Home » , » Pelajar Tingkatan Empat Kelar Bayi Sampai Terburai Perut

Pelajar Tingkatan Empat Kelar Bayi Sampai Terburai Perut

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, October 18, 2011 | 10:23 PM

Astaghfirullah . Tak sanggup rasanya nak tengok gambar bayi kecil dikelar dengan pisau. Kita yang dewasa pun tak tertahan , inikan pulak anak kecil yang langsung tidak mengenal erti sebenar dunia. Betapa kejamnya manusia zaman sekarang. Lebih kejam dari binatang. Sebelum ni , kes kejam Bapa Liwat Anak 23 hari, hari ini, bayi dikelar .

Ikuti cerita dibawah


BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

MAUT...anggota polis membawa mayat bayi perempuan yang dikelar ibunya.

MAUT…anggota polis membawa mayat bayi perempuan yang dikelar ibunya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.

 

Dah tiba masanya untuk pesalah kes sebegini disabitkan dengan sabitan Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kalau setakat penjara 2, 3 tahun, sampai bila bila pun orang tak akan kisah dengan perkara perkara macam ni. Seronok “buat anak”, dah dapat anak, buang .

Kredit gambar : Encik Nakal

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

2 comments

October 19, 2011 at 7:53 AM

mungkin patut rejam? supaya ringan hukuman dia di akhirat dan boleh memberi pengajaran pada orang lain.

October 19, 2011 at 9:30 AM

apa la nak jadi dengan manusia zaman skrg ..

www.anastasyea.com

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)