Mungkin kebiasaan bagi kita , apabila menjelang Aidilfitri setiap tahun, syarikat syarikat ternama di malaysia akan mengeluarkan iklan raya masing masing untuk tatapan umum. Dan iklan paling ditunggu tunggu mungkin iklan dari syarikat Petroleum nasional Malaysia , Petronas yang saban tahun mengeluarkan iklan hari raya yang ternyata menyentuh hati dan memberi seribu makna menyambut syawal.
CEPAT!! LEBIH RM 5000 WANG TUNAI UNTUK DIREBUT
Tidak seperti tahun tahun sebelum ini, Petronas membawakan kelainan pada tahun 2012 dengan menghasilkan sebuah filem pendek berdurasi 14minit 30 saat.Filem pendek tersebut menampilkan pelakon utama, Redza Minhat yang memegang watak Erman dan seorang kanak-kanak warga tempatan (Uzbekistan), Jeyhun.
Erman adalah seorang jurutera yang ditugaskan di Uzbekistan. Selama berada di negara tersebut, beliau mula membantu kanak kanak di kampung berdekatan dan menjadi rapat dengan seorang budak lelaki bernama Jeyhun. Jom saksikan filem pendek yang sangat memberi makna mendalam ini. Berjudul ‘Stranger’, ia merupakan antara filem pendek hasil karya Quek Shio Chuan yang mendapat kerjasama dari syarikat pengiklanan terkemuka dunia, Leo Burnett.
No comments:
Post a Comment
Kindly Leave Your Comment Here..=)