Home » , » Imam Dipenjara 4 Tahun Dan 3 Sebatan Lesapkan Wang Kutipan Zakat

Imam Dipenjara 4 Tahun Dan 3 Sebatan Lesapkan Wang Kutipan Zakat

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, November 02, 2011 | 5:00 PM

KULAIJAYA – Seorang bapa kepada dua anak yang pernah menjadi imam sebuah masjid di sini terpaksa menerima hakikat pahit menjadi penghuni tirai besi selepas Mahkamah Majistret di sini semalam memerintahkannya menjalani hukuman penjara empat tahun dan tiga sebatan kerana menggelapkan wang kutipan zakat sebanyak RM19,510 pada Ogos tahun lalu.

Majistret Zaiton Anuar menjatuhkan hukuman itu terhadap Redzuan Mohd. Said, 28, selepas mendengar pengakuan bersalah tertuduh di atas dakwaan tersebut.

Bapa kepada dua anak berusia dua dan empat tahun itu dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) sebagai amil fitrah bagi mengutip zakat fitrah dan derma anak yatim bagi kawasan bandar Kulai.

Redzuan didakwa melakukan pecah amanah terhadap wang hasil kutipan sebanyak RM19,510 dengan menggunakannya untuk kegunaan peribadi di sebuah pasar raya di sini antara 16 Ogos 2010 hingga 4 September 2011.

Dia didakwa melakukan pecah amanah selepas gagal menyerahkan wang tersebut kepada Pejabat Agama Islam daerah dan MAINJ sebaik membuat kutipan.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan sebat dan denda.

“Mahkamah mengambil beberapa ketetapan seperti kapasiti tertuduh sebagai amil fitrah dan pengakuan bersalahnya yang mana ia telah menjimatkan masa mahkamah. Oleh itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan tiga sebatan,” kata Zaiton dalam penghakimannya. (kosmo)


Lepas ni kat sapa lagi kita nak percaya?Apa komen korang dengan perkara ni? aku no komen je lah.. hummm!!

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)