Home » , , » Wartawan Malaysia Mati Ditembak Di Somalia

Wartawan Malaysia Mati Ditembak Di Somalia

Written By Hafiz Rahman on Saturday, September 03, 2011 | 1:09 AM

Terkejut bila dengar berita tentang seorang wartawan dari Malaysia yang mengikuti misi kemanusiaan di Somalia terkorban selepas ditembak semasa menjalankan tugas di Mogadishum Somalia. . Takziah kepada keluarga Noramfaizul Mohd Nor . Al Fatihah untuk beliau. Semoga rohnya sentiasa berada bersama orang orang beriman dan beramal soleh. Niat beliau sangat murni dengan menyertai misi kemanusiaan walaupun tahu risiko yang bakal ditnggung . Namun ajal terlebih dahulu datang menyambut beliau.  AL FATIHAH!!

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, 41, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia malam ini.

Wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata, kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.

Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu), katanya.

Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.

Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 September ini. - Bernama

NORAMFAIZUL BIN MOHD NOR - Berpengalaman luas dalam misi bantuan kemanusiaan bersama Kelab Putera 1Malaysia. dikenali dengan nama ZUL. Beliau seorang yang berpandangan tajam dan tidak mudah berpuas hati dengan hasil kerjanya. (sumber )

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

2 comments

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (175) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (71) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)