Home » , , » Rahsia Disebalik Jari Anda

Rahsia Disebalik Jari Anda

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, August 25, 2010 | 3:19 PM

Renungan buat semua sahabat


LIMA JARI MENYIMPAN RAHSIA


Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda
yang lima. 


Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam 
ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ..."Allahu Akbar" 
sekuat-kuatnya.Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. 


Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. 
Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.


Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada 
jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan
bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah
insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula 
daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya".
Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa
hadapan.


Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. 
Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. 
Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, 
bangga tak terkira.Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini 
sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan 
taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. 
Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil.
Bersediakah anda??


Naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.
 Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat
umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan
ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti 
berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang 
menggoda.Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan 
seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk 
ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.


Jari telunjuk. 
Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. 
Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, 
menjadi contoh dan tauladan.Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil 
sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas 
dan minda yang hebat.


Akhir sekali, renung ibu jari. 
Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang 
membanggakan.Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. 
Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan 
lancar. Buat generasi muda,rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. 
Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" 
sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.


Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. 
Dimanakah anda sekarang???

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

2 comments

August 25, 2010 at 5:05 PM

Allah maha bijaksana.
=)

August 27, 2010 at 11:05 AM

@Wawa Zolkepli Allah Akbar

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)