Alhamdulillah , masa menaip entry ni, laptop aku yang dah hampir 2 minggu rosak baru diambil dari kedai Melayang jugak la dalam RM 200 . Dan selepas dah lama tak menaip entry "sendiri", asyik main dengan SEO, apa salahnya harini aku menaip sikit kan? Walaupun sebenarnya esok pagi ada paper final exam .
Alhamdulillah, syukur pada Allah, pageview keseluruhan semenjak Blog Hafiz Rahman ni ditubuhkan, dah mencecah 2 juta view. Tak sempat nak printscreen 2juta . Lebih kurang 3 tahun berblogging , baru 2 juta. Satu pencapaian yang amat biasa kalau nak dibandingkan dengan blogger blogger hebat yang lain kan? Pada 24 Disember 2011 blog aku dah mencapai 1juta pageview dan setelah 7bulan, baru boleh dapat lagi sejuta. Well that sad kan? Entry sebelum ini : 1 Juta Pageview dan Template Baru Di HafizRahman
untuk bulan Jun, trafik tertinggi pada 29Jun dengan 15k PV.
Tapi , aku bersyukur, disebalik ketidakpopularitian blog aku ni, masih ada yang datang untuk menjenguk dan menziarah . Alhamdulillah masih lagi boleh maintain 5-6k pageview setiap hari dengan bergantung kepada entry entry lama dan baru yang masih relevan dan dicari. Mungkin nasib blog aku agak baik sebab sekarang berada di pagerank (PR3) . Jadi lebih mudah terindeks di google search page. Bukan bermaksud untuk menunjuk nunjuk tapi entry ni akan digunakan sebagai pendorong untuk lebih berjaya di masa depan dan jadikan katu pengukur kejayaan blog aku dari semasa ke semasa. Harap tak ada yang salah faham.
Aku pun sebenarnya tak tahu nak taip apa dan nak cerita apa . Saja gatal gatal tangan nak try laptop yang baru ok ni. Last but not least , aku nak berterima kasih kepada semua visitor yang sudi berkunjung ke sini terutama sekali kepada yang membaca entry ini. Jasa anda akan saya balas dengan menyediakan entry entry menarik di masa akan datang . Wasalam .
2 comments
wah terbaek lah bro, tahniah...lepas ni 3 juta lak :D
p/s: bila nak backlink ni? Hehehe..
wahh.. cam mana ye teknik nak dapat 2 juta pageview. Berapa ye saudara hafiz generate income dari blog.. sekadar ingin tahu..
Post a Comment
Kindly Leave Your Comment Here..=)