Home » , » Gambar Dan Video Skandal Seks Azmin Ali ?

Gambar Dan Video Skandal Seks Azmin Ali ?

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, May 05, 2012 | 9:59 AM

video seks azmin ali, azmin ali, gambar seks azmin ali,isu video lucah azmin ali


Belum lagi reda isu Bersih 3.0, satu lagi helah politik kotor dimainkan dengan penyebaran video lucah yang didakwa sebagai Naib Presiden PKR iaitu Azmin Ali. Video ini pertama kalinya disebarkan oleh laman blog Papagomo namun pihak berkuasa hanya bertindak "tutup mata dan diam" dengan pendedahan tersebut kerana ia mungkin membawa kebaikan kepada mereka untuk PRU 13 nanti.

Skandal Azmin Ali (Gambar) Video Skandal Seks Azmin Ali?
Muka hadapan akhbar Kosmo 2 Mei 2012

Laman media, blog blog politik malah Utusan Malaysia dan TV3 sendiri pantas menghebahkan video yang tidak diketahui kesahihannya ini.

Azmin Ali dalam satu kenyataannya berkata :

“Fitnah ini memaparkan seorang lelaki yang mereka tohmah sebagai saya bersama seorang wanita di dalam tandas.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut. Ianya adalah fitnah ulangan menggunakan modus operandi yang sama yang digunakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam satu kenyataan.
“Namun Umno masih mengulangi fitnah kejam tersebut sepanjang 14 tahun ini walaupun bukti sudah jelas lagi nyata bahawa tuduhan mereka terhadap saya dan keluarga merupakan pembohongan semata-mata,” katanya. (sumber : Malaysiakini)

Beberapa siri video dan gambar akan terus didedahkan sedikit demi sedikit seperti apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim sebelum ini. Ia akan menjadi tontonan umum sehingga PRU 13 selesai. Sepertinya video lucah sudah menjadi sesuatu yang biasa untuk tontonan umum. Mana pihak berkuasa ?

Gambar Azmin Ali (Gambar) Video Skandal Seks Azmin Ali?

Muka hadapan Utusan Malaysia 2 Mei 2012

Gambar Dan Video Skandal Seks Azm

Laporan Buletin Utama TV3

Utusan , Kosmo dan TV3 tak seharusnya menyiarkan "barang panas" tersebut dikhalayak umum kerana tida bersesuaian dengan norma masyarakat malaysia , apatah lagi jika anak anak kecil melihatnya. Sangat tidak sesuai.Dan kepada penyebar, mengapa tidak digunakan medium yang lebih baik . Terus gunakan saluran undang undang yang ada kan lebih sesuai.

Politik Malaysia nampaknya sudah semakin jijik dengan isu sebegini mula dimainkan semula. Jika benar pemimpin tersebut terlibat dengan kesalahan moral melibatkan seks bebas, teruslah gunakan saluran yang betul . Jangan dimainkan isu tersebut untuk kepentingan politik masing masing dan menjadikan ia sebagai satu bahan untuk menarik dan mengelirukan rakyat sebagai pengundi. Rakyat sekarang dah cerdik pandai. Bijak menilai mana baik dan buruk.

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)