Home » , , , » Sumbangan Ikhlas RM 1 Seorang Kepada yang Memerlukan

Sumbangan Ikhlas RM 1 Seorang Kepada yang Memerlukan

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, August 22, 2011 | 11:04 AM

Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Seringgit mungkin tidak bermakna apa apa kepada mereka yang bersenang lenang dengan kekayaan dunia. Tapi bagaimana pulak dengan mereka yang memerlukan ?Seringgit dari anda sangat bermakna bagi mereka. Berita ni aku ambil dari blog kak anastasyea berkenaan seorang pemuda yang memohon bantuan  dan jasa baik rakyat Malaysia untuk mendapatkan RM 2000 bagi kos membeli peralatan untuk pembedahan mata ibu tersayang yang tidak dapat amelihat kerana penyakit .

Sumbangan ikhlas  boleh disalurkan melalui akaun bank Islam Hazimah Mat Hassan (ibu Mohd Firdaus), nombor akaun 03036020176725.

KOTA BAHARU, 21 Ogos (Bernama) -- Tidak sanggup melihat penderitaan ibunya yang sering menahan sakit kepala sejak sepuluh tahun lalu sehingga hilang penglihatan, seorang anak memohon bantuan orang ramai menghulurkan sumbangan RM2,000 untuk membantu ibunya menjalani pembedahan mata.

Mohd Firdaus Abdullah, 23, dari Kampung Kubang Siput, Pasir Hor, berkata ibunya, Hazimah Mat Hassan, 48, disahkan menghidap penyakit mata Glaukoma dan hilang penglihatan sejak empat tahun lalu.


Katanya doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian mengesyorkan beliau membuat pembedahan untuk meletakkan peralatan khas bagi membolehkannya melihat semula.
"Kos perubatan ditanggung HUSM, tetapi kami harus menanggung kos untuk membeli peralatan khas itu berharga RM2,000 tetapi kami tidak mampu.


"Dengan hanya bergantung pada pendapatan ayah, Awang Abdullah, 59, yang mengambil upah menoreh getah, tidak mencukupi untuk menampung keperluan hidup kami lima beranak, apatah lagi untuk membiayai pembedahan emak yang mahal," kata anak sulung daripada tiga beradik yang masih menuntut di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah, kepada pemberita di sini. Sementara itu, Hazimah berkata penyakit mata berkenaan dialami setelah saraf pada bahagian matanya rosak dan dia pula sering mengalami sakit kepala.


"Sejak 10 tahun lalu, saya mengalami sakit di dalam mata dan bahagian kepala, lama-kelamaan mata hitam saya bertukar menjadi warna kelabu, malahan semakin lama, pandangan semakin kabur dan sehingga kini kedua-dua mata langsung tidak dapat melihat," katanya.


"Saya tetap akan berusaha untuk menjalani pembedahan bagi memulihkan penglihatan, saya tidak sanggup untuk terus membebankan keluarga terutama suami yang bekerja mengerah keringat dan terpaksa meluangkan masa untuk menjaga saya sepanjang masa," katanya.

Bagi mereka yang berhasrat untuk menyalurkan sumbangan boleh menghubungi Mohd Firdaus di talian 014-9035423. – BERNAMA

 


Sumber Rujukan: Sumbangan Ikhlas RM1 Seorang Untuk Pembedahan Mata | Anastasyea Aida | Blogging is a Smart SEO Strategy


Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

1 comment

August 23, 2011 at 12:28 PM

memang kita bole tlg . tapi mana p orang2 kaya kt malaysia ni . yang gajinye berpuloh ribu . projek nye berjuta2 !

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)