Home » , » Gambar Dan Perkembangan Terkini Tanah Runtuh Sg Ruil Cameron Highland 7 Ogos 2011

Gambar Dan Perkembangan Terkini Tanah Runtuh Sg Ruil Cameron Highland 7 Ogos 2011

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, August 08, 2011 | 11:29 AM

CAMERON HIGHLANDS, 8 Ogos — Tujuh termasuk empat wanita maut, manakala dua parah dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang, di sini petang semalam.

Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Normadiah Lasik, 69, Ali Hassan, 50; Jaafar, 49; Mohd Ikbal Jaafar, 15; Sara Gunung, 37; Norma Gunung, 51; dan Yusnizan Yusof, 22, manakala yang parah pula ialah Bah Anjang Besar a/l Anjang, 39, dan Serry Priary a/p Suri, 15 tahun.

“Segala operasi mencari dan menyelamat telah dihentikan pada 1.50 pagi.

“Bagaimanapun pihak polis meneruskan bagi menjalankan operasi kawalan di kawasan kejadian,” kata Ketua Polis Cameron Highlands DSP Wan Zahari Wan Busu dipetik laporan Bernama Online hari ini.

Beliau berkata mangsa terakhir ditemui 1.20 pagi tadi.

Kesemua mangsa yang maut dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom untuk bedah siasat manakala yang parah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk rawatan lanjut, katanya.

Wan Zahari berkata berkata kedua-dua mangsa yang cedera itu dilaporkan stabil.

“Sebanyak 248 anggota pelbagai agensi antaranya polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan SMART dan Rela terlibat dalam operasi di kawasan kejadian,” katanya.

Beliau berkata kesemua 60 keluarga yang mendiami rumah di kawasan berisiko sudah dipindahkan ke Dewan Serba guna Brinchang di sini.

Dalam kejadian 5.45 petang itu, banjir lumpur dan tanah runtuh selepas hujan lebat sejak 5 petang, menimbus tiga rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin di perkampungan berbukit berkenaan.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Dewan Serba guna Brinchang pada 4.30 pagi tadi mendapati proses pemindahan kesemua keluarga terbabit masih berjalan di bawah penyelenggaraan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Cameron Highlands.

Pemindahan kesemua keluarga itu, yang dibuat secara pukal, dibantu oleh pengangkutan pihak polis.

Jurucakap JKM memberitahu Bernama mereka akan tinggal di situ sementara menunggu pengesahan status kawasan kediaman mereka di Sungai Ruil selamat untuk diduduki semula.

BERTUNGKUS-LUMUS...pasukan penyelamat mencari mangsa yang terperangkap dalam tanah runtuh, malam tadi.

ANGKAT...mangsa yang berjaya diselamatkan, malam tadi.

 

berita lanjut dari Bernama

 

SUMBER : BERNAMA, MALAYSIANINSIDER,MALAYSIAKINI,HARIANMETRO

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)