Home » , , , » Gambar Dan Artikel: Orang Minyak Ditangkap Di Tawau

Gambar Dan Artikel: Orang Minyak Ditangkap Di Tawau

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, December 14, 2011 | 8:00 PM

 

TAWAU: Seorang lelaki berkelakuan pelik bagai ‘orang minyak’ yang hanya memakai seluar dalam dan bersenjatakan pisau lipat ketika memecah-masuk sebuah rumah di Taman Semarak di sini pada awal pagi kelmarin berjaya ditangkap oleh mangsanya.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.50 pagi itu, difahamkan badan lelaki separuh bogel terbabit dilumuri dengan minyak dan berbau busuk, manakala mukanya pula ditutup dengan kain baju.

Menurut mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Along, 30, lelaki pelik tersebut cuba melawan ketika hendak ditangkap, malah cuba menikamnya dengan pisau lipat sehingga berlaku pergelutan di antara mereka.

“Hasil bantuan adik kandung dan adik ipar saya, kami berjaya juga menangkapnya dan merampas semula wang RM2,000 dan enam buah telefon bimbit milik ahli keluarga kami yang cuba dilarikan oleh lelaki itu,” katanya.

Along menjelaskan sebelum kehadiran ‘orang minyak’ yang sedang mencuri di rumahnya itu disedari, beliau dan lapan lagi penghuni yang lain sedang tidur namun mujur isterinya terjaga selepas pintu bilik mereka cuba dibuka oleh seseorang.

Sebaik dikejutkan oleh isterinya, beliau terus bergegas turun ke tingkat bawah dan mendapati terdapat seorang lelaki yang tidak dikenali dan berkelakuan pelik sedang menyelongkar ruang tamu rumah mereka.

“Selepas itu saya mengejutkan pula dua ahli keluarga saya yang lain untuk menangkapnya, tetapi lelaki tersebut melawan sehingga berlaku pergelutan selama beberapa minit sebelum kami berjaya menangkapnya,” tambahnya.

Beliau berkata susulan daripada penangkapan lelaki pelik berkenaan, mereka terus menghubungi pihak polis yang kemudiannya tiba bagi melakukan tangkapan semula dan mengambil keterangan mereka.

Mengulas lanjut, Along berkata lelaki itu dipercayai memecah-masuk melalui jendela dapur rumahnya, dan dalam masa sama beliau akui kejadian itu merupakan insiden kedua yang menimpa mereka kerana sebelum ini rumahnya pernah dipecah-masuk pada November lepas.

Menurutnya lagi, laporan polis berhubung insiden terbabit juga telah dibuat dan pihak polis yang dihubungi oleh pemberita pula mengesahkan mengenai insiden berkenaan dan penangkapan lelaki terbabit.

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

1 comment

December 14, 2011 at 9:12 PM

wah kok ada ada aja ya modus kejahatan...
ikut prihatin

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)