Home » , » Nurul Syuhada Nurul Ain Letak Jawatan Di TV3 ?

Nurul Syuhada Nurul Ain Letak Jawatan Di TV3 ?

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, September 06, 2012 | 5:36 PM



Ekoran kecaman yang diterima apabila "tersilap cakap" semasa mengendalikan progra televisyen, pengacara terkenal Nurul Syuhada Nurul Ain kini dikatakan meletak jawatan dari Media Prima. Desas desus perletakan jawatan beliau mula tersebar sejak pagi tadi setelah ada beberapa individu dan sumber yang menyampaikan. 

Namun begitu masih tidak dapat dipastikan sama ada perkara ini berkaitan dengan isu ‘daif’ yang pernah timbul sebelum ini atau sebaliknya.

“Tidak dapat dipastikan sama ada perletakan jawatan itu ada hubung kait dengan krtikan beberapa pihak atas kenyataan Bintulu daif yang dibuatnya baru-baru ini atau sebab mendapat tawaran kerja yang lain,” kata sumber berkenaan.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan meminta Nurul membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataannya semasa satu program secara lintas langsung stesen itu yang menyatakan Bintulu sebagai sebuah kawasan daif.

Berikutan itu, Nurul menerima kecaman yang agak hebat. Namun begitu pengacara tersebut bersikap profesional dan matang dengan mengakui kesilapan tersebut dan memohon maaf dengan segera. Pihak pengurusan TV3 juga turut mengambil langkah yang sama dan pernah menyiarkan permohonan maaf itu melalui saluran berita kendalian TV3, Buletin Utama.

Permohonan maaf Nurul itu kemudiannya diterima semua pihak termasuk masyarakat Sarawak sebagai satu kesilapan yang tidak disengajakan.


Sumber: MyNewsHub

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

1 comment

September 7, 2012 at 8:25 AM

wahh,isu hangat ni, kena tulis kat blog.. haha

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)