Home » » Belasah Isteri Sebab Tak Mau Buat Seks Lepas Sahur

Belasah Isteri Sebab Tak Mau Buat Seks Lepas Sahur

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, August 13, 2011 | 10:50 AM

Kejadah hape punya lelaki la . Baca dulu satgi kita buat ulasan k.

Seorang suami yang kemaruk seks sanggup menumbuk, memijak dan memukul isterinya sebaik mangsa enggan mengadakan hubungan kelamin selepas pasangan berkenaan bersahur di rumah mereka di Bandar Sri Damansara, di sini kelmarin.

Tidak cukup membelasah isterinya yang berusia 18 tahun, suami berkenaan turut mengugut mahu membunuhnya dengan pisau pemotong daging kerana kehendaknya untuk melakukan hubungan seks tidak ditunaikan.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 pagi turut menyebabkan mangsa yang bekerja sebagai kerani cedera di kaki kanan selain lebam di muka serta seluruh badan.

Wanita terbabit yang mahu dikenali sebagai Linda berkata, disebabkan sudah hampir tamat waktu Imsak , dia menolak pelawaan suaminya dengan sopan namun suaminya tetap memaksa.

Katanya, akibat dipaksa dia menolak pelawaan suami dengan mengatakan jika dia bersetuju dengan pelawaannya, dia akan membatalkan puasa dan tidak akan menghalalkan tindakannya itu.

haa kita buat ulasan sikit cerita ni. Apekeharamjadah la punya suami . Gila seks pun agak agak la nak buat lepas sahur . Dah sah sah la lepas sahur tu dah habis sahur so dah masuk waktu puasa. Memeyy la tak boleh buat seks. Kejadah hapa bini tak bagi main kau nak main pukulsepakterajang. Adoi ini macam punya olang pun masih wujud ka kat dunia ni?Ingat zaman jahiliyah dulu je ada. Ni mesti saki baki zaman jahiliyah dulu punya  ni tersesat ke zaman saiber ni. Kasi hentam sama dia punya kepala kasi mampos la lagi baik. (Aicehh pesal gua pulak yang angin lebih. haha). kesimpulannya hormatilah bulan puasa kalau tak nak kena maki cam ni. Sekian khidmat pesanan masyarakat dari blog ni.

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

1 comment

August 13, 2011 at 12:48 PM

manusia yg berhati SEKS! menakotkan :(( isteri die bole buat mcm tuh.. nauzubillah..~

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)