Home » , , , » Kenangan Berpuasa Masa Kecik Aku Yang 18SG

Kenangan Berpuasa Masa Kecik Aku Yang 18SG

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, August 13, 2011 | 12:25 PM

Sempena hari sabtu yang mulia ni (bukan jumaat je mulia . hari hari mulia) aku nak mengenang balik kisah kisah lama aku time kecik kecik dulu. Sekarang pun kecik lagi cuma dulu comel . demm muntah . 21 kecik g kan?Hari hari buat entry SEO sekali sekala nak jugak manjakan blog aku dan tangan aku menaip banyak sikit.

Dulu dulu masa kecik bulan ramadhan adalah bulan yang paling aku tak mau tunggu. Tapi bulan raya adalah paling nak tunggu. Kalau boleh nak skip sebulan dalam kalendar suruh orang yang buat kalendar tu skip bulan puasa bagi tak wujud. Apasal la aku jahil gila time tu aku pun tak tau.watdepak?(ehh bulan posa takleh carut2)

Yala standard la budak budak tak suka posa kan?Posa kan lapar. Aku ni pulak kalau dah lapar jenis nak jadi King Kong .Dulu masa aku sekolah sekolah rendah kan , aku selalu buat benda ni . Gua harap mak gua tak baca entry ni. Kalau tak dia mesti kecewa beranakkan aku. Sorry mak. ahaha. Ini entry kenangan aku berpuasa. or ekceli kenangan tak berpuasa aku rasa.haha

1 : Masuk dalam bilik air pastu minum air paip

aku pun tak tau sebab apa aku boleh dengan penuh selera mentekedarah air paip macam hirup sebotol Twister Oren. Ekceli bukan dalam washroom tapi dalam jamban. Bila diingatkan balik. Sanggup aku minum guna paip yang orang guna basuh berak. Demm33x patut la otak aku tak cerdas bila dah besar ni. Rupa rupanya sebab tu. (18SG sebab penuh dengan aksi meloyakan..yarkss)

aku bukan duduk dalam baldi macam tu weh

2 : beli air kotak kat kedai senyap senyap pastu korban beramai2

Kedai kat kampung aku ni dia kira nak untung ja. Bukan dia kisah pun budak budak nak beli air kotak. So peluang keemasan tu digunakanlah oleh aku and member2 aku yang sekepala setan dengan aku untuk melampiaskan nafsu kebuluran kami. Duit lebih mak bagi sekolah beli air kotak sekotak simpan dalam beg. Aku ingat lagi ,aku selalu beli Marigold Oren. Masa tu dalam 8posen ja kot. Sumpah enak rasanya tambah2 bulan puasa lagi.perhh~ Pastu balik rumah tak minum lagi. Lepas aku dah sebat air paip yang aku cita tadi. Aku keluar ke tempat lepak kami iaitu tali air di tepi sawah kat rumah aku. Sebat air kotak ramai ramai. Arhh jahat betul wat jahat beramai ramai. Kenapa la time tu tak ada orang tua yang nampak dan libas aku dengan kayu . Kalau tak mesti aku dah insaf dari kecik kecik g. Bukan salah aku tapi salah orang orang tua yang tak nampak aku buat jahat.haha

ni la air kotak yang aku rembat tu

3. Masuk dapur senyap senyap time mak tak ada.

Selalunya lebihan sahur mak aku tak basuh g dan memang hari hari ada nasik nasik lebih masa sahur. Bila mak aku keluar sembang ke, keluar ke kedai ke. Aku pun mulakanla mission aku melantak sekenyang kenyangnya sebelum buat muka inesen macam puasa. Memang kenyang gak r. Untuk menghapuskan bukti bukti di tempat kejadian. Aku basuh la semua tu . Acece bajet anak mithali la tolong mak basuh pinggan semua. Padahal dah tibai habis makanan tu.ahaha.kejadah hapa perangai lagutu (kalau mak nampak memang aksi paip berterbangan ke tengah belakang akan berlaku)

4. Buat buat gastrik sebab nak bukak puasa

Sebenarnya masa kecik kecik dulu mana tau perkataan gastrik tapi sebab nak bagi aku punya entry nampak modern sikit so guna gestrit ni. Dulu dulu buat2 sakit perut adalah perkara biasa dan normal dibuat oleh seorang kanak kanak cerdik pandai macam aku. Alasan untuk berbuka puasa la tu. Padahal bukan sakit perut tapi pandai je berlakon. Kemain berlakon pegang pegang perut macam sakit. Dan yang sronoknya , menjadi jugak lakonan tu bila mak cakap “p la bukak”. Aku rasa tu la ayat paling heaven dibulan puasa.haha. So pengajarannya kepada ibu dan bapak zaman sekarang, sila jangan percaya dengan tipu helah anak anda tu ok. ahaha padan muka kau budak budak zaman sekarang. Aku budak zaman dulu dulu tak pe.

TAPI ITU DULU!!sekarang aku dah baik dah. Dah jadi anak yang baik dan dah tak buat2 sakit perut lagi. Puasa dah penuh dah. Mana ada tinggal weh. Umur dah 21 tahun dah wajib puasa penuh kalau tak macammana aku nak kawin kan?Huii ada hati dah nak kawin. Sekian entry merapu dari aku .

**apa pulak pengalaman korang semua masa bulan puasa  nie?cer kongsi cer kongsi!!

ENTRY SEBELUM NI : Belasah Isteri Sebab Tak Mau Buat Seks Lepas Sahur

 

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)