Home » Sikap Keras Kepala Justin Bieber Jejaskan Konsert Di Malaysia

Sikap Keras Kepala Justin Bieber Jejaskan Konsert Di Malaysia

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, April 22, 2011 | 5:41 PM

Sikap Besar Kepala Justin Bieber Menyusahkan!

KUALA LUMPUR, 22 APRIL 2011: Demam penyanyi remaja popular, Justin Bieber telah pun berakhir malam tadi menerusi konsertnya yang julung kali diadakan di Malaysia iaitu Justin Bieber My World Tour.

Tidak dinafikan fenomena Justin Bieber sememangnya luar biasa. Bayangkan tiket sebanyak 15,000 ribu telah habis dijual dalam sekelip mata. Bahkan, peminat Justin Bieber sanggup tiba seawal 3.30 petang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur semata-mata untuk menyaksikan konsertnya yang dijadualkan berlangsung kira-kira jam 8.30 malam.

Jalan yang sesak sepanjang sekitar Stadium Merdeka, usah diperkatakan lagi serta disulami hujan lebat sementara menanti konsert bermula.

Meskipun ada yang merayu untuk memasuki stadium lebih awal daripada waktu yang dijadualkan jam 7 malam, namun ra-rata mereka kehampaan kerana pintu hanya dibuka mengikut waktu yang telah ditetapkan. (Maghrib terbang la?)

Tepat jam 8 malam, kemunculan Mizz Nina, membawakan tiga buah lagu yang mana antaranya adalah What You Waiting For telah meredakan sedikit kegelisahan peminat Bieber yang telah sekian lama menantikan kehadirannya.

Usai selepas Mizz Nina habis menyanyi, mereka kembali menjerit-jerit memanggil anak didik Usher itu supaya tampil segera ke pentas. Tetapi, Justin Bieber lebih selesa membuatkan peminatnya gelisah menanti kerana dia hanya akan muncul tepat jam 9 malam.

Memasuki 10 minit lagi sebelum jam 9 malam, sementara menanti detik permulaan, tiba-tiba suasana sekitar pentas sedikit tegang. Semuanya berlaku disebabkan petugas media yang terdiri daripada jurukamera dan jurugambar tidak dibenarkan menangkap gambar si comel tersebut.

Situasi itu menyebabkan petugas media dan pihak pengurusannya bertekak kerana mengikut prosedur yang telah ditetapkan sebelum ini, pihak media telah dibenarkan untuk merakamkan gambar dan visual untuk tiga buah lagu awal dendangannya saja.

Difahamkan arahan tersebut dikeluarkan sendiri oleh Justin Bieber yang comel itu kerana kononnya dia telah kecil hati dengan pihak media tempatan yang telah pun menangkap gambar sewaktu ketibaannya bersama buah hatinya, Selene Gomez di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang semalam.(hekeleh!!dia marah kes gambar INI)

Remaja kelahiran Kanada ini, dikatakan berang kerana gambarnya bersama kekasih hati dirakamkan menerusi lensa jurukamera.

Di sebabkan itu, penyanyi berusia 17 tahun ini mengambil keputusan untuk tidak membenarkan mana-mana petugas media cetak atau elektronik mengambil gambar dan visual konsertnya. (suka hati je ka?wehh orang bayar kau la!!bukan kau bayar orang )

Malah, dia juga mengugut untuk tidak memulakan konsert selagi petugas media ada berdekatan pentas dan berhasrat untuk merakamkan aksinya. Sikap Bieber yang dilihat kurang professional, besar kepala atau kekwat itu sememangnya menyusahkan pihak media yang bertugas. (lagi bagus kalau tak mula langsung . suruh penonton g semayang Isyak dulu ramai2)

Sementara itu, jika mahu diulas mengenai konsertnya, apa yang boleh dikatakan tidaklah sehebat mana pun. Mungkin, dia mampu menyanyi namun dia kelihatan agak kaku apabial beraksi di atas pentas. Hanya tahu nyanyi dan nyanyi dan nyanyi!. Tiada langsung komunikasi antara dua hala bersama peminat. (sokong)

Jika ada pun, berulang kali yang Bieber hanya tahu sebut, ada ramai gadis cantik hari ini. Setiap kali diulang, setiap kali itulah peminat wanita atau pun mungkin ada juga peminat lelakinya yang akan menjerit. (peminat lelaki???erkk~)

Penyanyi ini juga lebih banyak berinteraksi bersama peminat menerusi rakaman visual percakapannya yang dipasang di skrin besar. (rakam je?tak ada idea la tuu..haha)

Dari segi vokal usah dipertikaikan sangat kerana rasanya semua sudah sedia maklum bahawa suara lelaki berusia 17 tahun itu yang boleh dikategorikan sekadar bolehlah menyanyi. (agak agak suara dia dengan Mawi mana lagi sedap?haha)

Memulakan persembahan menerusi lagu Love Me, si cilik berusia 17 tahun, membuatkan peminatnya histeria. Belum lagi ketika dia membuat reaksi wajah comelnya di pentas yang dapat disaksikan menerusi skrin besar oleh peminatnya.

Itu lagilah membuatkan peminatnya kehabisan suara akibat menjerit. Meneruskan nyanyian dengan lagu Bigger dan You Smile, aksi tarian Bieber juga dilihat biasa-biasa sahaja. (kenapa tak panggil Usop Wilcha bekas penari kebudayaan je jadi penari latar?haha)

Tetapi bagi peminat fanatiknya, sememangnya apa sahaja yang dilakukannya terbaik bahkan sewaktu Bieber membuka jaketnya kerana kepanasan turut mengundang jeritan. (Faizal tahir buka baju , kena ban terus..haha)

Mendendangkan lebih 10 buah lagu antaranya One Less Lonely, Somebody To Love dan Never Say Never, apa yang boleh dikatakan sepanjang lebih sejam menyaksikan konsert si comel kegilaan ramai ini tidak dapat dirasai klimaksnya.

Jika ada pun mungkin sewaktu dia membuat kejutan dengan menjemput penyanyi Good Charlotte, Joel Maiden mendendangkan lagu Want Be Love. (baru tengok dalam Youtube tadi)

Menutup tirai konsert anjuran Tune Talk ini, Bieber tampil menyanyikan lagu popularnya Baby buat peminatnya. Jika dihitung konsert semalam, mungkin konsert Bieber hanya sekadar cukuplah sekali untuk disaksikan!.

 

Gambar gambar Justin Bibir dan Selena Gemas yang membuatkan dia “ngada ngada” boleh tengok di SINI

 

dari aku :

aduhh banyak songeh pulak budak bibir ni kan?baru budak budak dah demand lebih.Dah besar nanti lagi teruk hape? Dah tak nak orang tangkap gambar sangat, pergi la pakai purdah ke, duduk dalam kotak suruh orang angkat ke,.hekelehh. kecoh laa..Yang ko gatal nak bawak awek ko sekali tu watpe dah tak nak org tangkap gambar. Suruh je la awek ko masuk dalam baju ko lagi senang. Kate Midleton nak kahwin pun tak kepoh kepoh dengan wartawan and photographer macam nie. Watdehel??haha

 

dicopy 100% dari Murai.com

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

2 comments

April 22, 2011 at 6:38 PM

dye kene bawak awek dye tuh .

nak buad romen dlm bilik . wakakka

April 23, 2011 at 8:09 PM

tak suka justin bieber sejak dia wt konsert kat israel - -'

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)