Home » , » Koleksi Gambar Pernikahan Scha Dan Awal Ashaari

Koleksi Gambar Pernikahan Scha Dan Awal Ashaari

Written By Hafiz Rahman on Saturday, May 05, 2012 | 12:22 AM

gambar kahwin scha dan awal, gambar nikah scha dan awal ashaari, scha alyahya dan awal ashaari, majlis pernikahan scha dan awal, gambar scha dan awal ashaari diijabkabul,pernikahan scha dan awal,gambar perkahwinan awal ashari, video pernikahan awal dan scha, scha dan awal kahwin

Scha Al Yahya Kini Sah Isteri Awal Ashaari

Dengan   sekali lafaz, pelakon comel Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, yang lebih dikenali sebagai Scha Al-Yahya (29) bersama pasangan mempelainya personaliti tv, Ahmad Awaluddin Bin Ashaari, alebih glamour dengan Awal Ashaari (31) sah menjadi pasangan suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Pullman Putrajaya Lakeside, tepat jam 9:17 malam tadi berserta mas kahwin berjumlah RM2050 tunai.

Pasangan mempelai ini telah diijabkabulkan oleh bapa pengantin perempuan sambil disaksikan oleh Jurunikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Salman Bin Yusof. Majlis tersebut dihadiri kira-kira 250 jemputan terdiri daripada kaum keluarga terdekat  kedua pasangan pengantin ini selain wakil dari pihak media.

Majlis dimulakan tepat pada pukul 8:40pm dengan upacara ceramah berkaitan rumah tangga yang diberikan oleh jurunikah. Scha tampak sangat anggun mengenakan busana baju kurung moden berwarna putih manakala Awal bergitu segak mengenakan baju Melayu moden. Kedua-dua pasangan ini mengenakan rekaan Saiful Bahri.

9 dulang daripada pihak perempuan berupa sirih junjung dan bunga rampai, senaskah Al-Quran, sebuah Mac Book, dompet jenama Bottega Veneta, kasut Hermes, seutas jam tangan Cartier, sehelai baju melayu, coklat dan kek. 7 dulang daripada pihak lelaki pula berupa set barang kemas Lazard Diamonds, sirih junjung dan bunga rampai, senaskah Al-Quran, sehelai pakaian, kasut berjenama Christian Louboution, beg tangan jenama Dior dan manisan kurma beserta kek. Namun, pasangan ini enggan mendedahkan jumlah wang hantaran.

Seterusnya hari Ahad ini pula berlangsungnya majlis resepsi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan anggaran jemputan lebih kurang 1500 tetamu.

Artikel oleh Forblogger.net


KOLEKSI GAMBAR PERNIKAHAN AWAL DAN SCHA

MAJLIS BERNINAI

MAJLIS PERNIKAHAN

image

image

image

image

sumber : Rotikaya dan diupload semula di BlogHafizRahman

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

Tinggalkan Pendapat Bernas Anda Disini

1 comment

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (174) ARTIS (114) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (71) DIARY (69) politik (68) INFO (64) Video (64) BERITA SUKAN (61) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) BLOG REVIEW (33) DESIGN (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (25) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)