KUALA LUMPUR: “Perkara ini kuasa Tuhan. Buat masa ini, masing-masing belum ada respons. Saya tak boleh cakap apa yang bakal berlaku pada masa depan,” kata Memey Suhaiza ketika diaju persoalan jika bekas isteri suaminya, Abby Abadi kembali semula ke pangkuan Norman Hakim.
“Anak juga terbuka mengenai soal itu dan bertanya bila mama (Abby) hendak berkahwin semula dengan papa mereka,” katanya yang menyerahkan kepada ketentuan takdir jika Abby dengan Norman rujuk semula selepas bercerai pada 18 Disember 2008.
Hubungan Memey dan Abby kembali jernih selepas mereka meluangkan masa berbuka puasa bersama pada 1 Ogos lalu. (entry lalu : Sudah Berdamai , Abby Abadi Berbuka Bersama Memey ,Norman Hakim dan Anak-Anak)
Memey berkata, apa yang berlaku tidak dirancang dan dengan mengambil keberkatan Ramadan, mereka berbaik semula demi masa depan anak.
“Selepas menanti empat tahun, akhirnya kami berbaik semula. Mulanya, saya dengan abang (Norman) datang mengambil anak di rumah kak Abby dan pada masa itu saya mengambil kesempatan bersalam dengannya. Selepas bersalam, dia terus peluk saya.
**Pendapat admin, mungkin ada kebaikannya mereka berbaik, mungkin mereka berdua memang ditakdirkan untuk berkongsi kasih sayang dengan seorang lelaki yang sama. Kuasa Tuhan tak siapa dapat melawan. Jika jodoh Abby masih bersama Norman, tiada siapa dapat menghalang dan melawan. Cuma penerimaan kedua dua mereka sahaja dan pengorbanan untuk berkongsi kasih dengan seorang lelaki saja yang penting untuk kebahagiaan masing masing. Kita doakan yang terbaik untuk mereka.
No comments:
Post a Comment
Kindly Leave Your Comment Here..=)