dan tempahan yang diterima adalah untuk sesiapa yang telah isi form setakat jam 8malam tadi sahaja. Yang terlepas tu minta maaf ek. Dan yang dah tempah, header anda akan disiapkan . Cuma tunggu masa dan ketikanya sama ada lambat atau cepat. But jangan risau, nombor giliran dah disusun, Sape yang temoah awal dapat awal la ek.,

Ok sebenarnya nak cita benda lain. Berkenaan Giveaway yang dianjurkan oleh Yuyu Zulaikha iaitu "Yuyu Zulaikha- Ferrero Random Giveaway" . Kalau sebelum ni aku buat header secara free of charge, but bila tadi terfikir,why not aku jadi sponsor untuk GA tu jugak kan?hehe. At least , semua berpeluang untuk dapat bergantung kepada luck masing masing. Walaupun header design aku mungkin huduh2 belaka. but alhamdulillah diterima oleh Yuyu sebagai salah satu sponsor untuk GA beliau.Boleh rujuk dalam entry Lagi Sponsor Untuk Ferrero Random GiveAway. Alhamdulillah | setiap yang terjadi ada sebab nya banyak betul sponsorship untuk GA nie. Dah macam contest besor dah nengok.hehe. Tahniah YUYU. Rugi bagi sapa yang belum join.nak join sila klik SINI

image

wahaha aku pakai skirt biru tuh.(skirt macam tu ek?ntah tak penah pakai).haha..buat ayat sedih pulak budak kecik ni. Yela nanti penganjur akan dapat satu.haha

So kepada yang join GA tersebut. Gud luck semua. Hadiah semua bes2. Tapi kan!!Aku pun join gak..hahahahhaa..itu semalam punya cilita before aku sponsor hadiah sekali. tak tahu la plak sponsor layak join or tak.LOL!

 

Friday, April 08, 2011

Menang Contest By Anjung Streamyx

Regarding the contest yang sempat aku join sebelum ini iaitu yang dianjurkan oleh logo2nakeddi halaman Anjung Streamyx iaitu Contest Di Anjung Streamyx

 

tajuk dah macam aku yang menang hadiah utama kan?but unfortunately but still fortunate, aku cuma menang saguhati . Alhamdulillah walaupun menang cuma saguhati , but aku stiill pemenang. Agak kuciwa sebab tak menang tempat pertama iaitu RM150. Saguhati cuma RM 15 and aku minta penagnjur ganti dengan Topup Celcom je la. hehe. Kredit dah kong ni.Dah la tengah sengkek hujung hujung semester ni.huhu. But its ok. Mungkin itu rezeki Tuhan bagi. Mana tahu contest contest lain , aku berpeluang menang. Who knows right?

Ini mesej yang aku dapat dari pihak BlogReka

image

kemenangan saguhati atas hasil usaha dalam entry Contest Di Anjung Streamyx.

ALHAMDULILLAH!!sedang menunggu dengan penuh tak sabar keputusan Giveaway yang dianjurkan oleh 3 orang blogger popular dengan hadiah yangs sangat kebabommmm

“GIVEAWAY PURSE POLO by DARKBATMAN”

"Saya Mahu RMxx dari Eyriqazz.Co

"Yuyu Zulaikha- Ferrero Random Giveaway"

lately rajin pulak aku mengejoin contest contest dan GA. Mungkin sebab dah sengkek sangat kot. haha

Video Dan Maklumat Terkini Gempa Bumi 7.4 SR Di Jepun

Gempa Bumi sekuat 7.4 SR melanda Jepun jam 23:32 JST

 

 

Tsunami Warning/Advisory

Issued at 00:55 JST 08 Apr 2011

Tsunami Warnings and/or Advisories have been cancelled.

*******************Text********************
Tsunami Warnings have been cancelled for the following coastal regions of Japan:
MIYAGI PREF.
The above-mentioned Tsunami Warnings/Advisories have been cancelled.

Tsunami Advisories have been cancelled for the following coastal regions of Japan:
IWATE PREF.
FUKUSHIMA PREF.
PACIFIC COAST OF AOMORI PREF.
IBARAKI PREF.
The above-mentioned Tsunami Warnings/Advisories have been cancelled.

*******Tsunami Warning/Advisory now in effect********
No Tsunami Warnings and Advisories are currently in effect.

******* Earthquake Information ********

Occurred at
23:32 JST 07 Apr 2011

Region name
MIYAGI-KEN OKI

Latitude
38.2N

Longitude
142.0E

Depth
about 40 km

Magnitude
7.4

Thursday, April 07, 2011

Yuyu Zulaikha- Ferrero Random Giveaway

masuk ni dah 3 GA aku join selepas  GIVEAWAY PURSE POLO by DARKBATMAN” dan "Saya Mahu RMxx dari Eyriqazz.Com" tamak betul la kan?semua nak sapu. Ahh biar la.

GA kali ni dianjurkan oleh Si budak kecik Yuyu Zulaikha yang nak bagi coklat. ok disebabkan Yuyu orang Langkawai or Utagha. So entry ni dalam bahasa utagha .aci kan?

Sapa tak mau cekelat?ui sedap tu cekelat hat dia nak bagi. ni dia hadiah cekelat tu

image

koleksyen of perero rosher yang nak dibagi oleh Yuyu. Bukan senang nak dapat ni. So kalau hampa nak jjugak. kena join sekaki la GA ni nak habaq mai.

Sapa sapa hat nak join boleh klik kat link dibawah ni

Yuyu Giveaway

p/s untuk Yuyu. actually aku ada buat satu header untuk dia lepas dia cakap nak ubah header haritu. tapi tengok2 dah dibuat oleh orang lain . So simpan je la buat kenangan.haha. Checkout my latest design of header untuk blogger HERE

“GIVEAWAY PURSE POLO by DARKBATMAN”

giveaway by darkbatman

semalam dah join GA by Eyriqazz iaitu "Saya Mahu RMxx dari Eyriqazz.Com". Dan hari ni nak mencari luck mana tau Tuhan nak bagi rezeki bulan 4 ni kan?ssape tau rezeki kita.

GA kali ni dianjurkan oleh Batman Malaysia iaitu Darkbatman iaitu Top 10 Hottest Malaysia Blogger dan hadiahnya

 purse polo

iaitu Purse Polo Original dan bukan Spicy. Sekali lagi sebut, PURSE ok bukan wallet. So untuk wanita la. But lately aku nengok lai pundah banyak pakai purse. erkk~~

Tak kira aku nak gak purse tu walaupon aku lelaki. Sebab minggu lepas wallet POLO perempuan yang dapat iaitu CT ARINA (ciss tak haci betul.) . So kali nie purse mungkin lelaki yang dapat (aku la tu).

So jom kita join reramai meriahkan GA ni. Lagi ramai lagi bess tapi yang tank besnya peluang nak menang makin tipis. but itu rezeki masing masing kan?

Aku nak tag beberapa blogger popular. Nak nengok depa nak join ka tak.hahaha

Yuyu Zulaikha

Eykameow

Lulu Pages

ok sette. tunggu masa ja nak menang. aceh konpiden ja.

 

30 Jam Tanpa Tidur Yang Menyeksakan Hidup Aku

Elehh belajar la sangat kan? ini bukan entry nak ‘buat teruk’ kata orang Kedah. Tapi kenyataan tentang situasi yang aku sedang hadapi sekarang di mana memang tak cukup rehat, tak cukup tidor dek kerana semangatnya aku nak belajar (muntah)

Sepanjang 3imagetahun , 6 semester aku di UiTM Kedah, assignment ETR atau enterpreneurship (betul tah aku ngeja?ahh bior ler asal sebut bunyi sudah) adalah beban paling berat bagi aku . mau taknya, semalm aku dah mencipta rekod diri sendiri dengan tak tidor selama 30 jam berturut turut (tolak 15minit aku terllelap tapi itu kira halal la ek) . Memang habes struggle la semalam nak menyiapkan paperwork yang panjang berjela jela dengan nak calculate sale , nak buat forecasted sale apa semua. Adehhh bala3x..semua ni bala. Semak kepala hotak.

Cita semalam memang penat tahap nak mampos dah gua cakap. Aku start bangun pukul 9pagi macam tu, then hari tu pergi kelas, buat kerja semua la. Then malamnya, aku boleh stay up buat paperwork nie (plus bukak 1 tab facebook untuk hilangkan ngantuk) sampai pukul 5pagi. then terlelap 15-20 minit camtu dengan pakai jeans dan baju berkolar. Perhhh memang gua tidor pun hensem beb. Tidor pakai jeans tu plus tshirt kolar. Sikit lagi nak pakai kasut hitam. Then pukul 6 aku bangun, balik rumah sebab ada hal urgent sikit. (sejuk nak mampos pagi pagi. Dasar aku selalu memang bangun tengahari) . Rushing balik rumah . pastu 7.30 aku bertolak balik ke UiTM . Ada kelas plak pukul 8. But aku sampai 8 setengah dalam kelas sebab kalut sangat.

Habis kelas pukul 10 pagi, lepas ja makan. mata aku dah macam nak tersembul keluar ni sebab ngantuk tahap gaban. kalau boleh nak je aku pinjam garfu Kassim Selamat kasi masuk balik mata bagi tak mengantuk. Kul 10stgh, mengadap Library sampai pukul 3 cam tu. Balik terus aku pengsan 2 jam. Pukul 5 petang bangun. Pergi Penang pulak. perhhh memang gila babeng la penat jangn cakap la dengan tidor tak cukup.. Balik dari Penang pukul 8, sampai sekarang la aku belum tidor., Sambung buat lagi paperwork nie.Sampai pukul berapa pulak aku tak tahu la.Tapi mata ni dah berat macam sangkut batu kat mata je ni. Rasa macam nak pengsan dah nie. DAMN!!esok ada quiz..satu hapak aku tak baca lagi. MAMPOS esok!! Dan sekarang , aku dah mula rasa simptom nak demam. Dah selsema,air hidung asyik nak terjun keluar ja dari hidung aku yang mancung nie, batuk sikit. Badan kejap panas , kejap sejuk.Then rasa ngilu kat gigi.  Mintak simpang la jangan demam. tak suka!!

so calculationnya. Aku bangun kul 9pagi. Aku tidor 3petang keesokannya. 9pagi –9pagi =24 jam. tambah lagi 6 jam ..tak 30jam tu?dah la pukul 3 tu aku tidor 2jam ja. Tak sempat lagi nak qada tidor nampaknya. Tunggu la habis exam nie. Aku nak tidor ja. Makan , mandi semua kat tempat tidor. balas dendam!!

Nota tapak kaki : tapi kan. dalam dok berbizi bizian tu pun, aku still boleh buat 2 entry dalam blog. Macam mana cerita tu?Bila tah aku buat. And satu lagi, aku pun tak tahu kenapa aku letak gambor jam tu.~~

Wednesday, April 06, 2011

"Saya Mahu RMxx dari Eyriqazz.Com"

image
Blogger Terhangat buat giveaway, rugi kalau tak mencuba sebab dapat duit. Sape tak mau duit kan?orang tak betul je tak mahu duit. Orang gila pun kadang kadang nak duit. Mata duitan betul aku ni.



Firstly, congratz pada bro Eyriqazz yang menjadi sebagai salah seorang  Awesome Winners Week 7 untuk Are You Awesome Contest. HEBAT!!! Banyak betul rezeki dia. Murah rezeki betul. Sebab tu la dia buat Giveaway ni untuk murahkan lagi rezeki beliau. Anda tak mau ke rezeki depan mata nie?Nak, kena la join jugak macam aku.

yang paling penting , anda jangan lupa like kedua dua entry menarik ini



dah like baru join, tak like tak mo kawan..haha

nak join boleh klik link ini :  "Saya Mahu RMxx dari Eyriqazz.Com"

rugi besar kalau tak join sebab hadiahnya “misteri” . aku suka surprise2 nie. mana la tau bro nak bagi Nokia e7 yang dia baru dapat tu (jangan harap).haha.

Tonton Video Seks Anwar Ibrahim Disini .Adakah Itu DSAI??

Aku bukan minat politik ni. Meluat dan nak termuntah, tapi disebabkan aku nak cari SEO, so buat je la entry ni.haha.Baru baru ni, kecoh dunia politik dengan kes video seks yang dikatakan DSAI dan didedahkan oleh Datuk T(Tikus). Dan yang paling buruknya, video yang dikatakan hak milik peribadi Datuk t kini tersebar ke You Tube. Persoalannya, bagaimana video tersebut boleh tersebar? kalau Datuk T claim cuma dia yang ada copy tu, bermakna hanya dia ja suspek paling utama untuk penyebaran video tu.

 

Tapi kenapa polis macam buat tak tahu je? Apa pun, korang cuba nilai sendiri adakah benar video ni memang DSAI . tak dinafikan iras muka dan wajah agak sama, tapi kita tak boleh nak tuduh selagi tak dibuktikan. Mungkin ada pihak pihak yang ada motif sendiri claim video ni sebagai DSAI atau ia mungkin memang DSAI. Kita tunggu je keputusan . tapi keputusan dari mahkamah nanti , adakah ia ADIL? Sebab benda ni bermotifkan politik dan kita memang tahu yang politik Malaysia memang “jijik”

 

Di bawah ni adalah video yang tersebar. Tapi gua respek orang yang edit ni, dia potong part “best” .hahaha. So video ni tak melanggar syarat2 Youtube (aku rasa la )

 

Apa pendapat anda?DSAI?atau TIDAK??

p/s : mula rasa pelik. Macammna la boleh leaking file “sulit” polis nie?Jangan lepas ni keluarkan statement ada orang “hack” sistem polis pulak.hahaha

 

sumber :http://gengblogger.com/v/424655

Semakin Ramai Blogger Mula Curang Dan Bercerai Dengan Syarikat Iklan…….. Tu Sebab…….

SIAPA ANAK EMAS DAN SIAPA ANAK TIRI SYARIKAT PENGIKLANAN BLOG?Sila baca sampai habis kalau nak dapatkan jawapan.

Aku tahu lepas je aku buat entry ni, aku akan menjadi anak tiri sebuah syarikat pengiklanan blog dan website “terkenal” tuh. Dan aku tahu. Lepas ja entry aku ni di detect oleh syarikat tuh, aku akan di ban . But its ok. Suara blogger perlu didengari.acece. Dah berani ye kau

Minggu ni heboh dengan isu Blogger Berpaling Tadah dengan syarikat pengiklanan popular yang kalau aku tak sebut pun korang tau sapa. Aku tak mahu sebut sebab “perkataan” tu nanti boleh diguna sebagai bahan bukti kalau dia nak saman aku. So kalau aku tak sebut, tak ada hak untuk dia saman aku sebab aku tak ada sebut okeh..

Entry berpaling tadah ni aku mula sedar berlegar legar dalam blog Blogger Popular Dekad ini Si Ben Ashaari. Kemudian , sorang sorang muncul menunjukkan ketidakpuasan hati mereka. Antara yang dah ikut jejak bro Ben adalah :

IzamirRidzwan  .. dan lain lain

Memang aura Ben boleh naikkan keyakinan blogger blogger lain untuk bersuara bersama termasuk aku. But benda ni aku dah perasan lama before Ben buat entry tuh. Syarikat tersebut macam dah mula sisihkan blogger blogger lama dan yang baru ditatang bak bayi. Maaf kepada blogger baru jika anda terasa dengan ayat aku ni. But blogger blogger yang agak lama seperti aku ni, (2tahun lebih kira lama la kan?) perlu jugak ditatang dan dibelai indah bak permaisuri. Customer Is Always Right.LOL!

SEBAB?

Ok mungkin komen ini beri sikit idea untuk cantas pendapat aku

image

make sense, tapi. kalau pun nuffnang(OMG ter"sebut"..sorry3x) nak membantu blogger blogger baru, takkan blogger lama dilupakan. ??Blogger lama berhempas pulas mengerah keringat , kepala otak dipulas pulas bak kain yang nak dijemur, bersengkang mata abaikan esaimen semata mata nak buat entry, nak cari trafik (tetiba terasa diri sendiri..sadis), but usaha tu seperti tak dihargai .

Dulu mungkin blog aku , trafik sikit sikit ja.Tak kisah kalau seminggu aku dapat 1 sen pun sebab aku memang tak layak dapat. But sekarang alhamdulillah dah ramai yang nak datang sini, baca apa yang patut dan mungkin sebab sekarang aku banyak main SEO, kadang kadang trafik tinggi la jugak walaupun tak Gila Gilaa punya trafikimage
ini trafik aku 2,3 hari lepas yang sempat aku snap .Sekarang bila aku tak update ada la 7,8,9 kadang kadang belas belas orang on9 dalam satu satu masa macam masa aku buat entry ni
image
Kadang kadang 1 orang je. Walaupun mungkin 44 dan 16Online tu sikit bagi korang, tapi bagi aku satu pencapaian.  Dan kebanyakannya datang dari Google Search Page sebab main SEO. Tapi earning???Aku malas nak printscreen sebab nanti kata aku kutuk plak. Cuma nak bagitahu yang earning aku seminggu kadang kadang 2 ringgit tak sampai.Kalau seminggu 2 ringgit, sebulan aku baru dapat 8 ringgit. Setahun baru 96 ringgit. Nak byar road tax motor pun tak lepas.  Yang banyak masuk pun sebab BE yang aku dapat sebulan lepas. Dan dah jadi Metered Earning. Ada la dalam 20 hengget cam tu ME aku. tapi tengok iklan tiap tiap hari keluar , tiap tiap masa ada. Hurmm. Takkan la langsung tak ada orang klik kot?Mustahil.

Dan hakikat yang perlu syarikat “tu “ terima adalah. Semakin ramai blogger yang dah lama gunakan perkhidmatan anda mula curang dan dah bercerai talak 3 dengan anda. Mungkin lepas ni akan ada penjelasan dari mereka berhubung ketidakpuasanhatidanperasaan blogger blogger . INGAT. Tangan yang disangka lembut mengetuk keyboard, menggoncang dunia mencipta fenomena (kenapa ehh rasa macam lagu Sumayyah tuh?)

Dan aku setuju dengan Izamir Ridzwan berhubung entry Bukti Nuffnang Dah Takot Dengan Bloggers Femes sebab trafik terlalu tinggi dan blogger yang semakin banyak menjadi blogger femes membataskan mereka untuk buat pembayaran yang banyak , setimpal dengan trafik.


Persoalannya : adakah kami, blogger blogger yang dah bertahun tahun gunakan khidmat anda. Didiskriminasi dan cuma anak emas anda sahaja ditatang dan anak tiri dibuang?kami juga punya hak untuk buat pilihan. Dan sekarang, aku pun dah mula berfikir untuk “curang” bila dah cukup syarat. Fikir fikirkan dan selamat berblogging .Cau!!

Monday, April 04, 2011

HEADER DESIGN : 2Tempahan Design Header Free Lagi Untuk Diambil

Pesal aku rasa semacam ja tajuk kat atas tu haa?ahh hentam jelah. malas teman nak  pikior , asal paham udah lae. Cakap banyak watpe kan3x? selepas semalam aku dah siapkan 3 header yang dah ditempah oleh 3 orang blogger, petang nie, dalam lebih kurang setengah jam macam tu, aku berjaya siapkan lagi 2 header untuk seorang blogger wanita dan seorang blogger lelaki yang pernah aku jumpa masa gathering kat Alor Star hari tu.

Tak mau cakap banyak sangat nanti korang boring, meh tengok dan komen design terbaru aku ni.hehe

design kedua dua blogger ni aku buat dalam 2 versi iaitu transparent dan bukan transparent. But aku prefer transparent sebab nampak lebih smooth bila digunakan untuk header dan nampak lebih kemas .

HEADER 1 untuk TIKIN

LINK : http://i935.photobucket.com/albums/ad193/fasyril/TEMPAHAN%20HEADER/transparent.png

untuk header Cik Tikin ni, ada ceritanya. Lawak gak sebab semalam masa dia isi form, aku tak da idea nak buat header macam mana sebab tak diberitahu dengan detail . Dia cakap macam mana pun tak pa. Aku musykil dengan perkataan TEKO tu, teko air tu ke. then alu pun search la teko  berwarna pink.Yang lawaknya, boleh aku lupa teko dalam bahasa omputih, puas mencari kamus dekat setengah jam nak tahu perkataan “pot” , bengong gak padahal google translate depan mata tak mau guna. Grrr~~ Pastu pagi tadi , rasa macam musykil je , teko lain kot. Aku mesej dia di facebook dan mintak dia mesej aku balik. Pastu dia bagitahu, dia pun tak tahu TEKO ape. Rasa nak tarik hidung ja budak ni. Dia pun cakap buat la macammana pun. ok fine aku buat ikut suka.haha. SO aku pun dah malas nak cari gambar kaler pink dah. Tibai je letak teko  pink tu. Cantik jugak teko tu.ahaha. Sorrt kalau tak ikut tema cik tikin

HEADER 2 untuk SHAHJIEHAN 

LINK : http://i935.photobucket.com/albums/ad193/fasyril/TEMPAHAN%20HEADER/header-transparent.png

ini pun satu lagi yang aku tak da idea nak buat macammana. Dengar Shahjihan dalam kepala aku terbayang bayang Taj Mahal je. So hentam je la. haha. Header untuk lelaki ni kurang sikit. Untuk perempuan macam mencurah curah ja idea. tak kuasa nyahh.yarkss. Ya Allah jauhilah aku dari kesesatan.haha

DESIGN HEADER YANG LAIN2 DISINI

  1. 3 Header Free Sudah Siap Untuk Diambil
  2. Header Free Untuk Blogger

 

Blogger Sampah Tak Dak Telur Yang Suka Menyalak!

entry ni dibuat sebab aku tertarik dengan post yang dibuat oleh salah satu blog yang paling aku suka baca, boleh dikatakan tiap tiap hari aku ngadap blog ni sebab isu isu terkini yang dipaparkan adalah isu yang patut kita ambil tahu. Sape tak kenal Mazidul Akmal Sidik, wartawan sensasi  dan berani TV3.

Bersama Mazidul

klik pada picture untuk ke blog beliau

Tertarik dengan post beliau hari ni iaitu Blogger-Tanpa-Telur Menyalak . Siapa blogger tak da telur yang menyalak tu? ikutkan dari apa yang diceritakan oleh MAS(stand for Mazidul Akmal Sidik) , Akhbar Utusan hari  ni memaparkan berita tentang bantahan beberapa pertubuhan bukan kerajaan berhubung blogger, Alfonso Sivaji's yang banyak membuat salakan seperti anjing dengan memaparkan isu isu perkauman bermuka muka .

Bak kata MAS, memang patut blogger bangang nie diburu oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media dan identitinya didedahkan sebab kalau dibiarkan, orang macam ni la yang akan memecahbelahkan orang orang lain. Mungkin itu isi hati yang nak diluahkan, tapi tak kena pada caranya. Macam TAK DAK TELUR(itu pun kalau laki la. Perempuan tak tahu la pulak ).hehe

Blog blog sampah macam nie sepatutnya dihapuskan. Bukan bercakap soal politik, tetapi soal maruah orang lain. Cuba tengok post blogger “bangang” tu. Semuanya tak bertamadun dan membuat bermacam macam tuduhan ke atas orang lain. Kalau dah rasa diri tu betul sangat, dan berani sangat. Cuba tampilkan diri. tapi sayang . TAK ADA TELUR!!

p/s : baru semalam terbaca kes Akhil Hayy dengan “Blogger Itu” yang banyak membuat pendedahan yang kadang betul, kadang nampak over tah hapa2. tapi banyak menutup periuk nasi orang lain. Macam dia Tuhan, tau segalanya. Sheettt~

3 Header Free Sudah Siap Untuk Diambil

3 header terawal yang ditempah oleh 3 orang blogger yang mengisi form dengan lengkap di entry Makluman Penting Untuk Tempahan Header Free di Blog HafizRahman dah aku siapkan semalam .Kalau ikutkan keadaan semasa, memang tak sempat, then tetiba classmate aku bagitahu yang quiz hari ni postpone ke hari khamis so memang cari pasal la. Masa terbuang jangan disiakan. haha. Padahal banyak lagi kerja lain aku kena buat. Tapi tak pa, demi kawan kawan aku tak kisah punya . Berlagak baik kan?

Dan setelah berhempas pulas mengerah keringat tulang 2 kerat (tangan je) maka terhasillah sebuah karya terburuk dalam sejarah negara iaitu karya dari aku.

3 header ini ditempah oleh :

Dan headernya disini mengikut turutan di atas :

 

untuk ANYSS

link : http://i935.photobucket.com/albums/ad193/fasyril/TEMPAHAN%20HEADER/header.png

 

 

 

untuk AIN

Link : http://i935.photobucket.com/albums/ad193/fasyril/TEMPAHAN%20HEADER/Header-1.png

dan untuk YAYA

http://i935.photobucket.com/albums/ad193/fasyril/TEMPAHAN%20HEADER/header-yaya.png

amacam?cantik ka buruk?hahaha. Perasan. Semua ni aku buat mengikut apa yang diminta, tapi sorry la sebab aki masih lagi dalam proses pembelajaran. Aku ni umpama buah cempedak diluar pagar yang kena tolong jolokkan tu la lebih kurang. So aci la kalau tak cantik kan?

Hope ketiga tiga customer pertama ni suka dengan hasil kerja aku. Kalau suka nanti boleh la aku proceed dengan lain lain dan insyaAllah kalau dapat permintaan , masa masa akan datang sedikit bayaran akan dikenakan. hehe. Buat masa ni masih free sebab aku still dalam practical lagi. acece practical plak.

So kepada yang nak jugak, boleh rujuk entry Makluman Penting Untuk Tempahan Header Free di Blog HafizRahman. INGAT!! request yang ikut syarat syarat yang ditetapkan ja yang akan dilayan . Dan 3 blogger di atas adalah antara mereka yang ikut syarat tu la.haha.Dan had free header ni akan tamat bila bila masa dari sekarang sampai satu masa yang akan diberitahu kemudian Sapa nak cepat. Lambat lu gigit jari gua cakap.

 

Sunday, April 03, 2011

Makluman Penting Untuk Tempahan Header Free di Blog HafizRahman

UPDATED : TEMPAHAN HEADER DITUTUP BUAT SEMENTARA WAKTU!!SEKIAN




Salam semua. Haa ni yang nak marah orang ni tengahari buta ni. Semalam ceq dah buat post pasal siapa yang nak header free tu di entry Header Free Untuk Blogger.Dah habaq dah suruh email.pastu baru komen. Then ramai pulak yang tinggal komen juz cakap “nak” . Mana ceq nak tau hampa nak macammanaSteaming madgrrr~. Ok aku masukkan balik ek syarat2 nak tempah header free tu

So ada sesiapa yang berminat untuk  buat header?Sila komen . Buat masa sekarang free of charge,(bulan 4 aku baik sikit)acece.. but aku tak janji akan siap cepat. Sebab final exam dah dekat . Nak kena fokus sikit sebab aku dah sem last dah. Kena pulun lebih sikit. kalau ada sesiapa yang nak header free, boleh email detail2 header dan gambar semua,but header yang cuma word simple macam nie dan tak libatkan gambar gambar akan diberi keutamaan sebab lebih mudah dan cepat.yang nak kena crop2 gamabr amik masa sikit.Bila dah email semua detail, tinggalkan komen kat sini. Kalau nak promote kat kengkawan pun boleh. Dan nak bagitahu sekali lagi. AKU TAK JAMIN BOLEH SIAP CEPAT sebab aku cuma buat bila ada kelapangan dan aku dah bosan tahap gaban. hehe
sila take note word yang digedabakbesorkan tu. Kalau tak nampak jgk tak tahu la .Kena pakai spek 8lapis tak pun korek bijik mata tu letak atas kepala. Tak pe la. Mungkin korang eksaited sangat sampai terlupa baca.haha Hari ni aku senangkan kerja kerja nak email ni sebab mungkin ramai yang malas nak bukak email kan pasal berukband yang lembap macam beruk tuh

So kepada sesiapa yang nak tu , sila isi form dibawah . Masukkan
  1. nama
  2. Email
  3. Subject
  4. Pastu dalam ruangan mesej tu, masukkan link blog anda, dan bagi detail berkenaan header yang diinginkan. contohnya: WARNA, SAIZ, GAMBAR, dan lain lain spesifikasi yang diinginkan(bagi yang nak letak gambar sendiri, sila EMAIL GAMBAR ANDA YANG BERPIKSEL BESOR).email ke hafizrahman90@gmail.com
  5. Lepas tu tekan SEND.

ok lepas dah siap send, tinggalkan komen anda di entry Header Free Untuk Blogger.Senang kan? Header yang ditempah akan dikira bermula siapa yang bagi link dalam form ini sahaja. Detail yang tak lengkap tak akan dilayan sama sekali .

but as I said earlier dalam entry Header Free Untuk Blogger., AKU TAK JAMIN BOLEH SIAP CEPAT sebab aku cuma buat bila ada kelapangan dan aku dah bosan tahap gaban. So banyakkan bersabar ek.hehe


UPDATE : 3 Header Free Sudah Siap Untuk Diambil

Terkini Kes Video Seks Anwar :Hanya 4 Peratus Rakyat Malaysia Percaya Video Seks Tulen Dan Satu Fitnah

KUALA LUMPUR, 3 April — Kajian pendapat umum menunjukkan majoriti rakyat percaya yang Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu adalah mangsa pembunuhan karakter ekoran pendedahan video seks oleh “Datuk T” dua minggu lalu.

Hasil kajian Mendeka Center itu juga menunjukkan responden yang ditemui berpendapat yang video seks didedahkan 21 Mac lalu bagi memusnahkan kerjaya politik bekas timbalan perdana menteri tersebut, yang kini merupakan Ketua Pembangkang.

Seramai 504 responden ditemu bual oleh Merdeka Center antara 24 dan 27 Mac lalu dengn 59 peratus adalah Melayu, 32 peratus Cina manakala sembilan peratus India.

Menurut hasil kajian itu, 45 peratus responden beranggapan bahawa Anwar (gambar), yang juga Ketua Umum PKR, adalah mangsa pembunuhan karakter politik manakala 22 peratus bersetuju yang pemimpin itu seorang lelaki yang rendah pegangan moral.

Seramai 20 peratus mengatakan mereka tidak pasti manakala enam peratus lagi enggan respons.

Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, sedang melalui perbicaraan kes liwat kali kedua.

Ketika ditanya pandangan mereka sebab video itu muncul, 39 peratus mengatakan mereka percaya ia sebagai satu komplot untuk memusnahkan kerjaya politik beliau.

Bagaimanapun seramai 24 peratus lagi tidak pasti manakala 22 peratus mengatakan ia diadakan untuk mengalih sokongan menjelang pilihan raya negeri Sarawak bulan ini.

Hanya sembilan peratus mengatakan video itu sebahagian daripada usaha Anwar untuk mendapatkan simpati manakala empat peratus mengatakan video itu tulen.

Anwar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali, di hotel Carcosa Seri Negara bulan lalu.

Najib dan Hishammuddin kemudian menafikan penglibatan mereka dalam rakaman berkenaan.

Minggu lalu, Hishammuddin berkata beliau akan memfailkan saman terhadap Anwar yang mengaitkan beliau dalam kes video seks itu.

Pada satu perhimpunan di Shah Alam 28 Mac lalu, seminggu selepas pendedahan rakaman video seks itu, Anwar menegaskan, pendedahan dibuat “Datuk T” tidak akan sesekali “membunuh” karier politiknya.

Sebaliknya, tegas Anwar, hidup dan mati beliau bukan terletak di tangan Umno-Barisan Nasional (BN) tetapi Allah s.w.t.

“Kalau nak mati, saya mati... bukan mati karier politik.

“Hidup mati saya di tangan Allah bukan Umno-BN... belum tentu Umno-BN mampu bertahan tanpa rakyat Malaysia,” katanya.

Pada September 1998, Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.

Beliau dibebaskan dari penjara akhir 2004 dan menjadi pengikat PKR-PAS-DAP sehingga PR dibentuk tiga tahun lalu.

Anwar berkata, “isunya sekarang adalah kerana Pakatan Rakyat nak ambil pemerintahan negara.”

Tiga “Datuk T” yang dimaksudkan ialah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah disoal siasat polis Bukit Aman dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti.

Anwar juga menyifatkan Abdul Rahim sebagai “jaguh baru” yang dipilih Umno-BN untuk menjatuhkan maruah dan imejnya.

  sumber :Malaysianinsider

Secara peribadinya, aku sendiri kurang pasti yang video seks tu pelakonnya adalah DSAI sendiri. Andaian ni aku buat based on beberapa kes yang dah jadi kepada Anwar. Kalau dari dulu kita tengok, bila dah dekat ja pilihanraya , mesti akan timbul isu yang baru untuk jatuhkan DSAI. Belum habis isu liwat, timbul isu video seks, persoalannya, sebab apa video tu tak didedahkan awal awal lagi, kenapa perlu tunggu pilihanraya dah dekat baru nak dedahkan.

Dan kebanyakan ulamak dan Mufti di Malaysia tak bersetuju dengan pendedahan video terbabit sebab akan jadi fitnah sebab belum pasti pelakunya adalah DSAI . Untuk sabitkan zina perlu ada 4 orang saksi yang betul betul melihat kejadian tu dan rakaman tak boleh dijadikan sebagai bahan bukti untuk sabitkan kesalahan zina.

“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

keratan akhbar kenyataan Datuk Harussani . Berita lanjut di SINI

Jika Encik Anwar boleh meyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliau bukan lelaki dalam rakaman itu, serangan terbaru ini hanya akan menjadikannya lebih kuat, ia akan memperkukuhkan kepercayaan di dalam dan luar negara bahawa beliau adalah mangsa pendakwaan bermotifkan politik,” kata akhbar itu

kenyataan Wall Street Journal bertarikh 30Mac

Lagi satu dengan Ketua Polis Negara. Kenapa perlu keluarkan statement “video adalah tulen”. Mungkin bagi mereka yang berpendidikan tinggi boleh tafsir statement tu sebagai video yang tulen tetapi pelakunya belum pasti. Tapi, bagi yang kurang faham dan kurang ambil tahu, statement tu akan ditafsir sebagai DSAI memang tulen dan sah terlibat dengan skandal seks tersebut. Ketua Polis Negara sepatutnya kena lebih berhati hati dan telus.

Link berkaitan kes Video Seks Anwar Ibrahim

Date: Apr 03, 2011

Goldmember

Date: Apr 03, 2011

Anwar adalah pelakon terbaik — Mingguan Malaysia

Date: Apr 03, 2011

Sex video may damage Anwar, Pakatan support, poll finds

Date: Mar 31, 2011

Polis Ampang arah Anwar bantu siasatan

Date: Mar 31, 2011

Anwar dragged into Azmin sedition probe

Date: Mar 31, 2011

Rahim Thamby: ‘Orang politik ini memang kuat bohong’

Date: Mar 31, 2011

Harussani: Saya tak membisu, pernah kecam video seks aib Anwar

Date: Mar 30, 2011

A-G no power to ‘indemnify’ anyone, says Nazri

Date: Mar 30, 2011

Eskay wants Anwar to reveal details of Thailand ‘trips’

Date: Mar 30, 2011

Dakwaan video seks buat Anwar makin kukuh, tulis Wall Street Journal

Date: Mar 29, 2011

Anwar: Hidup mati saya di tangan Allah, bukan Umno-BN

Date: Mar 29, 2011

Sex and ‘moral Malaysia’

Date: Mar 29, 2011

Jangan heret rakyat dengan skandal pemimpin — Utusan Malaysia

Date: Mar 29, 2011

Di mana ketelusan PAS? — Zulkiflee Bakar

Date: Mar 29, 2011

Bukit Aman: Polis tidak siasat Anwar kes video seks

Date: Mar 29, 2011

Police say not probing Anwar in sex video caper

Date: Mar 28, 2011

Terima sahaja cabaran untuk berdebat terbuka itu — Aspan Alias

Date: Mar 26, 2011

Video seks: PKR kecam laporan Utusan dakwa Anwar ‘hilang’ hampir dua jam

Date: Mar 26, 2011

PKR says Utusan’s tweet-tracking malicious

Date: Mar 25, 2011

Police inspect location of sex video recording

Date: Mar 25, 2011

PKR blames Najib, Dr M for sex video

Date: Mar 25, 2011

Eskay wanted revenge on Anwar, says Megat Junid’s ex-bodyguard

Date: Mar 25, 2011

Rahim insists Wan Azizah wanted to see sex video

Date: Mar 25, 2011

FT PKR wants Risda chief Rahim sacked over sex video

Date: Mar 25, 2011

Anwar’s trial reaches mind-boggling phase — Hanipa Maidin

Date: Mar 25, 2011

Of political desperados, dingoes and demons — Martin Jalleh

Date: Mar 25, 2011

Ezam minta kerajaan rampas pasport antarabangsa Anwar

Date: Mar 25, 2011

Video seks bukti Umno guna politik jijik dan jahat, dakwa Anwar

Date: Mar 24, 2011

Jamil Khir: Jakim says pluralism in Anwar’s London speech

Date: Mar 24, 2011

Jakim sahkan ada unsure pluralisme dalam ucapan Anwar in London

Date: Mar 24, 2011

Johari denies asking for bribes, disputes sex video location

Date: Mar 24, 2011

Anwar hits out at Najib over ‘religious persecution’

Date: Mar 24, 2011

PKR man says was asked to make Anwar and wife quit

Date: Mar 24, 2011

PKR claims Najib met ‘Datuk T’

Date: Mar 24, 2011

Kes liwat Anwar: Pembela mahu panggil Najib, Rosmah saksi

Date: Mar 24, 2011

Sodomy II: Defence may call Najib, Rosmah as witnesses

Date: Mar 24, 2011

PAS diminta jadi orang tengah pujuk Anwar tidak aktif berpolitik

Date: Mar 24, 2011

PAS told of ‘surprise’, asked to make Anwar quit politics

Date: Mar 23, 2011

Police begin probe over sex video

Date: Mar 23, 2011

Pakatan says sex video will backfire on Umno

Mengenali Proton Juara, MPV Pertama Malaysia

Hakikatnya Exora bukanlah MPV pertama Malaysia sebab sebelum tu, dah ada satu kereta yang boleh dapat status MPV tu iaitu Proton Juara(lawak la nama dia).Mesti korang terfikirkan?amenda la tetiba aku buat entry pasal kereta Proton Juara ni. Sebenarnya aku kesian dan simpati dengan kereta ni. You know why, boleh dikatakan semua kawan kawan and orang yang aku kenal, bila kereta ni lalu tepi ja. Mesti akan gelak or buat muka pelik macam nampak siput babi ada tangan. Tak da siapa yang nak buat entry pasal dia ni. So aku pun dengan baik hatinya, buat la,haha

Orang kampung aku kadang kadang lagi kurang ajor. Ada pautu panggil kotak kasut la.pastu yang lagi kesiannya, ada yang panggil BABI..ahahaha.Jom kita ushar sejarah kereta ni bersumber dari ofkos la wikipedia kan?itu ja senang cari maklumat walaupun entah betul entah idak.

image

bahasa omputih.translate sendirik la ek. malas aku nak bukak google translate. Dia trasnlate pun tunggang langgang je kadang kadang tak paham langsung

The Proton Juara was a microvan produced by Malaysian carmaker Proton between 2001 and 2003. The design and production of the Juara marked a notable departure from Proton's traditional preference towards saloons andhatchbacks, making the Juara the first van to be manufactured by Proton.

In its marketing campaign, PROTON decided that the JUARA is essentially a Mini-MPV (Multi-Purpose Vehicle) and became the platform in its advertising and promotional campaign.

The van's name was derived from the Malay language, meaning "champion".

It was discontinued in 2003, but six years later, it was succeeded by Proton Exora.

huiyyoo “Champion” tu

The Juara was introduced in 2001 as a rival to Perodua's Kenari and was targeted at young families looking for an urban lifestyle vehicle.

The Juara was based on the Japanese domestic market's "Wide" variant of the Mitsubishi Town Box, which production has now discontinued. Much of the Juara's restyling from the Town Box Wide concentrated primarily around cosmetic changes to the bumpers, grille and interior. This left unchanged the general body design and bumper-based circular taillights of the original Town Box, and mudguards throughout the lower portion of the body and headlights of the Town Box Wide. A raft of optional accessories were offered by Proton to go with the Juara.

Throughout its production, the Juara was given a 1.1 litre EFI engine producing 71 bhp (53 kW) and was only available with an automatic transmission and OVERDRIVE function. It is also the only vehicle in the PROTON stable that hasEPS (Electrical Power Steering)

Proton Juara yang merupakan antara kereta “paling tak laris “ keluaran Proton adalah hasil dari idea Mitsubishi (kereta cam ni pun Malaysia ciplak jugak erk?)iaitu Mitsubishi Town Box

Mitsubishi Town Box.

Mitsubishi Town Box (patut la orang kamoung aku panggil “kotak kasut”

tapi, dalam ramai tak suka tu. Ada jugak orang yang betul betul minat kereta ni. Tak tahu la pulak sama ada dia memang betul ikhlas minat , or terpaksa minat .

siapa yang nak header FREE boleh klik di Header Free Untuk Blogger