Home » , , » Video Dan Gambar Kebakaran Kolej Jati UiTM Shah Alam

Video Dan Gambar Kebakaran Kolej Jati UiTM Shah Alam

Written By Hafiz Rahman on Thursday, September 29, 2011 | 6:34 AM

Aku baru tau cerita tentang kebakaran Kolej Jati UiTM bila bukak laptop pagi ni. Kejadian ni dah berlaku dari semalam lagi tapi kenapa tah macam tak ada berita pun yang menyampaikan . Maybe sebab classmate aku tak ada yang stay kat kolej tu kot. Kejadian kebakaran ni berlaku di tempat pembuangan sampah dan api menjulang tinggi . Alhamdulillah kebakaran tak totally ranapka bangunan dan tak ada nyawa yang terlibat dengan kejadian ni. Dikatakan jugak yang punca kebakaran adalah kerana “sepuntung rokok’. See? dah la rokok tu dah memang menyusahkan. Sekarang menyusahkan orang ramai pulak.

Dan ini ulasan yang dibuat oleh blogger yang maybe stay kat kolej tu jugak kot.

Ulasan blogger Falihin Jasmy: “Assalamualaikum readers dan salam 1dunia…selepas Empire Subang Shopping Gallery meletup kira-kira 3.45 pagi tadi, Kolej Kediaman Jati yang menempatkan pelajar lelaki pula telah terbakar. Sebab kejadian masih lagi dalam siasatan. Berikut adalah video yang sempat dirakamkan oleh pelajar yang tinggal di kolej tersebut. Berikut merupakan gambar Naib Canselor Uitm Shah Alam, Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, yang mengadakan lawatan ke Kolej Jati sebaik sahaja menerima aduan kebakaran.”

Dan ni pulak video yang dirakam oleh salah sorang penghuni semasa kejadian

ada yang merungut tentang aspek keselamatan Kolej tersebut dan dikatakan jugak cuma ada satu tangga untuk selamatkan diri. Bila dah jadi macam ni macam macam statement keluar. Bangunan tak ada CF la., macam macam. Bila dah jadi baru nak sedar. Tapi ada sorang budak kolej ni jugak bagitau :

image

dan lepas kejadian tu. Naib Canselor Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dan Timbalan Naib Canselor ada melawat tempat kejadian.

#2 Wordless Wednesday Kebakaran Kolej Jati UiTM Shah Alam

Kesimpulan yang boleh kita ambil dari kejadian ni

JANGAN HISAP ROKOK.

  • Kalau nak hisap jugak, puntung tu jangan la buang merata rata. Nak buang, pijak la dulu bagi api habis padam
  • Jangan buat endah tak endah bila latihan kebakaran sebab benda tu akan sangat berguna time kejadian macam ni jadi. Kalu tak amik tahu, bila terjadi apa apa mula la nak gelabah biawak tak tau nak buat apa.

Sumber :

 

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

6 comments

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (175) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (71) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)