Home » » Tanah Runtuh Di Cameron Highland 7 Ogos 2011

Tanah Runtuh Di Cameron Highland 7 Ogos 2011

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, August 08, 2011 | 12:17 AM

aku baru balik dari berbuka puasa di hotel Emerald Puteri Sungai Petani bersama staff petronas dari seluruh SP. Bila online terbaca berkaitan dengan kejadian tanah runtuh seperti berita asal dibawah :

Lima rumah di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Tanah Rata di sini, ditimbus tanah runtuh dalam kejadian jam 5.45 petang tadi.

Sumber polis mengesahkan setakat ini satu mayat ditemui manakala dua lagi cedera dan kini dirawat di Hospital Hajah Kalsom, Tanah Rata.

Dipercayai lebih ramai mangsa terperangkap berikutan tiga daripada lima rumah berkenaan ditimbus sepenuhnya dan nasib penghuninya belum diketahui.

Pasukan penyelamat kini bertungkus lumus mencari mangsa.

Sekarang ni dah mula masuk musim hujan balik kan? Aku tertarik dengan kejadian ni sebab aku pernah stay di CH selama 9tahun dan kejadian tanah runtuh memang dah jadi kebiasaan di sana. Aku sendiri pernah terkena kejadian ni. Tapi terkena di tengah jalan je la. Tanah runtuh dari bukit runtuh ke tengah jalan dekat dengan BOH Tea . Mesti tau kalau pernah kesana. Alhamdulillah bukan runtuh atas kenderaan aku. kalau tak, sekarang aku memang dah tak wujud dah.

Semoga tak banyak nyawa yang melayang dalam kejadian terbaru ni. Aku dulu pernah ada kawan bangsa asli dari CH. Orang asli ni memang sangat baik. Peramah dan pemurah. Dia akan layan kita baik sangat kalau kita kenal dia. Hopefully mereka mereka yang terlibat dengan kejadian tanah runtuh ni bukan dari mereka yang pernah aku kenal di sekolah dulu. Ada jugak budak budak asli yang satu sekolah dengan aku dulu stay di Sungai Ruil . C. Highland. Ramai gak r yg aku kenal .

Sama sama la kita doakan mereka semua selamat dari bencana alam. Dan kepada yang terkorban. Takziah diucapkan.

 

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)