Home » » Konsert "Tentang Bahtera" NOAH di KL Live 16 September 2012

Konsert "Tentang Bahtera" NOAH di KL Live 16 September 2012

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, September 09, 2012 | 11:27 PM

7 Sept - Semenjak penubuhan Peter Pan pada tahun 2000 dan bermulanya fenomena lagu-lagu kumpulan ini di Malaysia, kebanyakan remaja di Malaysia boleh dikatakan membesar dengan lagu-lagu mereka juga.

Lagu-lagu seperti 'Mungkin Nanti', 'Bintang Di Surga', 'Menghapus Jejakmu', dan juga 'Ada Apa Dengan Dia' bukanlah lagu yang asing lagi dari mulut kita. Jika ke pusat karaoke pun, pasti lagu-lagu ini akan menjadi lagu-lagu wajib dinyanyikan. Sedar tidak sedar, sudah hampir 12 tahun kumpulan Peter Pan bertapak di dunia seni.

Namun, tahun 2010 menjadi tahun yang sedikit malang bagi vokalis Peter Pan, Ariel apabila dia didapati bersalah menyebarkan 2 video lucah yang menyebabkan penyanyi kegilaan ramai ini dihukum penjara 2 tahun.

Selepas selesai menjalani hukuman dan dibebaskan pada bulan Julai 2012, Ariel telah tampil dengan single terbaru yang ditulis ketika menjalani hukuman. Namun apa yang lebih menarik, Ariel dan kumpulannya telah membubarkan Peter Pan dan kembali dengan nama baru, Noah.

Berita baik buat para peminat, Kumpulan Noah akan turun ke Malaysia pada 16 September ini sempena Hari Malaysia bertempat di KL Live, Kuala Lumpur.

Anda boleh dapatkan tiket konsert "Tentang Bahtera" yang dianjurkan Livescape melalui Ticketpro dengan harga bermula dari RM55 (pra jualan), RM75 dan RM130 (termasuk makanan dan minuman).

Konsert ini bakal menggabungkan artis dari Indonesia dan juga Malaysia sebagai satu lagi kejutan terhadap peminat tempatan. Antara artis yang bakal memeriahkan konsert "Tentang Bahtera" termasuklah , 6ixth Sense, The Malayan dan juga trio, Gamaliel Audrey Cantika (GAC).

yahoo news

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)