Home » , , » Penjelasan Heliza Helmi Berkaitan Komen Berhubung Isu Hudud

Penjelasan Heliza Helmi Berkaitan Komen Berhubung Isu Hudud

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, October 08, 2011 | 1:41 PM

Isu hudud kini jadi sensasi selebriti dan gosip pulak selepas ruangan Zass dalam Sinar Harian memaparkan komen artis berkaitan isu hukum hudud yang dikatakan akan dilaksanakan di Malaysia jika pakatan pembangkang menang pilihanraya kali ini. Statement yang dikeluarkan mendapat tentangan dan komen negatif daripada blogger di seluruh Malaysia. Kadang kadang bagus jugak blogger ni sebab kalau tak ada blogger, isu tak jadi panas dan orang pun tak tahu pasal isu isu terkini .

 

Statement yang dikeluarkan boleh dikatakan “tak guna akal”. Bercakap ikut suka dan macam tak ada pegangan agama. Isu sensitif ni sepatutnya kalau kita sendiri tak pasti, jangan nak berlagak pandai nak buat pandai dengan benda yang kita tak pandai. Nanti jadi bahan makian dan ketawa orang ramai. Menampakkan kebodohan diri sendiiri. Dan salah seorang artis yang “dikatakan” memberi statement iaitu Heliza tampil membuat penjelasan untuk memperbetulkan situasi selepas menerima pelbagai kritikan daripada media dan dunia online.

 

Dengar kata, artis tersebut tak keluarkan statement macam tu tapi ditokok tambah oleh penulis. Berani netul penulis tu suka suka hati tambah . Nak pulak isu sensitif macam ni. Tak pasal pasal orang lain dapat bala. Orang lain makan petai, orang lain yang bau busuk.

Penyanyi dan penceramah Heliza Helmi tampil dengan harapan dapat menjernihkan keadaan. Hadir bersama pengurusnya, graduan dalam bidang pendidikan ini mengakui emosinya agak terganggu setelah diberitahu mengenai tohmahan yang dilemparkan kepadanya.

Berharap dengan penjelasannya, masyarakat dapat memahami situasi sebenar. 
“Saya mengetahui perkara ini menjadi perdebatan setelah dimaklumkan pengurus saya, Kak Zeq, yang membacanya di laman sosial, Facebook.

“Apabila mendengar perkara itu, ia sedikit mengganggu emosi saya sehingga saya tidak boleh bekerja kerana asyik memikirkan perkara ini. Saya menangis apabila terfikir apa yang sudah saya lakukan, sedangkan pada hemat saya, saya bercakap mengikut pengetahuan saya sahaja.

"Apabila ramai yang bertanya mengenai perkara ini kepada saya, tidak mungkin saya dapat jelaskan kepada setiap individu yang bertanya. Kerana itu, saya tampil hari ini (semalam) agar mereka tahu keadaan sebenar dan berharap ia akan dihentikan serta-merta," katanya kepada Zass.

Lebih memilukan, ada pihak melemparkan tuduhan kepada anak kelahiran Terengganu ini apabila dikatakan sanggup mempertikaikan hukum Tuhan. Bagi empunya diri, bukan sahaja terkejut, malah menangis apabila mengenangkan tanggapan negatif masyarakat terhadap dirinya.

“Tidak pernah sekali pun terlintas di fikiran saya untuk mempersoalkan hukum ALLAH SWT. ALLAH mencipta kita, maka Dia tahu apa yang terbaik. Sebagai manusia biasa, siapalah saya untuk memberi komen mengenai hukum-NYA?” katanya yang kini aktif memberi ceramah motivasi kepada remaja.

Menurutnya, ketika diminta memberi pandangan mengenai perkara itu, penyanyi ini enggan memberi komen kerana takut tersalah cakap.

"Saya seboleh-bolehnya tidak mahu memberi komen kerana sedar ilmu dimiliki tidak seberapa, malah saya ada menyarankan agar perkara ini dirujuk kepada pakar, ulama dan orang bijak pandai untuk mereka membuat pertimbangan. Ini kerana saya bukan orang yang berhak berbicara mengenai hal ini.

“Bagaimanapun, berlaku silap faham. Saya tidak menyalahkan sesiapa kerana saya faham pemahaman orang mungkin berbeza dengan apa yang saya sampaikan,” katanya. 
Biarpun dikecam, gadis manis ini tetap positif dan menganggap perkara yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

“Saya tidak pernah berharap perkara ini terjadi sebegini, tetapi siapa tahu mungkin selepas ini lebih ramai yang mula sedar mengenai hukum hudud dan mendalaminya. 
“Malah, saya berasa gembira jika ada usaha yang dibuat untuk menjelaskan mengenai hudud dan hukum-hukum lain kepada masyarakat kita, agar sama-sama mengetahui lebih mendalam mengenai hukum agama seperti ini,” katanya.

 

##lebih baik berdiam diri jika tak tahu apa apa.

 

Entry menarik sebelum ini :

 Bye-Bye Seksi -“Diana Amir”

2 Kanak Kanak Perempuan Ghairah Tiru Aksi Lesbian

Senarai Insentif Yang Diumumkan Dalam Bajet 2012

4 Penuntut UiTM Machang Maut Kemalangan Selepas Balik “Overnight”

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)