Home » , , , , » Filem Pendek Tentang Apa Sebenarnya Hukum Hudud : Bob Lokman dan Mat Luthfi Pun Ada

Filem Pendek Tentang Apa Sebenarnya Hukum Hudud : Bob Lokman dan Mat Luthfi Pun Ada

Written By Hafiz Rahman on Thursday, December 15, 2011 | 5:27 PM

Ada sebuah filem pendek, bagi aku antara yang paling menarik untuk ditonton oleh semua rakyat Malaysia yang masih didalam kekeliruan tentang apa sebenarnya hukum hudud. Caption dari video asal

Sebuah filem pendek yang menerangkan hudud secara umum. Filem pendek ini diterbitkan bertujuan untuk menjawab persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkan dalam klip video 'Sembang Rakyat' yang bertajuk 'Musim hudud' dan 'Hudud PAS lagi'.Semoga klip video ini dapat memberi manfaat kepada para penonton.

Video ni dibuat untuk menjawan persoalan “jahil” yang ditimbulkan oleh video “sembang rakyat” (geli aku nak share video disini, buat semak je. Kalau sesiapa belum tengok, boleh tengok di Youtube ye). Semua persoalan utama mengenai hukum hudud ada dijawab disini. So sila tengok sampai habis ok. Sangat meanrik tengok ustaz ustaz hebat berlakon dan dalam masa yang sama menerangkan dengan detail apa itu hudud. Lepas menonton, aku yakin korang akan setuju dengan pelaksanaan hudud. Ada jugak penampilan istimewa dari Math Luthfi, Bob Lokman dan Man John.

Aku tertarik dengan ayat masa minit bermula 5.10 , DENGAN KEJAHILANNYA, DIA BERCAKAP MENGHINA HUKUM ALLAH TANPA DIA SEDARI, BATAL AKIDAH dan minit ke 7.30 “HUDUD NI ADALAH UNDANG UNDANG TUHAN, TUHAN YANG MENCIPTA KITA, JANGAN CAKAP SEBARANGAN , NANTI KITA TELA MEMPERLEKEH DAN MENGHINA ALLAH, BOLEH JATUH MURTAD.

 

So ambil iktibar dari video pendek  ni. Walaupun pendek , banyak manfaatnya untuk semua rakyat malaysia yang masih keliru dengan pelaksanaan hukum hudud. Ingat!!hudud adalah hukum Allah dan tak ada siapa pun dari kalangan manusia berhak untuk memperlekehkannya. Tak kisah la kita ni baik, jahat, beriman atau kurang iman, jangan sesekali hina hukum Allah sebab boleh jatuh hukum Murtad.

 

Dan dari video ni , pengajaran yang ditunjukkan senang difahami, bila dah terkena seorang , semua terkesan. Masyarakat yang melihat tu tau itu hukum Allah, bukan hukum kerajaan. Sebab hudud ni dilaksanakan untuk mengubat penyakit masyarakat yang dah tak ada cara nak menyelesaikannya lagi. Sebagai jalan terakhir yang paling berkesan sebab dah terlampau menjadi jadi dah masalah dan dah jadi penyakit dalam masayrakat.

 

Pandai Ustaz ustaz dalam ni berlakon kan? Ustaz zaman sekarang dah maju dan moden seiiring dengan zaman la. Takkan la ustaz zaman sekarang masih nak duduk di masjid je kan? Ustaz zaman sekarang dah boleh join sekaki dengan remaja diluar. Dan yang paling penting pelakon pelakon didalam ni bukan calang calang orangnya .

USTAZ IMRAN AL-MALIZI
(PENCERAMAH BEBAS)

USTAZ SYED KADER AL-JOFREE
(TANYALAH USTAZ TV9)

USTAZ RIDHUAN MOHD NOOR
(MUSLIM CARE)

USTAZ BIK ABDUH
(ILMAM)

USTAZ NASRUDIN HASSAN

BOB LOKMAN
(ARTIS DAN PENCERAMAH BEBAS)

MATH LUTHFI
(VLOGGER)

MAN JOHN
(ARTIS ROCK 80AN)

 

semua hebat hebat belaka.

Dan bagi yang nak tahu, lagu yang digunakan didalam filem pendek ni adalah lagu Impian Anak Jalanan oleh Kumpulan Kembara dan penyanyi utama adalah M Nasir. Aku dah suka lagu ni lama dah.

 

Moga mendapat manfaat dari entry ni. Kalau rajin, tekan la butang like dan share kepada rakan rakan lain. =)

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (175) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (71) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)