Home » » 30 Jam Tanpa Tidur Yang Menyeksakan Hidup Aku

30 Jam Tanpa Tidur Yang Menyeksakan Hidup Aku

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, April 07, 2011 | 8:29 AM

Elehh belajar la sangat kan? ini bukan entry nak ‘buat teruk’ kata orang Kedah. Tapi kenyataan tentang situasi yang aku sedang hadapi sekarang di mana memang tak cukup rehat, tak cukup tidor dek kerana semangatnya aku nak belajar (muntah)

Sepanjang 3imagetahun , 6 semester aku di UiTM Kedah, assignment ETR atau enterpreneurship (betul tah aku ngeja?ahh bior ler asal sebut bunyi sudah) adalah beban paling berat bagi aku . mau taknya, semalm aku dah mencipta rekod diri sendiri dengan tak tidor selama 30 jam berturut turut (tolak 15minit aku terllelap tapi itu kira halal la ek) . Memang habes struggle la semalam nak menyiapkan paperwork yang panjang berjela jela dengan nak calculate sale , nak buat forecasted sale apa semua. Adehhh bala3x..semua ni bala. Semak kepala hotak.

Cita semalam memang penat tahap nak mampos dah gua cakap. Aku start bangun pukul 9pagi macam tu, then hari tu pergi kelas, buat kerja semua la. Then malamnya, aku boleh stay up buat paperwork nie (plus bukak 1 tab facebook untuk hilangkan ngantuk) sampai pukul 5pagi. then terlelap 15-20 minit camtu dengan pakai jeans dan baju berkolar. Perhhh memang gua tidor pun hensem beb. Tidor pakai jeans tu plus tshirt kolar. Sikit lagi nak pakai kasut hitam. Then pukul 6 aku bangun, balik rumah sebab ada hal urgent sikit. (sejuk nak mampos pagi pagi. Dasar aku selalu memang bangun tengahari) . Rushing balik rumah . pastu 7.30 aku bertolak balik ke UiTM . Ada kelas plak pukul 8. But aku sampai 8 setengah dalam kelas sebab kalut sangat.

Habis kelas pukul 10 pagi, lepas ja makan. mata aku dah macam nak tersembul keluar ni sebab ngantuk tahap gaban. kalau boleh nak je aku pinjam garfu Kassim Selamat kasi masuk balik mata bagi tak mengantuk. Kul 10stgh, mengadap Library sampai pukul 3 cam tu. Balik terus aku pengsan 2 jam. Pukul 5 petang bangun. Pergi Penang pulak. perhhh memang gila babeng la penat jangn cakap la dengan tidor tak cukup.. Balik dari Penang pukul 8, sampai sekarang la aku belum tidor., Sambung buat lagi paperwork nie.Sampai pukul berapa pulak aku tak tahu la.Tapi mata ni dah berat macam sangkut batu kat mata je ni. Rasa macam nak pengsan dah nie. DAMN!!esok ada quiz..satu hapak aku tak baca lagi. MAMPOS esok!! Dan sekarang , aku dah mula rasa simptom nak demam. Dah selsema,air hidung asyik nak terjun keluar ja dari hidung aku yang mancung nie, batuk sikit. Badan kejap panas , kejap sejuk.Then rasa ngilu kat gigi.  Mintak simpang la jangan demam. tak suka!!

so calculationnya. Aku bangun kul 9pagi. Aku tidor 3petang keesokannya. 9pagi –9pagi =24 jam. tambah lagi 6 jam ..tak 30jam tu?dah la pukul 3 tu aku tidor 2jam ja. Tak sempat lagi nak qada tidor nampaknya. Tunggu la habis exam nie. Aku nak tidor ja. Makan , mandi semua kat tempat tidor. balas dendam!!

Nota tapak kaki : tapi kan. dalam dok berbizi bizian tu pun, aku still boleh buat 2 entry dalam blog. Macam mana cerita tu?Bila tah aku buat. And satu lagi, aku pun tak tahu kenapa aku letak gambor jam tu.~~

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

2 comments

April 7, 2011 at 10:34 AM

isk3,,alhamdulillah anak mak dah berubah!!haha

April 7, 2011 at 1:14 PM

@Cik Suraya ciskekkkk

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)