Home » , » Jadual Final Exam Yang Membawa Bencana Dan Bahana

Jadual Final Exam Yang Membawa Bencana Dan Bahana

Written By Hafiz Rahman on Tuesday, December 13, 2011 | 5:59 PM



Harini something bad happen masa kelas last tadi . Memang bahana bala dan bencana sangat bila tengok final exam punya jadual untuk sem ni. Memang jadual yang boleh menyebabkan kematian beramai ramai budak kelas aku. Sungguh biadap jadual tu. Langsung tak bagi chance nak study. 

Bayangkan first paper start on 4hb Jan nanti, then 6,7,8 direct 3 hari . Semua subjek yang study paras2 lutut je. Study pun tak faham langsung. Pastu bila dah habis je paper 8hb tu terus cuti sampai 12 hari then sambung balik paper last on 20hb . Gila ka apa ?

Apa aku nak buat sampai 12 hari? Buang masa cangak bulu dekat Shah Alam ni? Mampos aku nak menghadap keboringan tahap maksima kat rumah sewa aku. Kalau 12 hari tu aku balik rasa macam tak berbaloi pun ada. nak kena beli tiket sampai 40 lbh. Pastu balik kejap nak kena datang balik amik satu paper. Pastu nak kena patah balik Kedah pulak. Dua tiga kali kerja la nak kena buat . Menyusahkan betul la . hadoii. 

Please la aku harap sangat jadual tu berubah. Tapi ikut rekod dah 4tahun aku belajar kat UiTM ni, memang tak pernah lagi la jadual berubah. Kalau dah keluar itu, itu la ko nak kena menghadap nanti. Tapi kan, jadual kali ni memang the worst, EVER selama aku study kat UiTM. Dah la sem ni subjek susah susah plus baru 1 sem aku kat degree dan baru nak sesuaikan diri dengan kebizian masa degree. Dah nak kena strugggle macam orang gila dah sebab sampai 3 hari berturut turut ada paper susah. 

Warghhh tensyen gila harini. Plus esok ada ujian speaking mandarin pulak nak kena settlekan. Apa la aku nak merapu rapan dekat depan tu cakap Cina sampai 5minit. Nak cakap bahasa Melayu pun tergagap gagap nak kena lempang muka, inikan pulak nak menghabiskan masa 5minit nak merapu cakap Cina. Esok tak tahu la apa nak jadi . Tunggu dan tengok jela dari 20 markah tu aku nak dapat berapa. Nampak nampak macam setengah dari tu pun setengah mati gak la nak kena struggle. 

Btw nak habaq mai la jugak. Tadi ada talk on personality from blogger dan model Fatin Suhana. Kenal tak? Sebab aku tak kenal. Pernah dengar  nama dia dalam blogging ni since dia kan blogger model ala2 Fatin Liyana tuh, so mesti la ada dengar jugak. Tak sangka plak budak2 kos aku jemput dia untuk bagi talk. Ok la talk dia . Menarik dan yang paling penting, aku tak tidor.  haha. 

Hopefullly aku dapat la nak menempuh saat saat jadi orang gila masa study week nanti. Mau berterabur otak sebab nak kena study banyak sangat. Bayangkan, ada satu subjek yang satu apa pun aku tak tahu lect mengajar apa. Yela lect tu plak jenis masuk kelas pastu buat sesi bercerita . Mau nye nak faham . kami di belakang sana buat bahana bising dalam kelas je la. Menyesal main banyak. haha (sejak bila tah aku tau menyesal) Terlambat dah nak nyesal nyesal main dalam kelas. Alaa standard la tu kan? jangan cakap yang korang tak pernah main dan buat bising dalam kelas. Itu bermakna anda seorang yang tak berapa nak normal sangat dan tak berapa nak menikmati dunia belajar. haha 

Ok bye nak sambung menghafal bahasa Cina unttuk esok lagi. fuhhhhhhh~~

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

7 comments

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (175) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (71) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)