Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu, Shila Amzah yang telah melakukan satu perubahan dan penghijrahan yang terbaik dalam hidup beliau sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.
Shila mula mengenakan tudung bermula awal ramadhan lalu dan sesekali membuangnya ketika ada sesi penggambaran atau persembahan. Tetapi beliau merasakan ada sesuatu yang kurang semasa membuang tudungnya.
“Pada hari Sabtu lepas, saya ada terlibat dengan penggambaran program Nona bersama Neelofa dan Farah Fauzana tetapi ketika sampai di tempat penggambaran, saya membuka tudung.
“Pada saat itu, saya mula merasakan ada sesuatu yang kurang dan saya merasa tidak selesa apabila mengenakan tudung hanya sekadar suka-suka sahaja.
“Pada sebelah petang pula, Sharnaaz mengajak saya untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya.
“Selepas bersiap, saya terus mencapai tudung dan pakai,” katanya sambil menambah, “bermula pada saat itu, saya telah berazam untuk kekal bertudung sampai bila-bila.”
Beliau berkata keinginannya untuk bertudung adalah kehendak dirinya sendiri .
“Saya harap peminat di luar nanti tidak akan salah faham apabila melihat sesetengah program raya jika saya tidak bertudung.
“Ini kerana program tersebut dilakukan sebelum saya bertudung,” katanya.
Shila lebih menawan apabila bertudung
Mungkin Sharnaaz Ahmad adalah insan paling gembira dengan perubahan beliau ini.
Congratz Shila
ReplyDelete