Saturday, February 26, 2011

Iklan Kemasukan,Diploma,Ijazah dan Penerapan UiTM Tahun 2011

Attention to all Students !!


Permohonan kemasukan pelajar UiTM bagi kategori berikut memerlukan pembelian no. slip melalui BSN untuk kemasukan ke UiTM Sesi Jun 2011 (Diploma) dan September 2011 (Ijazah Sarjana Muda) bermula 1 Mac 2011 dan akan tamat pada 31 Mac 2011. Sila lihat iklan kemasukan pelajar sesi Jun/Sept 2011.Sila klik pada button dibawah untuk download fail

 

download_pdf


Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM ke Ijazah Sarjana Muda UiTM
Penggunaan url
http://upu.mohe.gov.my/ menyebabkan permohonan anda tidak
akan diproses. Terima kasih.

Tarikh permohonan dibuka adalah bermula 1 Mac 2011 (Selasa)
Tarikh pembelian no. Slip BSN adalah bermula 1 Mac 2011 (Selasa)

 

sila sebarkan kepada kawan kawan anda okehhh!!

1st Giveaway Sayangku Faish

Salam blogerisme ..acece sejak bila tah ada perkataan tuh..dah lama aku tak join contest or GA.jeles betul dengan Miza Yusuf asyik menang je adiah. tahun nie dah brapa puluh kali tah dia menang. Jeles3x ..Share sikit miza..

gambar kat atas macam Sharifah Aliya Hot FM kan???

untuk GA kali ni dibuat oleh Blogger Sayangku Faish . Dah lama dah aku bookmark GA ni tapi tak sempat nak buat entry untuk join. So ada masa sikit boleh ja merapu merapan sikit sikit.

Syaratnya :

  1. Buat entry dan letak banner ..ni haa entry dah buat..haha..sila klik pada banner di atas untuk ke entry GA ini
  2. Jadi follower. Dah jadi dah..tak caya check balik. Follower num 728 kot. Ntah.haha
  3. Taf 1 orang : aku dah tag Mahfuzah Husna..member UiTM jugak. Blogger hebat nihh. And dah bagitahu dia dah..

so dah cukup syarat kira boleh menang la ni kan???plizzz.. haku nak adiah kura kura nih..sweet cukup..

teringin nak adiah menarik dan comel macam di ENTRY INI?? sila join GA mudah nie. Klik pada banner atau SINI

Friday, February 25, 2011

Tips Blogging :Bukti Kenapa Gambar Penting Dalam Setiap Entry!!

dah lama rasanya aku asyik merapu dengan blog ni and langsung tak memberi faedah pada readers readers untuk baca apa yang patut dalam ni. So hari nie, walaupun penat plus hangat nie, aku nak buat satu entry tips berkenaan SEO dan jugak tips untuk membuatkan entry anda semua mesra di search engine.

kebanyakan dari kita suka letak gambar dalam setiap entry. Tapi ada jugak blogger blogger yang langsung tak letak satu pun gambar dalam entry and bila baca, seriusly aku rasa cam bosan ja. Bek aku g baca novel, novel pun ada gambar gak kengkadang. Tak perlu karang panjang panjang tapi orang malas nak baca. Letak gambar menarik dan just buat caption ja. Seriusly orang akan lebih suka. Gambar menceritakan segalanya. Baru tadi aku baca entry by Miss Lolly letup letup fofular tu. Simple ja tapi menarik.

Untuk tips hari nie , kita nak tengok cara pemilihan gambar yang sesuai dan entry yang sesuai untuk dibuat untuk membolehkan entry anda semua mesra SEO. Sebelum tu sila lihat gambar dibawah dulu.

image

jangan tengok yang pertama. Yang tu dah sememangnya. haha. Tengok yang kedua tu. readers yang masuk blog aku menggunakan keywords myvi untuk hari ni. Sebenarnya keyword MYVI akan terus membawa ke entry DEDAH!!Myvi dan Alza Adalah Hasil Ciplak dan Copy Paste??? . Tapi melalui image search di search engine.

Ok faham tak?cam nie. Meh nak ceciter. Orang ramai yang search gambar MYVI, akan ke page aku dalam entry tersebut dan kesannya ,visitor tu untuk blog aku la. Macam hari nie.walaupun aku tak buat entry pun. Tapi free free ja dapat 45 unique visitor melalui entry yang aku dah buat Bulan 10 tahun lepas. Dah 4bulan dah entry tu tapi still dibaca. Contohnya cam nie

image

di Google image , bila search MYVI, and then gambar ke –3 tu akan terus direct ke blog aku. Ini first page tau. Ok la kan first page dan gambar ke 3 dalam page tu. But apa tah malangnya, petang nie bila aku check balik , gambar ke 3 tu bukan direct ke blog aku dah tapi ke SINI . InsyaAllah dia link balik kot. Kadang kadang tak faham jugak menda alah nie.

So pemilihan gambar yang mesra search engine sangat penting. Dari Google Image pun kita boleh tarik pembaca. Tapi jangan la pulak letak gambar lucah untuk tarik pembaca. Rezeki tak halal tuhh….fikir fikirkan..sekian..selamat mencuba

Design T-Shirt Muslimah Kami Blogger Utagha (KBU)

kali ni , nak menghabiskan masa, aku design pulak baju t-shirt Kami Blogger Utagha untuk golongan muslimah yang nakkan baju yang labuh dan menutup aurat . Ada blogger yang request untuk baju nie but unfortunately aku tak ingat nama blogger tersebut. Kalau anda baca nie sila bagitau okeh..

aku tetap gunakan design yang sama untuk baju T-shirt biasa. Yela dah nama nak seragamkan . Cuma design baju muslimah nie tak da design dibelakang sebab memang tak sesuai la kan tetiba ada gambar kat belakang.

so untuk sesiapa yang belum vote 8 Jenis Design, boleh berbuat demikian di bahagian atas sidebar kiri blog nie. maklumat lanjut boleh terus baca entry 8 Pilihan Design T- Shirt Kami Blogger Utagha (KBU) dan vote okeh??sebarang komen dan cadangan untuk entry nie boleh terus tinggalkan komen dibawah .Sekian

Thursday, February 24, 2011

IKLAN BIASISWA SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) TAHUN 2011

Copy (3) of Copy of Copy of logouitm

Calon-calon adalah diminta untuk mengisi borang permohonan Tenaga Pengajar Muda (TPM) secara atas talian melalui laman web UiTM http://onlineapps.uitm.edu.my/eTPM  mulai 24 Februari 2011. Tarikh tutup permohonan adalah pada 9 Mac 2011. Sebarang permohonan yang dibuat TANPA mengisi borang TPM secara atas talian TIDAK AKAN DIPROSES

KELAYAKAN MEMOHON

Calon-calon mestilah mempunyai:

a. ljazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan Sarjana yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Ph.D);

ljazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari Universiti yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Sarjana).

Bagi pengajian bidang Pergigian, calon-calon mestilah mempunyai kelulusan ljazah Pergigian dari Universiti yang diiktiraf.

Calon-calon (bagi kedua-dua peringkat pengajian) mestilah memperolehi sekurang-kurangnya HPNG/CGPA 3.00 peringkat ljazah Sarjana Muda (Kepujian).

Mendapat kepujian Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bebas daripada ikatan kontrak sama ada dengan pihak Kerajaan, Badanbadan Berkanun, Firma atau badan-badan lain.

6. Had umur calon adalah seperti berikut:

a. berumur tidak lebih dari 35 tahun semasa memohon bagi pengajian peringkat Ph.D;

b.berumur tidak lebih dari 30 tahun semasa memohon bagi pengajian peringkat Sarjana;

c. bagi kursus bidang-bidang Pergigian, calon-calon hendaklah berumur tidak lebih daripada 35 tahun semasa memohon.

CARA-CARA MEMOHON

Calon-calon adalah diminta untuk mengisi borang permohonan Tenaga Pengajar Muda (TPM) secara atas talian melalui laman web UiTM http://www.uitm.edu.my/ mulai 24 Februari 2011. Tarikh tutup permohonan adalah pada 9 Mac 2011 Sebarang permohonan yang dibuat TANPA mengisi borang TPM secara atas talian TIDAK AKAN DIPROSES.

PEMAKLUMAN

Berikut adalah pemakluman kepada calon-calon yang memohon Skim Tenaga Pengajar Muda, UiTM:

1. Calon-calon berjaya mesti menduduki peperiksaan IELTS/TOEFL/GMAT/GRE (yang mana berkenaan) dengan memperolehi skor minima:-

Pengajian DALAM Negara:-

IELTS 5.0 / TOEFL 500 (paper- based) / TOEFL 173 (computerbased)/

TOEFL 59-60 (internet-based)

Pengajian LUAR Negara:-

IELTS 6.5 / TOEFL 575 (paper- based) / TOEFL 232 (computerbased)/

TOEFL 90-91 (internet-based)

2. Membuat persediaan awal dengan berusaha untuk mendapatkan tempat

pengajian sendiri di universiti-universiti yang diiktiraf oleh kerajaan. Hanya calon-calon yang telah disenarai tapis sahaja akan dipanggil temuduga oleh pihak Fakulti.

4. Sila berhubung dengan Fakulti berkenaan berhubung makiumat lanjut bidang yang diiklankan.

5. Sebarang pertanyaan, sila kemukakan kepada Bahagian Biasiswa, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia melalui talian 03-5544 3237/ 3236.

8 Pilihan Design T- Shirt Kami Blogger Utagha (KBU)

Salam semua terutamanya untuk Kelab Blogger Utagha sebab entry nie untuk ampa semua ..okeh hari nie aku nak menyemakkan mata ampa semua dengan design terbaru dan terburuk dari aku.haha..

kalau dalam entry sebelum nie aku dah mengarut dengan 2 jenis design aku yang tak elok langsung tuh..kali nie aku dah ubah warna atas permintaan beberapa orang blogger yang nak merah dan jugak pink (ofkos pompuan) .haha.

Ini sekadar pemandangan buang masa ja okeh..aku tak suruh pun design nie dipilih untuk jadi baju T-Shirt KBU. Takkan ampa mau kot pakai baju p gathering design cam nie?haha. Takmau nya kan??Ahh ngarut panjang2 pun tak dapat apa2..so jom kita tengok design ngarut dari aku..Kod ditanda dengan KBU 1 –KBU 8..untuk full screen setiap gambar sila klik link di bawah gambar tu okeh..


Print


Print


Print


Print



Print



Print




Print



Print


itu je la yang aku sempat buat setakat nie. Kalau ada yang suka Alhamdulillah. And kalau ada yang tak suka jangan malu malu nak kemukakan cadangan dan kritikan okeh?sangat sangat dialu alukan =)

UNDIAN BOLEH DIBUAT DI BAHAGIAN ATAS SIDEBAR SEBELAH KIRI..



p/s : ini cuma design suka suka dan belum confirm pun akan guna design nie. Kalau ada sesiapa yang kreatif tu sila silakan la buat design. Kita tengok mana yang sesuai dan jadi pilihan ramai okeh? and PERHATIAN!!(aku nak warna itam..lalalala..hahaha)





 

Wednesday, February 23, 2011

Follower Ke 500 : Blogger Kiera'sakura

Salam..sebenarnya entry ni aku dah huat 2 hari lepas..but terpksa ditagguhkan nak publish sebab aku format lappy aku , aku simpan dalam Window Live Writer and bila dah install balik baru boleh guna….

semalam dah cukup la follower aku yang ke 500. Sikit je pun walaupon dah lama aku berblogging. Tak kisah la banyak mana pun follower aku. Yang penting ada jugak yang nak follow upo dengan blog cikai macam aku nie. But the thing is nak bagitahu jugak la yang sebenarnya kalau follower beribu ribu tapi pembaca tarak pun buat apa kan?biar orang tu follow kita sebab dia nak baca blog kita. Explanation panjang lebar sila baca di Tips ‘Followeraddicted vs Visitoraddicted’ Follower Banyak Atau Visitor Banyak

untuk review bloggers kali nie aku buat istimewa untuk bloggers yang dah menjadi follower ke 500 iaitu Kiera'sakura . Thank sebab sudi follow blog nie=))anda memang istimewa.

kiera\

seriusly header nie menarik. kalau orang lain semua pakai adobe ,pakai photoscape and watsoeva la tapi si kierasakura ni gunakan kreativiti sendiri dengan snap gambar,mungkin hadiah harijadi kot..yeke?haha

dilahirkan pada 29 September 1989. Betul ke tak tah?haha. dia jugak salah sorang Blogger Utagha.Arhh tak da idea nak type

cuma nak tanya sikit ..memang tak dak shoutbox ek?haha

apa2 pun jom terjah blogger Kiera'sakura..

Jom Main Raba-Raba Disini

JOM MAIN RABA RABA NAK????

macam biasa setiap malam aku akan online walaupun internet UiTM ni lembap cam kura kura sakit kaki. ,blogwaking, lepak2 facebook pastu sembang sembng dengan geng Kami Blogger Utagha . disebabkan nama pun dah Blogger Utagha so apa yang disembang pun mesti la berkait denagn kawasan utara jugak kan?

and semalam bes tergelak gelak bila baca geng ni sembang sembang pasal raba meraba..haha..dah klama aku tak guna ayat ayat nie..hari nie meh kita belajar bahasa Utara. jangan gelak weh nanti aku pelangkung kepala sorang sorang..ahaha



sebelum tu tengok dulu gambar dibawah and perhatikan betul betul yang aku merahkan tu. 



meh sini nak raba..haha

RABA adalah singkatan bagi rubber yang bermaksud Pemadam atau dalam bahasa moden lagi Eraser. ermm pelik jugak kengkadang mai mana jadi raba.haha.kalau orang tak tau mesti akan cakap tak senonoh. contoh ayat akan jadi macam nie

ayat Utara : weh mai nak raba sat. (kalau yang dimintak tu orang Selangor tak ka kena penyepak free??)
ayat KL : Nak pinjam eraser jap. 


aku suka dengan ayat kedua yang aku merahkan tu ...'cikgu..nak raba'..hahahahahha..mau kena berdiri kat luar buat keja dalam longkang satu hari kalau cikgu tu bukan orang utagha.

and word kedua kita nak belajaq hari ni adalah.

GERMIT

bukan Gurmit Sing .Aku pun sebenarnya tak tau mai mana perkataan germit nie...

Germit = pengasah pensel atau sharpener dalam bahasa lagi moden..yang kecik2 tu macam nie


 bukan yang pusing2 besar tu.yang tu moden sangat


yang besar nie orang tak panggil germit tapi stil panggil sharpener. 


dua tu jacikgu nak ajar arini. esok kita sambung pelajaran lita lagi. sila balik dan study ok budak budak!!!

Tuesday, February 22, 2011

YDP MPP UiTM Paling Hensem SeMalaysia

dia sangat bebakat

sifat kepimpinan dia lagak dia seksi dia
plus2 sora dia yang mencairkan sapa yang dengaq...
WAJAH LELAKI INI

suka la dengan statement di atas..hihi .gempak siot!!

mencurah curah pujian terhadap seorang blogger merangkap Mantan YDP MPP UiTM..siapakah beliau yang aku maksudkan?aduhh napa ayat semacam ja skema. 

umaq nie member aku jugak sebenarnya dan aku tertarik la dengan post salah sorang blogger jugak yang buat entry khas untuk dia. Fuyyo stailo la umaq weh..siap ada orang puji cara open tuh..haha..

Umar nie adalah mantan YDP MPP UiTM Kedah yang baru ja menamatkan kerjaya.aiceh kerjaya ke?kira dia lagi awal la sebelum aku pun letak jawatan jugak on 18 Feb lepas. So sapa2 yang nak tanya anything about leadership ,inilah orangnya..nak ngorat pon boleh sebab dia kata dia solo dalam ENTRY INI.  Ramai peminat tau dia nihh..

WARKAH SEORANG LELAKI 

nak dengar dia nyanyi??sila tanya dia..aku dah dengaq dah..haha..sedap macam Anuar zain tuhhh

and disini pulak entry puji pujian untuk umaq..haha... KLIK SINI

actually aku pun tak tau motif aku buat entry nie. nak kata review bukan. ahaha..



Monday, February 21, 2011

Design Baju Kedua Kami Blogger Utagha


ini adalah design buruk yang kedua yang aku try try buat kot2 la ada yang berkenan nak buat untuk baju Kelab Blogger Utagha. ..perasan..haha...ini cuma design kasar ja, aku buat lepas balik dari kelas tadi. Ada sedikit perubahan dan penambahan dari design pertama dulu. Aku buat sesimple yang boleh sebab ramai yang cakap kalau simple lagi cantik. kalau banyak sangat design jadi buruk pulak nanti ( padahal ini pun memang buruk).

kritikan ,kutukan dan sebarang cadangan amat2 digalakkan. okeh aku tau buruk tapi nak tunjukkan jugak dengan hampa semua. Taraaa...sila tutup mata sebab buruk..haha


klik pada gambar untuk besarkan


semua design adalah bukan rekaan aku 100 %. Aku search and google apa yang menarik and ubah and combine ikut kesesuaian and sedap mata aku memandang. So rasanya tak ada kes plagiat kan?kan3x?haha

and bagi sesiapa yang belum tengok design first aku ,meh nak tunjuk 



nanti rajin aku try buat yang lain pulak

Sunday, February 20, 2011

10 Tanda BF/GF Adalah Jodoh Anda

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)


Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


semua yang diatas adalah bukan hasil aku tapi dirembat dari SINI


design baju Kami Blogger Utagha ada di SINI


Design Baju Kami Blogger Utagha

disebabkan malam ni aku ada masa sikit. so try la nak design sikit baju untuk facebook group Kelab Blogger Utagha. Bagi sesiapa yang belum tau, KBU adalah satu group facebook yang menghimpunkan bloggers dari utara. Lebih kurang macam Sahabat Blogger jugak la.. And KBU nie pun sangat la aktif . Kadang kadang sampai tak sempat nak baca post, dh naik post lain. And KBU adalah group yang menghimpunkan blogger2 dari Perlis, Kedah ,Pulau Pinang dan jugak Perak Bahagian Utara.

and untuk rekod , dah beberapa kali dah group buat mini gath.yang terbaru tengahari tadi di Star Parade Alor Star .Untuk gathering yang besar insyaAllah dah dirancang pada 19hb Mac nanti . Tempat dan masa akan diconfirmkan kemudian. InsyaAllah kalau jadi di The Carnival Sungai Petani.. Kita mandi manda smbil buat gathering..

dah habis cita pasal tu ..aku cuma nak tunjuk design buruk ni ja sebab aku tak dapat nak upload masuk dalam facebook. tak tau pasepa tak bleh. hadoyaii


sila klik pada gambar untuk full view

ini adalah design cincai seorang penuntut Diploma in banking ok. Bukan budak graphic. so jangan salahkan aku. ahahaha..nanti la ada masa panjang aku try design lain. Ni pun buat kejap ja.Saja saja buat sebab tak da keja nak buat (padahal esaimen berlambak).

 damnn awat aku rasa macam buruk gila..haha