Home » » Bala Apa La Sampai Aku Kena Denggi Ni??

Bala Apa La Sampai Aku Kena Denggi Ni??

Written By Hafiz Rahman on Thursday, December 08, 2011 | 3:44 PM

Dah lebih kurang 2 minggu blog aku ni terumbang ambing terbiar macam tu je tak ada siapa yang nak amik tau. Kesian pulak dengan blog ni ditinggalkan. Actually aku tak sempat nak mengadap 24jam blog ni macam selalu sebab seminggu dua ni macam macam hal baik dan tak baik yang jadi dalam hidup aku. Kalau ikut hati memang setiap hari aku nak mengadap blog, yela sayang kot kalau tetiba trafik yang tengah maintain elok setiap hari , menjunam jatuh sebab dibiarkan.

 

Sebenarnya punca utama aku tak update blog ni sebab pertamanya sebab internet buat hal dah 3 minggu kat rumah. Entah kejadah apa tah orang celcom ni buat kerja punya la lembap nak mampos datang service. Dah dua tiga kali tak jadi datang buat service . Gila ka apa dah sampai 3 minggu dah down internet ruamh aku ni. Dah jadi macam orang gila dah semua orang dalam ni. Habis semua pakat buang tebiat tidor awal . Alhamdulillah harini aku balik ja internet dah ok . 3 minggu weh tak ada internet. Merana macam orang gila meroyan.

Itu satu, lagi satu sebab aku menyepi sepi mendiam seribu bahasa dari dunia blog sebab minggu lepas bahana apa tah aku kena tahan di wad Hospital Klang pasa kena denggi. Sebelum ni asyik dengar orang kena denggi, hapuskan tempat pembiakan denggi, tiada aedes tiada denggi, apa semua la. Tup2 aku sendiri dah kena denggi. Tah mana sesat la sekor nyamuk datang nyet dekat aku sampai kena denggi ni. Nasib la denggi biasa ja and bukan denggi berdarah. Tapi alhamdulillah, lepas 4hari di hospital dan berbotol botol air dah aku kena tambah, everythings going back to normal. Dah ada selera makan balik.Bayangkan 4 hari aku boleh tak makan nasik selama sakit tu. Fuhh rekod betul. Gila kot aku tak makan.!!

DSC00170DSC00172

dua dua tangan aku kena cucuk masuk air. Derita kot ada benda ni. Nak buat kerja susah gila

 

So internet dah ok, aku pun dah sihat walafiat dah , boleh la berblogging dengan penuh keamanan lagi lepas ni. Banyak plan aku nak buat . Plan je la tak tau bila nak jalan. Aku ingat nak start business online yang dah lama aku plan tapi asyik tak jadi je. And lepas ni ingat nak ambik semula tempahan header untuk yang berminat dengan harga murah murah ja. Ada lagi ke yang berminat.?Tapi semua tu nanti aku bagitahu balik. Sebab ada yang bertanya pasal header tu. Nanti aku terang baliik cena nak temppah, bayaran semua tuh. Murah murah je. Kira harga adik beradik ja .

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

1 comment

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (175) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (71) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)