Home » , , » Warna Mewakili Tarikh Lahir Anda dan Personaliti...Semak Warna Anda Disini

Warna Mewakili Tarikh Lahir Anda dan Personaliti...Semak Warna Anda Disini

Written By Hafiz Rahman on Monday, October 25, 2010 | 9:38 AM

Warna mewakili hari lahir 


Sebenarnya banyak rahsia boleh diungkapkan hanya dengan mengetahui tarikh lahir 
seseorang itu. Ha..kali ini selidik personaliti seseorang itu berdasarkan warna yang 
mewakili tarikh lahir. Malah sikap diri sendiripun boleh kamu kenali dengan mudahkan?
Jadi, sekiranya tarikh lahir kamu jatuh pada 24hb Februari, bermakna kamu mewakili 
warna Kuning. Setelah kenal pasti warna kamu, bolehlah melihat keperibadian diri 
kamu menerusi warna tersebut. 


23 Disember hingga 1 Januari - Merah 
02 hingga 11hb Januari         - Oren 
12 hingga 24hb Januari         - Kuning 
25 Januari hingga 3hb Februari       - Merah jambu 
4 hingga 8hb Februari           - Biru 
9 hingga 18hb Februari         - Hijau 
19 hingga 28hb Februari - Perang 
1 hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan) 
11 hingga 20hb Mac - Lime 
21hb Mac - Hitam 
22 hingga 31hb Mac - Ungu 
1 hingga 10hb April - Biru 
11 hingga 20hb April - Perak 
21 hingga 30hb April - Putih 
2 hingga 14hb Mei - Biru 
15 hingga 24hb Mei - Emas 
25 hingga 3hb Jun - Krim 
4 hingga 13hb Jun - Kelabu 
14 hingga 23hb Jun - Maroon 
24hb Jun - Kelabu 
25 Jun hingga 4hb Julai - Merah 
5 hingga 14hb Julai - Oren 
15 hingga 25hb Julai - Kuning 
26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu 
5 hingga 13hb Ogos - Biru 
14 hingga 23hb Ogos - Hijau 
24hb Ogos 2hb September - Perang 
3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan) 
13 hingga 22hb September - Lime 
23hb September - Olive 
24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu 
4 hingga 13 Oktober - Biru 
14 hingga 23hb Oktober - Perak 
24hb Oktober hingga 11hb November - Putih 
12 hingga 21hb November - Emas 
22hb November hingga 1hb Disember - Krim 
2 hingga 11hb Disember - Kelabu 
12 hingga 21hb Disember - Maroon 
22hb Disember - Teal Merah 





Aqua (Biru kehijauan) 
Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara 
tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuatkan 
kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk 
meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. 
Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada 
orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, 
tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri! 


Biru
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih 
sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah 
kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga 
cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu 
hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. 
Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. 
Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan 
benar-benar menyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan
hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas. 


Biru laut
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala galanya. Bagi kamu, 
jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang 
berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga 
berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati hati dengan sikap pemarah kamu 
tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. 
Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan
si dia. Mana taknya, ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun 
ada melakukan kesilapan!


Emas
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. 
Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak 
suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu 
sukar berjumpa dengan orang benar benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya 
pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh 
cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama. 


Hijau
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan 
orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu 
namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata 
kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh 
kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa 
dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya! 


Hitam
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa 
saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan 
pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup 
kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. 
Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan 
perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit! 


Kelabu 
Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan 
aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu 
pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang 
tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya.
Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai 
menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu. 


Kuning
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh 
orang orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai 
dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta. Kembang semangkuk hidung 
bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan 
yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni 
jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal hal yang romantik bersama 
si dia. Alahai! 


Krim 
Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi 
dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka 
mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut
akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu 
seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan 
setia pada janji. Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan 
hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang 
yang benar benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk 
melafazkan sayang! 


Lime
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak 
tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh 
dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! 
Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai 
menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu 
yek? Perak ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah 
kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapun 
kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga namun sikap kamu 
yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan. Bukan apa, 
kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari 
segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk menduga 
keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan 
tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu 
hari nanti. 


Maroon
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak 
dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan 
sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan 
atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, 
kamu cukup sabar dan tidak terburu buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga 
terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan! 


Merah
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel 
dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa 
ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang
diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya 
rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.


Merah Jambu
Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga 
yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang 
orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan 
sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain. Dari segi percintaan kamu 
mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata. 


Olive (Warna buah Zaiton)
Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka 
menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga bijak 
menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi 'favourite' 
di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. 
Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, 
kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal! 


Oren
Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap 
perbuatan yang kamu lakukan. Bagulah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah 
tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini 
membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup 
yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. 
Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk 
mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan 
percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu 
amat penting! 


Perak
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut 
berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapun kamu 
sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga namun sikap kamu yang 
suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan. Bukan apa, kamu 
suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi 
perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan 
hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu 
stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.


Perang
Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang 
dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa 
menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk 
didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam 
soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak 
berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? 
Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. 
Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti? 


Putih
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk 
mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap 
kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau 
bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak
bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek 
kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi 
kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya! 


Teal (warna kayu)
Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan, terlalu 
menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering 
melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka 
sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, 
kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga 
suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, 
sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punya ramai teman.


Ungu 
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati 
diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak 
pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara 
yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan 
kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang 
paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, 
kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punya kedudukan dan agak stabil 
kewangan mereka. 

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

7 comments

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (175) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (71) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)