Home » , » Tahniah! Yuna Tercalon Dalam MTV European Music Awards (EMA) 2012

Tahniah! Yuna Tercalon Dalam MTV European Music Awards (EMA) 2012

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, September 23, 2012 | 10:46 PM

Selepas kejayaan Shila Amzah mencipta sejarah sebagai pemenang di Asia Wave yang diadakan di China baru baru ini, kini seorang lagi artis tanah air yang sedang menempa nama di Amerika, iaitu Yuna telah terpilih sebagai calon untuk bertanding dalam anugerah berprestij dunia iaitu MTV European Music Awards (EMA) 2012.

Pemilik nama sebenar Yunalis Zarai ini akan bertanding dalam kategori 'Best Asian Act' bersama empat calon terkenal yang lain iaitu Exile, Han Geng, Jolin Tsai dan Super Junior.

Pemenang kategori ini akan mewakili Asia dalam kategori 'Worldwide Act'.

Para peminat boleh mengundi secara talian di mtvema.com/vote sehingga 14 Oktober 2012.

Sebelum ini Yuna pernah dicalonkan dalam Nickelodeon Kids' Choice Awards ke-25 dalam kategori 'Favorite Asian Act'.

Penyanyi yang popular dengan lagu "Terukir Di Bintang" kini sedang rancak mengadakan persembahan di luar negara dan baru sahaja meriliskan album terbarunya berjudul "Yuna".

MTV EMA 2012 bakal ditayangkan secara langsung dari Festhalle, Frankfurt, Jerman pada 11 November 2012.

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)