Home » » Janet Jackson Peluk Islam – Bakal Kahwini Billionair Arab

Janet Jackson Peluk Islam – Bakal Kahwini Billionair Arab

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, October 05, 2012 | 11:17 PM

Penyanyi pop, Janet Jackson dikatakan sudah memeluk agama Islam dan bertunang dengan seorang jutawan Doha, Wassam Al Mana.

Dipetik daripada laman Siasat, Janet dan tunangnya dilaporkan sedang membuat persiapan untuk majlis perkahwinan mereka yang akan diadakan di Doha, Qatar pada tahun hadapan.

Pasangan ini turut dikatakan akan diijabkabulkan mengikut cara Islam.

Menurut penulis terkemuka Turki, Adnan Oktar memberitahu bahawa penyanyi berusia 46 tahun itu sudah memeluk Islam sama seperti mendiang abangnya, Michael Jackson.

Namun Janet mengambil keputusan untuk tidak mahu mendedahkan dirinya sudah memeluk Islam daripada peminat-peminatnya.

Menurut satu sumber, majlis perkahwinan antara Janet dan Wissam bakal menjadi majlis paling terbesar dan termewah dalam sejarah.

Satu sumber yang memberitahu sebuah majalah antarabangsa bahawa pada mulanya pasangan ini merancang untuk berkahwin pada hujung tahun depan, namun tarikh masih belum diketahui.

Tambah sumber itu, pasangan itu turut dilaporkan membelanjakan AS$3 juta (RM9 juta) untuk menerbangkan tetamu dari seluruh dunia, dan Wissam dikatakan mahu menghadiahkan setiap tetamunya dengan seutas jam tangan Rolex berharga AS$10 ribu (RM30 ribu) sebagai tanda terima kasih.

"Wissam akan berbelanja besar untuk mengahwini Janet. Ia akan menajadi majlis terbesar pada abad ini."

Pasangan ini mula bertemu pada Disember 2009, selepas Janet mengadakan konsert khas di negara Asia Barat.

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

1 comment

October 6, 2012 at 11:41 AM

Betul ke ni. Kalau betul tahniah dan selamat menjadi ahli baru sebagai saudara se-islam.

Wedding dia grand betul nak hadiah rolex.. Jemputlah saya!! Hahaha

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)