Home » » Tarikh Akhir Permohonan IPTA Lepasan SPM 31 Disember 2011

Tarikh Akhir Permohonan IPTA Lepasan SPM 31 Disember 2011

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, December 28, 2011 | 9:49 PM

KUALA LUMPUR - Pelajar yang ingin memohon untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan politeknik premier bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Fasa 1, sesi akademik 2012/2013 diminta segera berbuat demikian kerana permohonan tersebut akan ditutup pada 31 Disember ini.

Menurut satu kenyataan daripada Kementerian Pengajian Tinggi, pengisian borang permohonan tersebut boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman web www.upu.my yang dibuka sejak 16 November lalu.

Kata kenyataan itu, sebelum mengisi aborang tersebut, pemohon perlu mendapatkan nombor pengenalan yang boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau menggunakan mesin pengeluaran wang automatik bank berkenaan dengan harga RM10.60.

"Setelah menyemak permohonan melalui laman web tersebut, pemohon perlu klik pada butang sah dan hantar untuk mengesahkan permohonan tersebut telah diterima," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, pemohon juga dinasihatkan supaya mencetak maklumat permohonan untuk simpanan dan rujukan permohonan pada masa depan.

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan itu, pelajar yang berminat boleh merujuk kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi melalui talian 03-8883 5858 atau melayari laman web www.upu.mohe. gov.my.

**so cepat cepat ye adik adik . Ada masa  2 hari je lagi bagi yang belum membuat permohonan.

KOSMO

ENTRY TERDAHULU:

Tonton Movie Terbaru Online Free : Watch Free Online Movie

Gambar Khairul Fahmi Che Mat Hiasi Muka Depan Majalah GLAM Januari 2012

Black Berry Empathy Concept Mobile Yang SuperCanggih!!!

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)