Home » , , » Panduan Penggunaan ,Penjagaan Dan Shortcut Blackberry : Bahagian 1

Panduan Penggunaan ,Penjagaan Dan Shortcut Blackberry : Bahagian 1

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, June 22, 2012 | 11:57 AM

Untuk tips kali ini, aku akan berikan beberapa tips dan panduan untuk mempercepatkan penggunaan Blackberry anda ke tahap yang lebih baik. Untuk anda yang baru guna BB atau dah lama guna tapi tak pernah nak ambil tahu, Smartphone Blackberry dari semua model dilengkapi dengan shortcut tertentu untuk system dan application di dalam BB tersebut. Shortcut button ini memudahkan dan mempercepatkan penggunaan Blackberry anda dan memastikan anda tak rasa nak baling BB anda ke dalam longkang mahupun dijadikan alat untuk membaling anjing. Untuk bahagian satu ni, aku akan bagi 4 panduan penjagaan dan  shortcut Blackberry yang WAJIB anda tahu. 


Blackberry Tips 1

RESTART BLACKBERRY TANPA CABUT BATERI

mungkin kebanyakan atau mungkin semua pengguna Blackberry sudah sedia maklum dengan masalah suka "hang". Dan jika masalah tersebut terjadi, kebanyakan dari kita akan terus mencabut baterry. Tindakan tersebut bukanlah suatu tindakan yang bijak kerana ia boleh menyebabkan Blackberry anda mengalami masalah di masa hadapan. Cuba biasakan diri anda restart Blackberry sekurang kurangnya 2 hari sekali. Sedangkan manusia juga perlukan rehat dengan tidur setelah seharian bekerja kan? Kasihanilah Blackberry anda sebagaimana anda kasihi awek awek anda kerana Blackberry juga memerlukan kasih sayang. Bagaimana untuk restart?

Tekan button  Alt + Right Shift (aA) dan Del dalam satu masa. Bermakna anda kena tekan ketiga tiga button dalam masa yang sama. Jika tak cukup jari tangan , mungkin jari kaki anda boleh digunapakai. Blackberry anda akan restart dengan sendiri


Blackberry Tips 2

TUTUP RUNNING APPLICATION 

Running application adalah application yang sedang "on" dalam Blackberry anda. Sesetengah application seperti Whatsapp dan Foursquare tidak akan Close hanya dengan anda menekan button Merah di BB anda. Application tetap akan berjalan seperti Running Man yang tak henti henti mempengaruhi masyarakat Malaysia. (Tak ada kena mengena) . Jadi pastikan anda betul betul tutup application jika tidak diguna. Tekan Menu (button lambang Blackberry) selama 1 saat  dan akan keluar simbol simbol application yang sedang running. Tutup application yang tidak digunakan . Pastikan TAK LEBIH DARI 5 application running dalam satu satu masa. Ini akan menyebabkan BB anda hang dengan kadar amat serius dan menimbulkan perasaan psyco dalam diri anda. Selalu ingat yang Blackberry sangat mencabar kesabaran anda. 


Blackberry Tips 3

SHORCUT DALAM MESSAGE

Bagi pengguna pengguna Blackberry, BBM sememangnya lebih popular dari Message. Apa guna jika pakai Blackberry tapi masih bermesejan seperti handphone handphone lain. Sungguh tak ada kelassss. Baik pakai Nokia3310 boleh juga mesej . Tapi bagi yang dah habis BIS dan tak ada duit nak Topup , message akan kembali menjadi pilihan sepertimana pengguna Twitter yang kembali memenuhkan Facebook semasa twitter down. Jadi semasa anda menggunakan Message di BB anda, ada beberapa shorcut yang mempercepatkan dan menjimatkan masa anda . 


  • Tekan "P" untuk mesej hari sebelumnya (Previous Day) 
  • Tekan "U" untuk Oldest Unread Message 
  • Tekan "S" untuk search Message 

Blackberry Tips 4 

DAPATKAN BLACKBERRY PIN ANDA SEPANTAS KILAT

Bila ada kawan kawan yang minta BBPIN anda, masa tu baru nak terhegeh hegeh cari BBPIN dalam phone. Rasanya hobi menghafal BBPIN sendiri bukanlah satu hobi rakyat Malaysia masa kini . Mereka lebih suka menonton Running Man dari menghafal BBPIN sendiri. Kami ada penyelesaiannya. Untuk mendapatkan BBPIN anda sepantas kilat. Cuma perlu taip MYPIN didalam mesej @ BBM @ Whatsapp atau apa sahaja yang boleh ditaip. Autotext akan terus convert perkataan MYPIN tersebut kepada Pin Blackberry anda. 


##Sekian dulu untuk bahagian pertama Tips dan Panduan Penggunaan Blackberry untuk kali ini. Bahagian 2 dengan lebih banyak tips menarik akan muncul. 


Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)