Home » , , » 1 Juta Pageview dan Template Baru Di HafizRahman

1 Juta Pageview dan Template Baru Di HafizRahman

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, December 24, 2011 | 6:43 PM

1 Juta Pageview dan Template Baru Di HafizRahman

Alhamdulillah kelas untuk sem ni dah berakhir semalam dan minggu ni adalah minggu yang agak memenatkan sebab aku nak kena pulun 4 subjek disebabkan jadual exam yang membawa bencana tu. Dalam masa seminggu ni, banyak benda nak kena habiskan. Every subjek ada berbelas belas chapter, buku pulak nak tebal tebal je. Stok kalau nak penampor pakai buku tu, confirm kena melayang pipi. Pastu selama satu sem ni, masuk kelas asyik main je bukan nak belajar betul betul. Masuk, gelak, main balik. Study tak tahu la bilanya. Amik kau padan muka kan? Main lagi.

Dah alang alang cuti semalam, aku amik masa sikit untuk ubah mood berblogging dengan tukar template baru. Ada la dalam 2jam jugak la aku spend nak coding balik segala semua benda yang aku dah masukkan dalam template lama. Berpinau pinau mata aku tengok code code ni. Dan akhirnya , taraaa maka terjadilah template baru ni. Still mengekalkan warna asal iaitu ala ala pink purple cam tu sebab aku rasa selesa dengan warna ni. Rasa sedap memandang. Korang tak rasa gitu ? Tak rasa sudah.

Template baru ni memaparkan banyak entry entry lepas. Ada lebih kurang 15 entry dihalaman hadapan saja. Nampak macam berat kan? Tengok la nanti cmna , kalau ada yang kata berat nak load, aku akan kurangkan sikit. Dan widget di sidebar masih lagi sama macam dulu. Cuma sekarang ni yang belum siap nak masukkan meta tag je sebab aku masih mencari meta tag yang paling efektif untuk disenarai di google search page. Ada idea tak meta tag mana yang sesuai?

Dan satu lagi, bersempena dengan Pageview blog aku  yang dah mencecah 1000,000 semalam. Tak sempat nak printscreen sebab masa mula tgk tu baru 990000. Check kali kedua dah sejuta lebih. caitt tak sempat nak menunjuk. haha.ALhamdulillah walaupun baru ja mencecah 1juta, orang lain dah berjuta juta. Tapi aku puas hati sebab tiap hari trafik bertambah. Mana la tahu nanti sebulan je dah boleh dpt pv juta juta kan? sekarang baru ratus ratus ribu je. huhu.

Dan insyaAllah masuk sem depan, aku mungkin akan menggunakan hosting dan domain sendiri. Dah tiba masanya kita beralih arah dan terus maju ke hadapan. Kalau asyik nak duduk ditempat yang sama, macammana nak maju kan?

Dan bagi sesiapa yang view blog aku, kalau ada error or masalah or ketidakpuasan hati , boleh la komen ok. InsyaAllah akan diperbetulkan apa yang tak betul tu. Template baru maknanya mood berblogging pun akan baru. Dan untuk makluman, aku dah bukak tempahan untuk header dengan harga termurah iaitu RM10 , design mengikut kehendak anda sendiri. Boleh check out disini (klik pada banner)

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)