Home » , » Samsung Galaxy Skin Yang Boleh Dilentur Dan Melengkung

Samsung Galaxy Skin Yang Boleh Dilentur Dan Melengkung

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, October 07, 2011 | 2:14 AM

Mungkin ramai beranggapan mustahil untuk gadget seperti smartphone dilengkungkan seperti kertas yang boleh digulung gulung. Namun , Samsung telah maju kehadapan dengan memperkenalkan konsep Samsung Galaxy Skin yang boleh dilenturkan dan bersifat elastik. Pertama seumpamanya didunia .

Telefon Bimbit Samsung Galaxy Skin Mampu Melengkung

TELEFON bimbit Galaxy Skin daripada Samsung merupakan telefon berteknologi yang sangat fleksibel dan boleh dilengkungkan.

Syarikat Samsung telah mendemonstrasikan skrin mudah bengkok AMOLED yang berukuran 4.5 inci lebar dan hanya 0.3mm tebal pada Januari tahun ini.

Laporan sebelum ini memberitahu bahawa telefon bimbit yang boleh “digulung” dan tahan pukulan tukul – akan muncul pada pertengahan tahun hadapan.

Teknologi itu bergantung kepada lapisan atom tebal “graphene” – kepingan atom karbon – yang dihimpit bersama, melindungi satu lapisan “skrin” cecair kristal.

Pada awal tahun ini, satu laporan mendedahkan yang Samsung mempunyai keupayaan untuk menghasilkan skrin itu dalam jumlah yang besar pada “awal 2012″ – tetapi tiada sesiapa yang mengetahui untuk apa skrin itu digunakan.

Laporan yang lain pula menyatakan bahawa telefon bimbit itu akan menawarkan banyak spesifikasi termasuk skrin AMOLED fleksibel beresolusi-tinggi berukuran 800×480, kamera lapan megapiksel dan 1Gb RAM serta pemproses 1.2GHz.

Spesifikasi tersebut hampir serupa dengan spesifikasi model terkini Samsung, Galazy S II.

Samsung tidak membuat pengumuman rasmi mengenai produk itu, walaupun ternyata mereka boleh menghasilkan teknologi sedemikian.

Bagaimanapun, Galaxy Skin dipamerkan secara terbuka pada awal tahun ini.


Lagi banyak gambar Samsung Galaxy Skin dibawah :

Samsung Galaxy Skin Samsung Galaxy Skin Concept

sangat3x superhebat kalau gadget ni dapat dikeluarkan dalam masa terdekat. Mungkin tahun hadapan. For sure ramai yang akan berebut rebut untuk mencuba gadget hebat ini dan menjadi yang pertama dapat memilikinya.

 

sumber : Mynewshub

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

3 comments

October 7, 2011 at 2:32 AM

salam ziarah.. lama x mai sini... apa khabar? hehehe

nk galaxy skin ni 2 boley x? hhehehe

October 7, 2011 at 7:55 AM

menarik...

October 7, 2011 at 11:47 AM

@shahjiehan nak kena tunggu keluar dulu la. .haha

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)