Home » , » Gambar Letupan Di Empire Shopping Gallery ,Subang Jaya

Gambar Letupan Di Empire Shopping Gallery ,Subang Jaya

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, September 28, 2011 | 1:40 PM

Anggota Bomba sedang membuat taksiran kerugian yang ditanggung dalam kejadian letupan yang berlaku di pusat beli belah, Empire Gallery Shopping Mall awal pagi Rabu.

KUALA LUMPUR: Satu letupan kuat di pusat beli-belah Empire Shopping Gallery, dekat Subang Jaya, awal pagi Rabu menyebabkan empat cedera setakat ini.

Kejadian jam 3.45 pagi itu turut menyebabkan kerosakan teruk di beberapa premis termasuk rangkaian cafe terkenal dengan bumbung dan kaca beberapa premis lain runtuh dan pecah.

Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Mohd Khairi Daud berkata pelanggan hotel yang dianggarkan lebih 300 orang telah dipindah keluar.

Usaha membantu dan menyelamat turut disertai anggota dari balai bomba berdekatan.

Siasatan awal mendapati letupan terjadi di luar kompleks itu dan melibatkan saluran gas.

Pusat beli belah Empire Gallery di Subang Jaya selepas letupan berlaku awal pagi Rabu. Foto Ihsan: Goh Chien Hui

Laporan awal juga menunjukkan dua pekerja Nepal terperangkap di aras bawah tanah tetapi telah diselamatkan dengan kecederaan kecil.

Dua lagi yang tercedera adalah orang awam yang melalui lokasi kejadian turut dibawa ke hospital dalam ambulans.

Sementara itu, Bernama melaporkan, polis telah menutup kawasan sekitar pusat membeli-belah itu menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk di kawasan sekitarnya pagi Rabu.

Seorang penjual kuih di kawasan berhampiran yang hanya mahu dikenali sebagai Niza, 28, berkata letupan itu menyebabkan beberapa bahagian hadapan pusat membeli-belah itu rosak termasuk beberapa kafe, restoran dan kedai pakaian.

"Dengar cerita letupan itu berpunca daripada saluran paip gas yang bocor," katanya.

Gambar Sekitar Kawasan Letupan Empire Gallery Subang Jaya (ihsan Google)

Sebelum kejadian

dan selepas kejadian letupan

laporan Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian

Alhamdulillah kejadian letupan ni berlaku semasa tiada orang . Bayangkan kalau kejadian ni jadi waktu peak hours . Like macam masa lunch. Surely banyak nyawa akan melayang. Mungkinkah ini suatu peringatan kepada kita semua. Sama sama kita fikirkan.

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

1 comment

September 28, 2011 at 5:21 PM

Ala... bru plan nak pergi...
dah dua tahun kat sini tp tak sampai2 lg empire nie..
huuuuuu... T,T

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)